omniture

Namirial Umum Penyepaduan Baharu Dengan Microsoft dan Salesforce

Namirial
2018-03-01 16:00 693

SENIGALLIA, Itali, 1 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Penyedia Teknologi Pengurusan Transaksi Digital Berpangkalan di Itali Tawar Penyambung Baharu untuk Microsoft Sharepoint, Office365, Outlook, Dynamics dan Salesforce

Namirial, penyedia utama bagi perisian Pengurusan Transaksi Digital (DTM) dan perkhidmatan dipercayai yang dapat membantu orang ramai memudahkan cara perniagaan dapat dijalankan secara digital, hari ini mengumumkan suit penyambung yang membolehkan pengguna Microsoft dan Salesforce menggabungkan fungsi penandatanganan elektronik dengan lebih mudah dan lancar ke dalam dokumen dan proses-proses jualan mereka yang sedia ada.

"Kami melihat banyak penyambung yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing kami dan kami mendapati kebanyakannya merupakan penyambung lencong atau i-bingkai mudah yang dapat membawa pengguna daripada satu persekitaran dan pengalaman pengguna kepada satu persekitaran serta pengalaman yang lain. Matlamat kami adalah untuk meninggikan standard menerusi penyambung kami dan menyediakan pengalaman aplikasi natif serta tahap kebolehoperasian yang lebih tinggi antara produk-produk kami," kata Luigi Tomasini, Ketua Pegawai Eksekutif Namirial. "Kami telah lama menawarkan pemalam natif untuk produk Microsoft, namun jangkaan pengguna telah berubah. Maka, kami meluangkan banyak masa bekerjasama dengan rakan kongsi utama, CompuSight, untuk menakrifkan dengan tepat apa yang diharapkan oleh pengguna daripada penyepaduan masa kini. Inilah yang disediakan oleh penyepaduan baharu ini."

"Penyambung baharu kami menonjolkan tahap kematangan baharu dalam penyepaduan antara Microsoft dan Saleforce," kata Antonio Taurisano, Pengurus Besar, DTM untuk Namirial Group. "Pelanggan kami amat memilih terutamanya dari segi harapan mereka berhubung pengalaman pengguna. Mereka berharap penyepaduan ini dapat menarik dan menolak data secara automatik kepada semua entiti berkaitan dalam sistem CRM mereka sekaligus turut beroperasi dengan rupa dan rasa yang sama seperti produk-produk natif."

"Kami telah mencipta beberapa penyambung untuk banyak vendor berbeza," kata Adi Saric, Ketua Pegawai Eksekutif CompuSight "Namirial ingin kami melangkaui perkara yang telah kami lakukan untuk orang lain. Saya berpendapat hal ini adalah salah satu sebab penyepaduan ini dapat melepasi proses pensijilan bersama Microsoft dan Salesforce dengan begitu pantas."

Untuk maklumat lanjut tentang penyambung Microsoft dan Salesforce sila hubungi Namirial atau kunjungi Pasaran Aplikasi Microsoft atau pasaran Aplikasi Salesforce.

Latar Belakang Namirial  

Namirial ialah peneraju global bagi keselamatan dipercayai untuk Pengurusan Transaksi Digital menerusi penyelesaian untuk pengecaman elektronik pengguna, pengesahan berbilang-faktor, pensijilan digital, tandatangan elektronik, invois elektronik dan juga pengarkiban digital. Syarikat telahpun mendapat pengesahan untuk banyak produk dan perkhidmatan termasuk menjadi Penyedia Perkhidmatan Dipercayai dengan Kelayakan eIDAS. Namirial menggaji lebih 350 kakitangan dan memproses beberapa juta transaksi setiap hari. Selain beberapa pejabatnya yang pelbagai di Itali, Namirial group mengendalikan subsidiari-subsidiari di Austria, Brasil, Jerman dan Romania dan turut diwakili di Amerika Syarikat.

Hari ini, Namirial mempunyai portfolio e-tandatangan yang lengkap bagi memenuhi situasi menandatangan secara jarak jauh dan bersemuka, serta turut menawarkan suit penyelesaian yang amat fleksibel demi penyepaduan berlabel putih sepenuhnya yang lancar.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.namirial.com/it/, hubungi +39 071 790 1985, atau ikuti kami melalui LinkedIn dan Facebook.

Latar Belakang CompuSight 

CompuSight menyediakan perkhidmatan perundingan teknologi bersasaran yang canggih kepada organisasi-organisasi seluruh dunia. Menerusi operasi-operasi di Amerika Utara dan Eropah, ahli-ahli profesional CompuSight yang dinamik dan berkemahiran tinggi mengkhusus dalam pembangunan perisian tersuai, penyepaduan sistem maklumat dan risikan perniagaan. Pasukan kami begitu bersemangat tentang industri teknologi dan pakej-pakej perisian kami memperlihatkan kualiti dan keasliannya. CompuSight ialah Rakan Kongsi Diperakui Microsoft Gold dalam enam bidang kompetensi: Vendor Perisian Bebas, Pengurusan Hubungan Pelanggan, Perisikan Perniagaan, Portal dan Kerjasama Pembangunan Perisian, dan Platform Data. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.compusight.com.

Source: Namirial
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Wireless Communications New products/services