omniture

Pusat Pandangan Pelanggan: Pelancaran Buku Baharu tentang 'Pemanduan Autonomi' oleh Profesor Dr. Herrmann, Profesor Dr. Brenner dan Profesor Stadler

Center for Customer Insight
2018-03-02 21:00 803

ZURICH, 2 Mac 2018 /PRNewswire/ -- 'Autonomous Driving: How the Driverless Revolution will Change the World'ah Dunia', buku saintifik Komprehensif pertama tentang kereta pandu sendiri yang sedia untuk dilancarkan pada 26 Mac, memberi tumpuan kepada, 'salah satu topik yang paling mendesak di masa hadapan'.

Kereta pandu sendiri ialah realiti. Pakar-pakar menyatakan bahawa model pertama yang sesuai untuk penggunaan besar-besaran bakal menakluk jalan-jalan menjelang 2020. 'Autonomous Driving' membincangkan bagaimana teknologi mempengaruhi ekonomi, politik dan masyarakat.

Buku ini akan merangkumi aspek teknikal serta transformasi masyarakat dan peluang-peluang ekonomi yang terhasil daripada pemanduan autonomi. Penulis pakar Prof. Dr. Andreas Herrmann, Prof. Dr. Walter Brenner dan Prof. Rupert Stadler menunjukkan bagaimana seni bina bandar akan berubah dan cabaran yang mana yang perlu ditangani oleh para pengeluar kereta. Prof. Dr. Herrmann menyatakan bahawa, 'Setiap aspek kehidupan kita akan diubah pada dasarnya oleh kereta pandu sendiri.'

Salinan semakan akan diedarkan mengikut permintaan, dan Prof. Dr. Herrmann bersedia untuk ditemuramah. Sila hubungi Cik Julia Wegner untuk butirannya.

Rujukan silang: Gambar boleh didapati di Imej AP (http://www.apimages.com)

Prof. Dr. Andreas Herrmann ialah Pengarah Center for Customer Insight di University of St. Gallen. Beliau telah berunding dengan Audi, Mercedes, BMW, Volkswagen, Deutsche Bahn, Deutsche Bank, Roche, Porsche, RWE, Credit Suisse dan lain-lain. Prof. Herrmann telah menerbitkan 15 buku dan lebih 250 artikel.

Prof. Dr. Walter Brenner ialah Pengarah Institut Pengurusan Maklumat di University St. Gallen, yang memberi tumpuan kepada Pengurusan Maklumat, Inovasi dan Mobiliti. Beliau telah menulis lebih daripada 30 buku dan lebih daripada 300 penerbitan saintifik.

Prof. Rupert Stadler ialah Pengerusi Lembaga Pengurusan untuk Audi AG. Dalam bulan November 2012, beliau telah dilantik sebagai profesor kehormat untuk pengurusan perniagaan oleh University of St. Gallen.

Maklumat Hubungan:
Jung von Matt/Limmat AG
Julia Wegner
+41-44-254-66-79
julia.wegner@jvm.ch

Sumber: Center for Customer Insight

Source: Center for Customer Insight
Keywords: Auto