Penanggal Solekan Mata Perapian Cucian Bulu Mata Air Misel Bakal Dilancar pada 1 April
VENTURA, California, 13 Mac 2018 /PRNewswire/ -- RevitaLash® Cosmetics, peneraju bagi kategori bulu mata dan bulu kening, dengan gembiranya mengumumkan tambahan terkini ke dalam koleksi terkenal produk-produk yang diterajui oleh Pakar Perubatan, Penanggal Solekan Mata Perapian Cucian Bulu Mata Air Misel (Micellar Water Lash Wash Conditioning Eye Makeup Remover). Pencuci Bulu Mata yang melegakan ini dirumus khas bagi membantu regimen penjagaan dan perapian lengkap untuk bulu mata, bulu kening dan kelopak mata, dan sebagai rumusan bebas minyak, ia selamat digunakan pada bulu mata sambungan.
Diperiksa oleh Pakar Oftalmologi & Pakar Dermatologi, Pencuci Bulu Mata Air Misel terbukti dalam kaji selidik pengguna bebas bahawa ia dapat menanggalkan kotoran, minyak dan solekan dengan berkesan melalui teknologi misel dan bahan-bahan yang melegakan seperti Panthenol, Aloe dan Bunga Kamomil untuk menghidrat dan menguatkan bulu mata serta bulu kening.
"RevitaLash Cosmetics terus menyelidik cara-cara inovatif untuk pengguna menjaga bulu mata dan bulu kening mereka, sekaligus menyokong populariti berterusan perkhidmatan penjagaan bulu mata dan bulu kening," ujar Lori Jacobus, Ketua Pegawai Pemasaran RevitaLash Cosmetics. "Sebagai jenama yang diterajui Pakar, matlamat kami diteruskan untuk membawakan produk kecantikan mata dan rambut yang terbaik dalam kelasnya kepada pasaran; produk-produk yang dapat menangani kebimbangan berkaitan kosmetik dan menjalankan fungsinya sebagaimana dijanjikan – sama seperti perapi bulu mata dan bulu kening warisan kami."
Dalam satu kajian pengguna bebas, 99% daripada pengguna berpendapat kawasan mata mereka berasa lebih selesa, 97% menyatakan produk ini tidak meninggalkan sisa yang tidak menyenangkan, 95% mendakwa kawasan mata mereka terasa bersih selepas menggunakan produk manakala 93% mengesahkan solekan tidak kalis air mereka mudah ditanggalkan.
"Pencuci Bulu Mata Air Misel melengkapkan tawaran produk bulu mata dan bulu kening kami," ujar Dr. Michael Brinkenhoff, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif RevitaLash Cosmetics. "Kami terus menjadi destinasi terbaik untuk mendapatkan bulu mata dan bulu kening yang sihat."
Pencuci Bulu Mata Air Misel RevitaLash Cosmetics berharga $36 dan akan disediakan melalui RevitaLash.com dan di salun, spa serta spa perubatan merentasi 62 negara bermula pada 1 April.
Latar Belakang RevitaLash Cosmetics
RevitaLash Cosmetics ialah peneraju dunia dalam membangunkan produk-produk kecantikan bulu mata, bulu kening dan rambut termaju. Ditubuhkan pada tahun 2006, koleksinya merangkumi Perapi Bulu Mata Termaju RevitaLash® dan Perapi Bulu Kening Termaju RevitaBrow® yang memenangi anugerah, dan boleh didapati melalui lebih 10,000 pejabat pakar perubatan, spa, salun dan penjual barangan khusus di seluruh dunia. Selaku penyokong inisiatif kanser payudara bukan untung, RevitaLash Cosmetics menderma sebahagian daripada hasil jualan kepada inisiatif penyelidikan dan pendidikan, bagi menyumbang kembali kepada komuniti kanser payudara sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan Oktober. Untuk maklumat, layari www.revitalash.com. [RevitaLash Termaju tidak disediakan di California.]
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/653485/RevitaLash_Cosmetics_Logo.jpg