- Menara Pelli Clarke Pelli bersambung dengan Transbay Transit Center
SAN FRANCISCO, 28 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, para pegawai dengan rasminya memecah tanah untuk Transbay Transit Tower, bangunan rekaan Pelli Clarke Pelli Architects yang bakal menjadi bangunan tertinggi di San Francisco.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130327/NE84161 )
Berdiri setinggi 1070 kaki (326 meter), menara pejabat 60-tingkat itu akan menjadi menara yang tertinggi di Pantai Barat dan yang ketujuh tertinggi di Amerika Syarikat. Menara itu akan bersambung terus dengan Transbay Transit Center, hab pengangkutan pelbagai mod yang juga direka oleh Pelli Clarke Pelli Architects. Gandingan menara dan pusat transit itu akan menjadi nadi baru sebuah kejiranan yang dihidupkan semula.
"Transbay Transit Tower dan jirannya Transbay Transit Center merupakan bangunan individu yang berkuasa direka dengan tujuan sivik yang sama – untuk menjadi pintu gerbang abad ke 21 ke San Francisco dan mercu tanda tercanggih di latar langit bandaraya ini," kata Fred Clarke, ketua kanan Pelli Clarke Pelli Architects. "Melambangkan pembangunan lestari berasaskan transit, menara tersebut yang digabungkan dengan pusat transit, merupakan model masa depan bandaraya kita."
Menara itu mengambil bentuk obelisk yang tidak dimamah usia dan mempunyai bebayang yang runcing dan menirus. Dindingnya dibina daripada kaca jernih dengan kemasan putih mutiara dan logam. Kemasan melintang dan menegak ini semakin menirus untuk memperlihatkan sudut-sudut kaca yang melengkung. Dindingnya naik melepasi tingkat paling atas untuk membentuk mahkota lutsinar yang kelihatan seolah-olah melarut ke dalam langit. Terukir pada puncak menara merupakan faset menegak yang diterangi cahaya pada malam hari. Sama seperti pusat transit, rekaan menara itu menekankan kelestarian dan mempunyai objektif LEED Gold.
"Transbay Transit Tower akan menjadi ikon baru untuk bandar dan negeri ini," kata Paul Paradis, pengarah urusan kanan Hines. "Menara ini juga meletakkan standard baru untuk persekitaran kerja yang sihat dan produktif."
Hines dan Boston Properties akan membangunkan menara tersebut. Penjualan tanah kepada pemaju menara itu membantu membiayai pusat transit. Pelli Clarke Pelli, yang bekerja dengan Hines, diberikan penghormatan mereka menara dan pusat transit itu setelah memenangi pertandingan antarabangsa pada 2007.
Ditubuhkan pada 1977 dan diketuai Cesar Pelli, Fred Clarke, dan Rafael Pelli, Pelli Clarke Pelli Architects telah mereka antara bangunan paling dikenali di dunia, termasuk Pusat Kewangan Dunia di New York, Menara Petronas di Kuala Lumpur, dan Pusat Kewangan Antarabangsa di Hong Kong.