omniture

Muzium Dinosaur Altmuehltal Pamer Dracula Sebenar

Dinosaur Museum Altmuehltal
2018-03-22 23:40 772

DENKENDORF, Jerman, 22 Mac 2018 /PRNewswire/ --

Pameran pterodaktil istimewa, "Emperors of the Skies" membawakan pterosaur yang mempunyai susuk tubuh berbeza berbanding spesies lain yang dikenal pasti sebelum ini. Tinggalan yang masih terpelihara itu menunjukkan spesies ini merupakan pterodaktil terbesar dan paling tegap yang pernah ditemui.

generated by system

generated by system

Pameran pterosaur istimewa, "Emperors of the Skies" yang dibawakan oleh Muzium Dinosaur Altmuehltal menampilkan 24 pameran penting daripada Altmuehl Jurassic berserta penemuan sensasi dari  Transylvania. Digelar sebagai "Dracula" kerana asalnya dari Transylvania, pterosaur ini mempunyai susuk tubuh yang berbeza berbanding spesies lain yang dikenal pasti sebelum ini. Disebabkan oleh tinggalan yang dipelihara dengan amat baik, para penyelidik menyimpulkan bahawa ia merupakan spesies pterodaktil paling gagah yang pernah digali. "Tulang karpusnya sahaja adalah lebih besar daripada mamot dan lehernya selebar seorang lelaki dewasa," kata pakar paleontologi Mátyás Vremir, ahli Persatuan Muzium Transylvania. Beliau menemui tulang pertama pada cerun curam berhampiran bandar Sebeș, Romania pada tahun 2009.

Para saintis menganggarkan berat Dracula adalah sekurang-kurangnya separuh tan dan lebar sayapnya melebihi 12 meter. "Pterodaktil mungkin mempunyai kelebaran sayap sehingga 20 meter dan apabila berdiri tegak, ia berkemungkinan setinggi zirafah," kata Mark Norell, Kurator, Pengerusi Bahagian dan Profesor Bahagian Paleontologi di Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Amerika di New York. Norell terlibat dalam proses penggalian di Romania.

"Tiada pemangsa besar lain yang ditemui di kawasan sekitar tapak berkenaan, yang mungkin merupakan lanskap kepulauan subtropika pada zaman Batu Kapur. Kami mengandaikan ia menduduki puncak teratas dalam rantaian makanan," jelas Raimund Albersdörfer, ahli ekskavasi dan pakar geologi yang terlibat dan membiayai usaha tersebut selama bertahun-tahun. Sama seperti T. rex yang menguasai benua lain dalam tempoh yang sama, "Dracula" merupakan saksi dan mangsa kepupusan besar-besaran dinosaur.

"Sensasi ini menekankan dakwaan Muzium Dinosaur Altmuehltal untuk menjadi salah satu tempat pameran paling penting di dunia untuk zaman prasejarah," kata pengasas muzium Michael Völker. Pameran "Emperors of the Skies" dibuka mulai 23 Mac hingga 4 November 2018.

Bahan-bahan akhbar berserta rakaman TV percuma/tanpa lesen disediakan pada pautan muat turun berikut: https://flowcenter1.flowworks.de/flowrooms/screeningroom/XrsPzXMAmoDioHBuhNZs_layoutneutral/284/

Stephanie Strauss
presse@dinopark-bayern.de
+498920206717

Source: Dinosaur Museum Altmuehltal
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Animals/Pets Future Events