omniture

Xiaozhu.com dan agoda Umum Perkongsian Strategik Global untuk Tingkat Pengalaman Rumah Inap

Xiaozhu.com
2018-03-14 11:13 1102

BEIJING, 14 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Peneraju dan platform perkongsian rumah yang sedang berkembang pesat China, Xiaozhu.com telah mengumumkan perkongsian strategik global dengan platform tempahan dalam talian global agoda, ahli Booking Holdings. Syarikat-syarikat ini akan bekerjasama dalam bidang-bidang yang termasuk penyenaraian, inovasi teknologi dan perkhidmatan, penjenamaan dan pemasaran, dengan itu memanfaatkan kepakaran mereka dalam pasaran yang berbeza, untuk menginovasi pengalaman rumah inap dan perkongsian rumah untuk para pengguna di seluruh dunia. Fasa permulaan kerjasama perkongsian ini akan menyaksikan kedua-dua pihak berkongsi inventori, menghasilkan 100,000 senarai pada setiap platform.

Since launching its overseas business in 2017, Xiaozhu's now covers listings in over 100 overseas cities, with a particularly strong upward trend in booming homestay markets like Japan and Thailand.
Since launching its overseas business in 2017, Xiaozhu's now covers listings in over 100 overseas cities, with a particularly strong upward trend in booming homestay markets like Japan and Thailand.

agoda ialah salah sebuah platform pelancongan dalam talian yang berkembang pesat menawarkan pilihan sebanyak 1.8 juta hartanah kepada para tetamu di seluruh dunia. Sejak memasuki China dalam tahun 2015, agoda telah menjadi salah satu pilihan utama untuk tempahan penginapan untuk pelancong China yang melancong di luar negara, dan pelancong asing yang melawat China. 

Spencer Low, Pengarah Urusan, Greater China menerangkan: "Perkongsian ini akan menawarkan pilihan kepada hotel-hotel tradisional di China, dan akan memberi manfaat kepada para pelancong yang mencari pilihan yang lebih tersendiri untuk keperluan penginapan mereka. Bersama-sama, Xiaozhu dan agoda akan menyediakan akses mudah kepada senaraian yang menawarkan manfaat yang berbeza. Salah satunya ialah kefleksibelan tinggal bersama di hartanah yang lebih besar apabila melancong dalam kumpulan atau bersama keluarga, sementara yang lainnya ialah pilihan untuk pelancong perniagaan yang inginkan keselesaan seperti di rumah. Di samping itu, senarai-senarai ini termasuk rangkaian titik harga untuk memenuhi berbagai peruntukan. Kami yakin bahawa gabungan pengetahuan Xiaozhu yang kaya dalam pasaran China dan kepakaran OTA global agoda akan meningkatkan pengalaman rumah inap pengguna."

Chen Chi, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiaozhu, juga berkata bahawa gabungan ini ialah kerjasama yang saling menguntungkan. Kejayaan seluruh dunia agoda, terutama sekali pengalamanya di negara-negara Asia, akan meningkatkan momentum globalisasi Xiaozhu. "Apabila pelancongan keluar dan masuk China berkembang dengan pesat, platform rumah inap perlu berupaya untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada para pengguna global. Untuk mencapai matlamat ini, Xiaozhu mempercepatkan kerjasama dengan rakan kongsi industri kami," terang Chen.

Sejak pelancaran perniagaan luar negaranya dalam tahun 2017, Xiaozhu kini meliputi senaraian di lebih 100 bandar raya luar negara, dengan trend peningkatan kukuh dalam pasaran rumah inap yang sedang meningkat seperti Jepun dan Thailand. Dalam "Laporan Tinjauan Ekonomi Perkongsian China 2017-2018" yang dikeluarkan oleh Nanfang Daily, Nanfang+ APP dan iMedia Research dalam bulan Februari, Xiaozhu berada di kedudukan pertama dalam carta daya saing industri perkongsian rumah.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180313/2078708-1

Source: Xiaozhu.com
Keywords: Computer/Electronics Hotels and Resorts Travel Contracts