HAMILTON, Bermuda, 26 Mac 2018 /PRNewswire/ -- OIL mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemegang Saham 2018 pada hari Khamis, 22 Mac lalu di Fairmont Southampton Bermuda. Semasa mesyuarat berkenaan, ia menjalankan semakan dan mendapatkan kelulusan penyata kewangan tahunan 2017 serta pemilihan pengarah-pengarah.
Bagi tahun 2017, OIL mencatatkan kerugian penajaan jamin sebanyak $71.3 juta. Selepas pemfaktoran pendapatan pelaburan dan perbelanjaan pentadbiran, pendapatan bersih OIL bagi tahun tersebut berjumlah $587.7 juta. Bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang keputusan kewangan 2017 OIL, sila layari http://www.oil.bm untuk melihat penyata kewangan diaudit kami. Selepas semakan kewangan akhir tahun, pemegang saham meluluskan penyata kewangan dan pelantikan semula KPMG sebagai juruaudit untuk tahun fiskal 2018.
Di samping itu, Syarikat melaporkan di AGM bahawa Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen dengan jumlah agregat sebanyak $450 juta kepada semua pemegang saham yang direkodkan setakat 1 Januari 2018 yang akan dibayar pada atau sebelum 30 Jun 2018 bagi mengiktiraf kejayaan kewangan berterusan OIL dan keadaan kewangan yang kukuh. Akhir sekali, pihak pemegang saham meluluskan perubahan kecil terhadap Perjanjian Pemegang Saham yang menumpu pada pengaplikasian peraturan kelayakan syarikat.
Bertil C. Olsson, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, mengulas bahawa, "Prestasi kukuh OIL pada tahun 2017 membolehkan syarikat mengembalikan nilai kepada pemegang saham kami melalui dividen yang besar untuk tahun kelima berturut-turut. Menyediakan nilai jangka panjang kepada ahlinya dalam bentuk had polisi yang ketara dengan terma dan syarat yang luas, mengembalikan modal lebihan apabila sesuai serta beradaptasi memandangkan keperluan ahli-ahli kami menakrifkan proposisi nilai unik OIL."
George Hutchings, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Operasi, berkata bahawa, "Saya berasa amat gembira dengan kemajuan yang dicapai oleh syarikat dengan melaksanakan rancangan strategik sepanjang tahun tersebut. Ia pastinya akan dapat membantu mengukuhkan kedudukan kami untuk masa depan. Sebagai contoh dan semasa tahun 2017, pihak Lembaga meluluskan pengenalan Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui, yang akan membolehkan syarikat beradaptasi dan menerima pelaburan penting yang dibuat oleh ahli-ahlinya dalam segmen industri tenaga ini."
Roberto Benzan, Pengerusi OIL yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan mengulas, "Dividen sebanyak $450 juta menonjolkan komitmen Lembaga untuk mengembalikan nilai kepada pemegang saham OIL apabila ia mampu melakukannya." Beliau menambah lagi, "OIL berkedudukan kukuh pada asas yang amat mantap yang diwujudkan sepanjang 46 tahun sejarahnya. Sepanjang jangka waktu berkenaan, syarikat menumpu dengan bersungguh-sungguh terhadap nilai pemegang saham dan akan terus melakukannya pada tahun-tahun mendatang."
Selepas AGM ditangguhkan, Lembaga Pengarah bermesyuarat dan memilih Theodore Guidry II sebagai Pengerusi Lembaga dan Fabrizio Mastrantonio sebagai Timbalan Pengerusi bagi tahun 2018.
Untuk maklumat lanjut tentang perlindungan harta OIL dan nilai berkaitan, sila ke http://www.oil.bm
Oil Insurance Limited (OIL) menginsuranskan lebih $3.0 trilion aset tenaga global untuk lebih lima puluh ahlinya yang memiliki had hartanah sehingga $400 juta yang berjumlah lebih $19 bilion bagi kapasiti hartanah bertaraf-A. Ahli-ahlinya terdiri daripada syarikat-syarikat tenaga awam dan persendirian bersaiz sederhana hingga besar yang memiliki aset harta fizikal bernilai sekurang-kurangnya $1 bilion serta penarafan gred pelaburan atau yang setara dengannya. Produk/perlindungan yang ditawarkan termasuk Hartanah (Kerosakan Fizikal), Ribut Angin (tidak termasuk GOM Luar Pesisir), Pencemaran Tak Berperingkat, Kawalan Telaga, Penyingkiran Kerosakan, Keganasan, Siber, Pembinaan dan Kargo. Sektor-sektor industri yang dilindungi oleh OIL termasuk sektor Penemuan & Penghasilan Luar Pesisir dan Darat, Penapisan dan Pemasaran, Petrokimia, Perlombongan, Saluran Paip, Utiliti Elektrik, Tenaga Boleh Diperbaharui dan sektor-sektor perniagaan tenaga lain yang berkaitan.