BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2018 /PRNewswire/ --
Comviva, pemimpin global dalam penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan bahawa produk wang mudah alih utamanya, 'mobiquity® Money', telah melangkau tanda 100 juta pelanggan berdaftar merentas 60 pelaksanaan di 45 negara. Tambahan lagi, produk ini memproses 3.6 bilion transaksi wang mudah alih, bernilai lebih $60 bilion setahun.
Sempena melengkapi sedekad bersama mobiquity® Money, syarikat juga melancarkan buku meja kopi, membabadkan peranan yang telah dimainkan oleh produk dalam memperkasa para pelanggan dan masyarakat di seluruh dunia. Buku meja kopi ini menyediakan pilihan cerita-cerita unsur kemanusiaan bersumberkan penggunaan wang mudah alih di Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Buku ini telah dilancarkan oleh Marc Rennard, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pengalaman Pelanggan dan Perbankan Mudah Alih, Orange Group di Kongres Dunia Mudah Alih, Barcelona.
Berucap pada pelancaran, Manoranjan Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif, Comviva berkata, "Sewaktu sejarah pembayaran mudah alih ditulis, kita perlu mengiktiraf usaha-usaha mereka yang mengatasi pelbagai cabaran, dari segi pengawal selia, rangkaian pedagang, bank, kepercayaan dan tingkah laku pengguna, untuk membawakan lebih 300 juta pelanggan tanpa bank ke dalam rangkuman inklusif kewangan. Dalam tahun-tahun akan datang, semasa orang ramai mengakses semua jenis perkhidmatan kewangan, kumpulan ini berkemungkinan besar akan memainkan peranan yang penting. Bersempena dengan 10 tahun dalam mengubah kehidupan melalui mobiquity® Money, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada rakan kongsi yang telah bersama-sama kami sepanjang perjalanan ini."
Memperkenalkan buku meja kopi, Marc Rennard, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pengalaman Pelanggan dan Perbankan Mudah Alih, Orange Group berkata, "Wang mudah alih merupakan alat yang benar-benar meningkatkan kebajikan orang ramai dalam ekonomi tanpa bank, dan yang boleh melengkapi tawaran perbankan di tempat lain di dunia. Orange Money dan perkhidmatan wang mudah alih yang lain sentiasa menerobos ruang baharu dalam bidang yang pelbagai seperti rangkuman kewangan, kesihatan wanita, kebajikan pendatang, akses kepada tenaga, pembangunan perniagaan-perniagaan kecil dan pembinaan berperingkat ekonomi kurang tunai. Saya berbesar hati untuk melancarkan buku meja kopi ini yang mengandungi pilihan cerita-cerita transformasi kehidupan yang terhasil daripada penggunaan wang mudah alih di seluruh dunia."
Untuk muat turun buku meja kopi, sila ikut pautan - http://www.10yearsofmobiquitymoney.com/
Hubungan media:
Sundeep Mehta
Hubungan Awam & Komunikasi Korporat
pr@mahindracomviva.com