omniture

ADNOC Umum Langkah Strategik Hiliran

ADNOC
2018-03-09 12:14 918

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 9 Mac 2018 /PRNewswire/ --

ADNOC bakal perkenal peluang pelaburan dan perkongsian dalam Forum Pelaburan Hiliran yang bakal diadakan di Abu Dhabi pada Mei 

Peluang Pelaburan Huluan turut diumum pada Minggu CERA

Blok minyak dan gas baharu akan disediakan untuk bidaan kompetitif secara komersial bagi meneroka sumber yang belum diusahakan di salah satu lembangan super hidrokarbon terbesar dunia  

Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) hari ini mengumumkan hasratnya untuk beralih ke arah hiliran, tatkala syarikat menumpu untuk memanfaatkan sepenuhnya peningkatan permintaan terhadap produk-produk ditapis dan petrokimia yang bernilai lebih tinggi, khususnya menerusi ekonomi China dan Asia yang mengalami pertumbuhan.

generated by system

Ketika berucap di Minggu CERA, perhimpunan utama bagi industri tenaga, T.Y.T. Dr Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri Negara UAE dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ADNOC, menyebutkan tentang cita-cita strategik ADNOC untuk menjadi penggiat hiliran global yang utama, yang mempunyai kefleksibelan operasi untuk bertindak balas dengan pantas terhadap keperluan pasaran yang berubah-ubah dan baru muncul. Sebagai tumpuan strategi hiliran baharunya, ADNOC berhasrat untuk menyediakan tapak penapisan dan kimia bersepadu yang terbesar di dunia, yang terletak di Ruwais, UAE, yang mana ia bakal meningkatkan pengeluaran petrokimia kepada tiga kali ganda menjadi 14.4 juta tan setiap tahun, menjelang tahun 2025.

T.Y.T. Dr. Al Jaber mengumumkan rancangan untuk menjadi tuan rumah Forum Pelaburan Hiliran, di Abu Dhabi, pada 13 dan 14 Mei, yang mana ADNOC akan memperkenalkan peluang-peluang pelaburan bersama yang besar bagi mengukuhkan dan meluaskan portfolio hilirannya.

"Kami akan memperkenalkan peluang-peluang pelaburan bersama yang besar untuk semua rakan kongsi, yang bersedia bekerjasama dengan kami dalam satu acara khas pada Mei akan datang, tatkala kami mengubah portfolio Hiliran kami di dalam negara dan di peringkat antarabangsa," kata T.Y.T. Dr. Al Jaber.

"Saya juga ingin menjemput mereka yang berminat untuk menyertai kami dalam perjalanan ini, untuk menghadiri Forum Pelaburan Hiliran ADNOC, yang mana kami akan memperkenalkan pelan tindakan kami, projek-projek utama dan rancangan pelaburan yang terperinci. Tatkala kami memulakan fasa pembangunan kami yang seterusnya ini, kami mengalu-alukan rakan-rakan kongsi sedia ada dan bakal rakan-rakan kongsi kami untuk menyertai kami bagi mencetuskan pertumbuhan yang lebih pintar demi manfaat jangka panjang bersama."

T.Y.T. Dr. Al Jaber menjelaskan bahawa strategi hiliran ADNOC akan meneruskan usaha kemajuan yang dilakukan oleh ADNOC pada tahun 2017, ketika ia mempercepatkan transformasinya dan meningkatkan tumpuannya terhadap tonggak strategiknya yang melibatkan orang ramai, prestasi, kebolehuntungan dan kecekapan untuk membuka dan mencipta nilai maksimum daripada sumber dan asetnya.

Selain menyelaraskan kumpulan syarikatnya di bawah naungan jenama tunggal yang seragam, beliau berkata ADNOC membuka peluang terhadap perniagaan huluan dan hiliran kepada kategori rakan kongsi dan pelabur yang baharu, termasuk institusi kewangan awam dan swasta. ADNOC turut mengambil langkah untuk meningkatkan dan mengoptimumkan struktur modal dengan memanfaatkan pasaran modal global buat pertama kali, termasuk mengeluarkan bon bernilai US $3 bilion terhadap salah satu saluran paip minyak mentah besarnya - jualan bon bukan-berdaulat terbesar di Timur Tengah - dan berjaya menyenaraikan ADNOC Distribution dalam Bursa Saham Abu Dhabi (ADX), yang merupakan IPO terbesar di Abu Dhabi dalam satu dekad.

"Langkah-langkah yang diambil oleh kami setakat ini telah meletakkan asas yang kukuh untuk memperkasakan fasa pertumbuhan kami yang seterusnya," kata T.Y.T. Dr. Al Jaber. "Dan peluang terbesar untuk pertumbuhan tersebut ialah hiliran, khususnya dalam bidang petrokimia, yang mana kadar permintaan dijangka meningkat 150 peratus menjelang tahun 2040, dipacu oleh ekonomi pertumbuhan Asia."

Meskipun pembangunan hiliran menjadi keutamaan strategik yang penting bagi mencapai matlamat menerusi strategi pertumbuhan pintar 2030 ADNOC, T.Y.T. Dr Al Jaber berkata pihak syarikat turut meneruskan legasinya yang mantap selaku pengusaha huluan global yang terkemuka.

Beliau turut memetik penyusunan semula konsesi luar pesisir ADMA terdahulu yang menjadi beberapa kawasan konsesi sebagai contoh bagaimana pendekatan yang diperluas terhadap perkongsian membolehkan ADNOC berjaya menarik rakan kongsi huluan tambahan yang membawakan tambahan nilai yang strategik untuk syarikat - dari segi akses pasaran, modal, teknologi dan juga kepakaran.

Bagi menyokong strategi peluasan huluan ADNOC, T.Y.T. Dr. Al Jaber menyatakan bahawa beberapa blok baharu bakal disediakan untuk bidaan kompetitif secara komersial, menerusi peluang yang belum pernah diberikan sebelum ini, untuk rakan-rakan kongsi sedia ada dan baharu menerusi teknologi penerokaan yang terbaik dalam kelasnya, bagi tujuan meneroka sumber-sumber yang belum diusahakan di salah satu lembangan super hidrokarbon yang terbesar di dunia.

Dianjurkan oleh IHS Markit, Minggu CERA diadakan setiap tahun di Houston, Texas. Acara ini menghimpunkan 3,000 pemimpin industri dan penggubal dasar dunia, dari lebih 60 negara, merentasi seluruh rantaian nilai tenaga untuk bertukar-tukar pengetahuan dan pandangan terhadap pasaran tenaga, trend industri, teknologi dan juga strategi.

Layari halaman Forum Pelaburan Hiliran ADNOC untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang ADNOC  

ADNOC ialah kumpulan syarikat tenaga dan petrokimia yang pelbagai dan utama, mengeluarkan kira-kira 3 juta tong minyak dan 9.8 bilion kaki padu gas mentah sehari. Aktiviti-aktiviti huluan, pertengahan dan hilirannya dijalankan oleh 14 subsidiari pakar dan syarikat-syarikat usaha sama. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari http://www.adnoc.ae.

Untuk maklumat lanjut: media@adnoc.ae.

Sumber: ADNOC

Source: ADNOC
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy