omniture

Huawei Umum Perkongsian Strategik dengan IATA

Huawei
2018-03-22 18:31 911

STOCKHOLM, Sweden, 22 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Di EKSPO Terminal Penumpang 2018 di Stockholm, hari ini Huawei mengumumkan ia menyertai Program Perkongsian Strategik Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Melalui Program ini, Huawei akan menggunakan inovasi dan kepakaran ICT termajunya untuk membantu membangunkan lapangan terbang dan syarikat penerbangan masa depan, demi meningkatkan pengalaman penumpang serta mengoptimumkan pengendalian kargo udara.

Huawei Umum Perkongsian Strategik dengan IATA
Huawei Umum Perkongsian Strategik dengan IATA

Pembangunan industri penerbangan sesebuah negara ialah penunjuk utama terhadap kemajuan ekonomi, teknikal dan sosialnya. Industri penerbangan yang berkembang maju memerlukan kolaborasi antara syarikat penerbangan, lapangan terbang dan pihak berkepentingan lain yang terlibat dalam rantaian industri. Ia juga bergantung pada pembangunan piawaian dan proses industri global, dan pelaksanaan teknologi-teknologi baharu yang amat penting untuk mengubah industri. Menjadi ahli Program Perkongsian Strategik IATA memberi peluang ideal kepada Huawei melanjutkan komitmennya untuk memajukan industri penerbangan. IATA ialah persatuan perdagangan untuk syarikat-syarikat penerbangan dunia, yang ditubuhkan pada April 1945 di Havana, mewakili kira-kira 280 syarikat penerbangan dari 120 negara, meliputi 83% daripada jumlah lalu lintas udara. Sokongan profesional disediakan kepada semua pihak berkepentingan industri dengan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan pakar, termasuk menggubal dasar industri bagi menangani isu-isu berkaitan penerbangan.

Memanfaatkan inovasi berterusan, produk, penyelesaian dan perkhidmatan ICT Huawei diguna pakai oleh lebih 50 lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pihak berkuasa kawalan lalu lintas udara. Pelanggan terdiri daripada lebih 15 lapangan terbang dunia dengan setiap satunya mempunyai lebih 30 juta penumpang tahunan. Melalui Program Perkongsian Strategik IATA, Huawei akan mengaplikasikan ICT baharu untuk merangsang transformasi digital dalam industri penerbangan. Ia akan membantu pelanggan membina lapangan terbang pintar dan syarikat penerbangan yang bersifat dinamik, cekap, kolaboratif, inovatif dan sedia mendepani era pintar, memenuhi keperluan lapangan terbang, syarikat penerbangan dan penumpang demi keselamatan, kecekapan dan perkhidmatan diperibadikan.

"Program Perkongsian Strategik IATA terbuka untuk syarikat-syarikat yang menambah nilai dan memberi manfaat kepada industri pengangkutan udara secara langsung dan tidak langsung melalui perkhidmatan, produk dan penyelesaian mereka," kata Mark Hubble, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perkhidmatan Komersial IATA. "Kami berasa amat gembira untuk melibatkan Huawei dalam rangkaian Rakan Kongsi Strategik kami yang semakin bertambah."

Yuan Xilin, Presiden Sektor Pengangkutan Huawei Enterprise BG berkata: "Huawei berasa teruja untuk menyertai Program Perkongsian Strategik IATA. IATA menyediakan platform berharga untuk ahli-ahli berkolaborasi bersama pemimpin-pemimpin penerbangan lain dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama, dan ia membolehkan syarikat penerbangan mendapat manfaat daripada pelbagai pilihan produk terkini dan kepakaran bagi mencapai pengendalian yang lebih selamat, lebih cekap dan berkesan kos. Visi Huawei adalah untuk membawakan kemudahan digital kepada setiap orang, rumah dan organisasi untuk dunia yang terhubung sepenuhnya dan pintar. Dengan lapangan terbang serta syarikat penerbangan global berkembang menuju Lapangan Terbang Pintar dan Syarikat Penerbangan Pintar, Huawei komited untuk menjadi rakan kongsi terbaik untuk transformasi digital penerbangan dengan menyediakan penyelesaian ICT sehenti bagi membantu pelanggan meningkatkan perkhidmatan dan mencipta pengalaman penumpang yang lancar. Kami bersama-sama akan mencari penyelesaian yang amat penting untuk masa depan industri penerbangan."

Di EKSPO Terminal Penumpang 2018, Huawei mempamerkan suit penyelesaian ICT lengkap meliputi awan hibrid penerbangan, rangkaian tangkas lapangan terbang dan operasi divisualisasikan lapangan terbang. Huawei berkolaborasi dengan lapangan terbang dan syarikat penerbangan yang terkemuka di dunia untuk model-model inovatif bagi awan penerbangan, pengoptimuman pengalaman penumpang dan penyelesaian operasi divisualisasikan. Huawei berjaya melaksanakan penyelesaian yang mempunyai infrastruktur awan, Internet Komunikasi Benda (IoT), Data Besar dan rangkaian komunikasi untuk pelanggan penerbangan seluruh dunia. Ini dapat dicapai melalui sokongan daripada pasukan tempatannya dan rakan kongsi ekosistem yang luas di lebih 170 negara dan kawasan seluruh dunia. Setakat ini, 197 daripada syarikat Fortune Global 500 dan 45 daripada 100 syarikat terbaik memilih Huawei sebagai rakan kongsi transformasi digital mereka.

Reruai Huawei di EKSPO Terminal Penumpang 2018 terletak di Gerai Pameran 1810, Dewan A Stockholmsmässan. Layari http://e.huawei.com/topic/2018passenger-terminal/ untuk maklumat lanjut.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180321/2085685-1

Source: Huawei
Keywords: Airlines/Aviation Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Contracts