omniture

thyssenkrupp Buka Menara Ujian Kelajuan Tinggi di China

thyssenkrupp Elevator AG
2018-03-23 10:00 821

ESSEN, Belanda dan ZHONGSHAN, China, 23 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, pengeluar global thyssenkrupp Elevator mencapai satu lagi kejayaan penting dalam cita-cita inovasinya, dengan majlis perasmian kilang dan menara ujian terbaharunya di Bandar Raya Zhongshan.

generated by system

generated by system

Dalam majlis perasmian berkenaan, menara ujian tersebut berjaya mencuri tumpuan acara. Tersergam pada ketinggian 248 meter tinggi (31 tingkat atas tanah), ia merupakan salah satu menara ujian tertinggi di dunia dan memberikan lambang kepada kekuatan syarikat dari segi kepimpinan dalam inovasi lif.

Dengan 13 syaf, menara ujian dapat digunakan untuk menguji konsep baharu dan projek rintis produk - termasuk lif berkelajuan tinggi baharu yang akan mencecah kelajuan sehingga 18 meter sesaat, serta sistem lif tanpa tali pertama dunia, MULTI.

thyssenkrupp telahpun mempunyai sebuah menara ujian di Jerman - lokasi terletaknya ibu pejabat syarikat - yang dirasmikan pada Oktober lalu.

Andreas Schierenbeck, Ketua Pegawai Eksekutif thyssenkrupp Elevator berkata: "Kami sentiasa bercita-cita untuk menjalin hubungan erat bersama pelanggan kami dan proses pengujian adalah penting bagi memastikan kami dapat beradaptasi dengan apa yang benar-benar diinginkan dan diperlukan oleh orang ramai. China ialah sebuah wilayah menarik untuk menjalankan operasi, dengan sebanyak 500,000 unit dipasang setiap tahun - maka ia merupakan pilihan yang dijangkakan untuk membina menara ujian antarabangsa pertama kami di sana."

Latar belakang kami:

Dengan jualan mencecah EUR7.7 bilion pada tahun fiskal 2016/2017 dan mempunyai pelanggan di 150 negara, thyssenkrupp Elevator mengukuhkan kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat lif yang terkemuka di dunia yang bermula dari bawah selama kira-kira 40 tahun mengaplikasikan keupayaan kejuruteraan unik thyssenkrupp. Menggaji lebih 50,000 kakitangan berkemahiran tinggi, syarikat menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif yang direka untuk memenuhi keperluan pelanggan. Portfolio syarikat mencakupi lif, eskalator dan tempat pejalan kaki bergerak, jambatan menaiki pesawat penumpang, lif tangga serta penyelesaian perkhidmatan yang disesuaikan.

Imej Akhbar:
https://transfer.thyssenkrupp.info/public/a60445a_3d022d4cf4820e8df2f65f

Jasmin Fischer
Ketua Perhubungan Media
jasmin.fischer@thyssenkrupp.com
http://www.thyssenkrupp-elevator.com
+49 201 844 563 054

Source: thyssenkrupp Elevator AG
Keywords: Construction/Building Machinery Corporate Expansion