omniture

Tinjauan Global FDI Tunjukkan Kanak-kanak tidak Dapatkan Pemeriksaan Pergigian Seawal Mungkin

FDI World Dental Federation
2018-03-20 08:00 643

GENEVA, 20 Mac 2018 /PRNewswire/ --

Sempena Hari Kesihatan Oral Dunia, Pertubuhan Pergigian Sedunia FDI bertanyakan para ibu bapa di seluruh dunia bagaimana mereka menjaga kesihatan oral anak-anak mereka yang sedang membesar dan maklum balas menunjukkan terdapat ruang untuk penambahbaikan. Mengekalkan mulut yang sihat sangat penting untuk memastikan ia berfungsi dengan betul dan untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan secara umum.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8281451-survey-children-not-getting-dental-check-up

generated by system

Satu tinjauan yang dijalankan di 10 negara mendapati bahawa hanya 13% ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 18 tahun dan ke bawah membawa anak mereka berjumpa doktor gigi sebelum ulang tahun kelahiran pertama mereka – umur yang disarankan untuk lawatan pergigian pertama. Kebanyakan ibu bapa mula membawa anak mereka ke doktor gigi apabila mereka berusia antara satu hingga tiga tahun (24%) atau antara empat dan enam tahun (22%), sementara 20% daripada ibu bapa dilaporkan tidak pernah membawa anak mereka untuk pemeriksaan pergigian.

"Adalah membimbangkan apabila kita mengetahui bahawa kebanyakan kanak-kanak tidak mendapatkan pemeriksaan pergigian pada usia yang disyorkan," kata Dr Kathryn Kell, Presiden FDI. "Tabiat kesihatan oral yang baik bermula awal. Ibu bapa sepatutnya melawat doktor gigi selepas gigi pertama anak mereka mula keluar sebagai kaedah pencegahan untuk mengelakkan risiko pembentukan karies pada awal usia kanak-kanak. Penyakit oral boleh memberi kesan kepada setiap aspek kesihatan dan dikaitkan dengan banyak keadaan kesihatan secara umum. Pada Hari Kesihatan Oral Dunia ini, kami ingin orang ramai membuat kaitan antara kesihatan oral mereka dan kesihatan umum dan memahami kesan yang disebabkan oleh satu sama lain. Mengetahui cara untuk melindungi mulut dan tubuh anda pada semua umur menyumbang kepada kualiti kehidupan yang lebih baik."

Separuh (50%) daripada ibu bapa yang telah membawa anak mereka ke doktor gigi menyatakan sebab lawatan ialah untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian yang tetap. Walau bagaimanapun, ini ialah jawapan yang paling kerap di United Kingdom (82%), Sweden (77%), Argentina (65%), Perancis (63%), Amerika Syarikat (63%), Australia (56%), dan China (34%); maklum balas yang paling dilaporkan sebagai sebab untuk berjumpa doktor gigi di Mesir, Filipina, dan Morocco ialah kesakitan dan ketidakselesaan dalam mulut anak mereka (masing-masing 56%, 43% dan 38%).

Lebih daripada dua perlima (43%) ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 18 tahun dan ke bawah berkata bahawa mereka secara peribadi memastikan gigi anak mereka diberus sebelum tidur untuk mengelakkan penyakit mulut – pesanan utama yang dipromosi oleh FDI. Tinjauan ini juga menunjukkan bahawa 40% daripada ibu bapa mengawasi pemberusan gigi anak mereka dua kali sehari, dan 38% daripada mereka berkata mereka menghadkan makanan dan minuman bergula dalam diet anak mereka untuk mengelakkan penyakit mulut. Hanya 26% dilaporkan membersihkan gigi anak mereka sendiri sebaik sahaja gigi pertama keluar, dan hanya 8% berkata mereka menggalakkan anak mereka untuk memakai pelindung mulut apabila bermain sukan.

FDI menyarankan amalan penjagaan mulut yang baik, menggelakkan faktor-faktor risiko seperti diet yang tidak sihat – terutama sekali yang mempunyai paras gula yang tinggi, dan mendapatkan rawatan pergigian yang kerap untuk melindungi kesihatan mulut dan kesihatan umum pada semua peringkat usia. Ibu bapa harus mula membersihkan gigi anak mereka sebelum waktu tidur apabila gigi pertama mula keluar, mengawasi pemberusan gigi anak-anak dua kali sehari dengan sedikit ubat gigi fluorida, dan menjadualkan pemeriksaan pergigian secara berkala yang bermula selewat-lewatnya pada hari lahir pertama.

Latar Belakang Hari Kesihatan Oral Dunia

Disambut setiap tahun pada 20 Mac, Hari Kesihatan Oral Dunia (WOHD) telah dilancarkan oleh Persatuan Pergigian Sedunia FDI untuk meningkatkan kesedaran global terhadap pencegahan dan kawalan penyakit mulut. http://www.worldoralhealthday.org; #WOHD18 #SayAhh

Rakan Kongsi Global WOHD: Henry Schein, Philips Sonicare, Unilever

Latar Belakang Tinjauan

Semua angka, kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah daripada YouGov Plc. Jumlah saiz sampel adalah 11,552 orang dewasa, yang mana 4,056 merupakan ibu bapa dengan anak-anak berumur 18 tahun ke bawah. Kerja lapangan dilakukan antara 30 Januari – 8 Februari 2018. Tinjauan ini telah dilakukan dalam talian. Angka ini telah diwajarkan dan wakil dari setiap negara adalah orang dewasa berusia 18+. Pecahan mereka yang merupakan ibu bapa dengan anak-anak berusia 18 tahun dan ke bawah adalah seperti berikut: UK (468), Australia (311), Mesir (463), Filipina (506), Perancis (357), AS (295), Morocco (386), Sweden (272), China (529) dan Argentina (469).

 

 

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Survey, Polls & Research