omniture

W&H Dentalwerk Bürmoos GmbH: W&H Ambil Alih Pakar Sweeden Osstell

WH Dentalwerk Burmoos GmbH
2018-03-02 09:00 790

BÜRMOOS, Austria dan GÖTEBORG, Sweden, 2 Mac 2018/PRNewswire/ --

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif W&H Peter Malata mengumumkan pengambilalihan syarikat teknologi perubatan Sweeden Osstell AB pada 1 Mac 2018. Pembelian ini meneruskan pertumbuhan peringkat antarabangsa bagi syarikat milik keluarga Austria W&H Dentalwerk Bürmoos GmbH. Osstell ditubuhkan pada tahun 1999 dan mengkhusus dalam pembangunan dan pengeluaran penyelesaian pergigian inovatif untuk pengukuran kestabilan implan dan pemantauan osseointegrasi. Syarikat Sweden ini terkenal dengan teknologi ISQ (Darjah Kestabilan Implan) berpaten yang membantu doktor-doktor pergigian memutuskan masa muatan optimum untuk implan. Osstell ialah salah satu pembekal utama dalam pasaran pergigian global masa kini. Menerusi penggabungan semasa ke dalam W&H Group seluruh dunia, matlamat kedua-dua syarikat adalah untuk mewujudkan sinergi teknologi dan meluaskan dengan ketara portfolio produk bersama mereka pada masa depan. Peluasan sumber-sumber yang tersedia dan jaringan pemimpin pendapat utama akan memberi kelebihan selanjutnya kepada pemupukan pasaran antarabangsa. "Matlamatnya adalah untuk terus meluaskan kepakaran kami, lantas mengukuhkan kedudukan kami sebagai pakar dalam implantologi oral," menurut Presiden W&H dan Ketua Pegawai Eksekutif Dipl.-Ing. Peter Malata. Dengan mengambil alih Osstell, pengeluar pergigian W&H menekankan kepentingan strategik bagi pembedahan oral dan implantologi sebagai segmen pertumbuhan penting untuk syarikat.

generated by system

generated by system

W&H dan Osstell telahpun bekerjasama dengan jayanya dalam pasaran pergigian sejak September 2016, yang mana generasi terkini Implantmed, alat pembedahan pertama dunia dengan pengukuran kestabilan implant, dicipta. Dilengkapi dengan modul ISQ W&H Osstell pilihan, kestabilan utama implan selain masa optimum untuk memuatkan implan dapat ditentukan oleh pengukuran frekuensi resonans. Pada awal tahun 2017, kerjasama ini terus diperkukuh melalui pengedaran eksklusif produk-produk Osstell oleh W&H di kawasan-kawasan tertentu. "Syarikat yang berkepakaran dan strukturnya ini amat bersesuaian dengan ciri perniagaan keluarga, dan atas sebab inilah kami yakin Osstell merupakan padanan yang baik dan akan menjadi ahli penting dalam keluarga syarikat W&H kami," kata Peter Malata. Subsidiari W&H yang baharu ini akan terus diurus oleh Jonas Ehinger yang disahkan dalam jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. "Osstell dan W&H telah bekerjasama dengan amat berjaya pada masa lalu, maka ini merupakan satu langkah sewajarnya apabila Osstell kini menjadi sebahagian daripada W&H. Oleh yang demikian, kami mendapat peluang terhadap perwakilan global yang lebih mantap dan lebih luas serta kapasiti penyerahan yang lebih hebat - sentiasa mempunyai matlamat untuk berkhidmat kepada pelanggan dan pengguna kami menerusi produk dan perkhidmatan yang lebih baik, selain membantu mereka menyediakan perkhidmatan amalan terbaik kepada pelanggan mereka - pesakit. Kesejahteraan pesakit sentiasa menjadi keutamaan tertinggi," kata Jonas Ehinger, Ketua Pegawai Eksekutif Osstell.

Osstell AB akan terus menjadi subsidiari ke-19 W&H dengan entiti undang-undang miliknya sendiri di lokasi syarikat di Gothenburg (Sweden). Nama syarikat Osstell AB dikekalkan.

Latar Belakang W&H Dentalwerk Bürmoos GmbH 

Perniagaan yang dijalankan oleh keluarga W&H Dentalwerk, berpangkalan di Bürmoos berhampiran Salzburg, ialah satu-satunya pengeluar instrumen dan peranti ketepatan pergigian Austria dan merupakan salah sebuah syarikat pergigian yang terkemuka di dunia. Penyelesaian produk dan perkhidmatan yang inovatif, struktur syarikat moden, tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta tanggungjawab sosial menjamin kejayaan W&H Dentalwerk di dalam dan luar negara. Menerusi kira-kira 1,100 kakitangan di seluruh dunia (680 daripadanya bekerja di ibu pejabat di Bürmoos) W&H mengeksport produk-produknya ke lebih 110 negara. Syarikat yang dijalankan oleh keluarga ini mengendalikan dua tapak pengeluaran di Bürmoos (Austria), satu tapak pengeluaran di Brusaporto (Itali) dan 19 subsidiari di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.wh.com.

Butiran perhubungan:
Agnes Hufnagl, Komunikasi Korporat
Tel: +43/6274/6236-285
Emel: agnes.hufnagl@wh.com

Sumber: W&H Dentalwerk Bürmoos GmbH

Source: WH Dentalwerk Burmoos GmbH
Related Links:
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Acquisitions, mergers, takeovers