omniture

Damir Sagolj Menang Foto Terbaik Tahun 2018 di Anugerah Fotografi Istanbul ke-4 Anadolu Agency

Anadolu Agency
2018-03-26 15:00 627

ISTANBUL, 26 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Dirakam oleh Damir Sagolj, foto yang menarik perhatian memaparkan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dilitupi selimut dan matanya ditutupi daun, dipilih sebagai Foto Terbaik Tahun 2018 oleh juri antarabangsa bagi Anugerah Fotografi Istanbul ke-4.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8295451-damir-sagolj-2018-istanbul-photo-awards/

Foto tersebut diambil di kem pelarian Balukhali di Bangladesh. Kanak-kanak lelaki tersebut, Abdul Aziz, dan keluarganya telah melarikan diri dari Myanmar dua bulan sebelum kematiannya akibat demam. Malangnya, Abdul Aziz bukanlah satu-satunya mangsa kanak-kanak ekoran pertempuran berterusan di rantau berkenaan.

Kevin Frayer memenangi hadiah tempat pertama bagi Kisah Berita yang dilaporkan oleh beliau untuk Getty Images. Lukas Schulze dianugerahkan hadiah pertama untuk Sukan Tunggal, manakala Pavel Volkov memenangi hadiah pertama untuk Kisah Sukan menerusi siri beliau yang diambil untuk Vechernaya Moskva Newspaper. Marcus Yam memenangi hadiah pertama untuk Kisah Alam Semula Jadi & Persekitaran menerusi karya beliau untuk Los Angeles Times.

Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan semua pemenang, layari: http://istanbulphotoawards.com/

Marion Mertens, Editor Digital Kanan di Paris Match berkata: "Saya berpendapat pemenang tahun ini adalah sangat hebat. Gambarlah yang banyak menjelaskan tentang kisah utama bagi tahun tersebut. Ia merupakan gambar yang amat menyentuh perasaan."

Ketua jurugambar sukan yang memenangi anugerah di Getty Images Cameron Spencer berkata bahawa Anugerah Fotografi Istanbul adalah penting memandangkan ia memberi satu platform kepada wartawan seluruh dunia untuk menunjukkan hasil kerja mereka di serata dunia melalui pameran. Menurut Spencer, Anugerah Fotografi Istanbul memberikan wartawan, "Platform untuk menunjukkan hasil kerja mereka di serata dunia, ia merupakan pendedahan hebat untuk jurugambar."

Juri profesional antarabangsa berhimpun di Istanbul pada 18-21 Mac 2018 dan menganugerahi 27 jurugambar dari 22 negara. Istanbul Metropolitan Municipality (IBB), Turkish Airlines dan Agensi Kerjasama dan Penyelarasan Turki (TIKA) merupakan penaja-penaja peraduan berkenaan.

Juri Peraduan Foto 2018 

Marion Mertens, Editor Digital Kanan di Paris Match, Perancis; Cameron Spencer, Ketua Jurugambar Sukan Getty Images; Yuri Kozyrev, Wartawan Foto dengan Noor Images; Georges De Keerle, Jurugambar dan Penasihat Media Visual; Michel Scotto, Pengarah Pembangunan Perniagaan Foto AFP; Andrei Polikanov, Editor Berita Bergambar; Frederic Lafargue, pemenang Anugerah Fotografi Istanbul tahun lalu; Ahmet Sel, Ketua Editor Berita Visual Anadolu Agency dan Firat Yurdakul, Editor Fotografi Anadolu Agency ialah anggota-anggota juri tahun ini.

Maklumat terperinci tentang peraduan tersebut disediakan di istanbulphotoawards.com

Hubungi: Elife Çekem, +90-533-788-06-28, istanbulphoto@aa.com.tr

     (Foto: https://mma.prnewswire.com/media/657687/Anadolu_Agency_Photo_Awards.jpg )

Source: Anadolu Agency
Keywords: Advertising Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Awards