omniture

Comviva dan Cassava Fintech Menang Anugerah GSMA GLOMO bagi Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Wanita dalam Pasaran Baru Muncul

Mahindra Comviva
2018-03-09 20:06 851

NEW DELHI, 9 Mac 2018 /PRNewswire/ --

  • Menang anugerah GLOMO kali kedua berturut-turut dan anugerah ketiga untuk syarikat sejak 6 tahun lalu.
  • Diiktiraf untuk perkhidmatan EcoCash Savings Club dikuasakan oleh platform Money mobiquity® Comviva

Comviva dan Cassava Fintech bersama-sama memenangi Anugerah GSMA GLOMO bagi kategori 'Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Wanita dalam Pasaran Baru Muncul' untuk perkhidmatan EcoCash Savings Club yang dikuasakan oleh platform Money mobiquity® Comviva. Anugerah ini disampaikan di MWC 2018, Barcelona, Sepanyol.

generated by system

generated by system

EcoCash Savings Club, dibangunkan dan diuruskan oleh Cassava Fintech dan dikuasakan oleh Comviva diiktiraf atas kebolehannya meningkatkan rangkuman digital dan kewangan untuk wanita di Zimbabwe, selain menyokong SDG 5 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: 'Untuk mencapai kesaksamaan jantina dan memperkasa semua wanita serta kanak-kanak perempuan'. Persaingan tahun ini sangat hebat, dengan penyertaan mantap dari seluruh dunia. Pada pendapat hakim, "Meningkatkan akses kepada simpanan dan jaminan kewangan untuk wanita. Inovatif, mempunyai strategi perniagaan yang jelas, kedayamajuan komersial, kemampanan dan pelaksanaan yang peka" menjadikan EcoCash Savings Club sebagai produk kemenangan.

"Kami amat berbesar hati dapat memenangi anugerah berprestij ini buat kali kedua berturut-turut. Anugerah ini mengiktiraf kepimpinan teknologi kami dalam pembayaran digital selain usaha berterusan kami untuk menginovasi dan memberi impak ke arah perbaikan masyarakat secara keseluruhan," kata Manoranjan Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif Comviva. "Di samping itu, kemenangan ini amat penting, memandangkan ia bertepatan dengan pencapaian sepuluh tahun Money mobiquity®."

Darlington Mandivenga, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Cassava Fintech berkata, "Kesan skim simpanan berasaskan komuniti terhadap kesejahteraan masyarakat Afrika adalah hal yang tidak boleh dipandang remeh khususnya di persekitaran kurang-sumber. Konsep kelab simpanan sudahpun mantap di seluruh Afrika. Sokongan terhadap inisiatif-inisiatif sedemikian, yang menggalakkan budaya menyimpan telah menjadi satu keperluan ekonomi memandangkan wang yang dikumpul daripada simpanan ini digunakan untuk menyara kehidupan dan memberi pendidikan kepada anak-anak. Sebagai sebuah perniagaan, yang berakar umbi dari benua Afrika, Cassava Fintech komited untuk menyokong kumpulan-kumpulan ini dengan menyediakan mereka kaedah-kaedah inovatif untuk mengukuhkan kelab simpanan mereka, menjadikannya lebih mudah dan senang untuk mereka beroperasi bukan sahaja di Zimbabwe, tetapi juga di seluruh pelosok Afrika. Meskipun kami bersyukur kerana diiktiraf untuk menerima anugerah ini, anugerah sebenar adalah milik wanita yang membanting tulang saban hari demi mewujudkan kehidupan yang lebih baik buat mereka dan juga masyarakat mereka."

Perhubungan Media:
Sundeep Mehta
sundeep.mehta@mahindracomviva.com
+91-9910030732

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards Women-related news Financial Technology