omniture

Trina Solar Lancar Penyelesaian PV Pintar Baharu - TrinaPro

Trina Solar Limited
2018-03-26 16:45 825

CHANGZHOU, China, 26 Mac, 2018 /PRNewswire/ -- Pada 21 Mac 2018, Trina Solar Limited ("Trina Solar" atau "Syarikat"), penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka untuk tenaga solar, melancarkan penyelesaian PV pintar baharu, TrinaPro di ibu pejabat globalnya di Changzhou, China.

TrinaPro direka untuk sistem PV yang dipasang atas tanah berskala utiliti. Ia adalah hasil perjanjian kerjasama penuh Trina Solar, masing-masing bersama Huawei Technologies Co., LTD, Sungrow Power Supply Co., LTD serta perjanjian kerjasama strategiknya dengan Nclave Renewable S.L.. TrinaPro ialah penyelesaian PV pintar pertama dengan gabungan dioptimum antara modul solar, sistem pengesan solar terkini atau sistem apungan dan penyongsang bertaraf dunia yang utama dalam industri daripada Trina Solar. Sebagai produk bernilai tambah baharu, TrinaPro dicirikan menerusi komponen premium, penyepaduan sistem dioptimum dan fungsi saling sambung O&M pintar.

TrinaPro termasuk kedua-dua penyelesaian dipasang atas tanah dan juga penyelesaian apungan. Penyelesaian dipasang atas tanah mempunyai sistem pengesan solar terkini, yang dapat membantu meningkatkan perolehan tenaga sebanyak 10%-30%. Penyelesaian apungan pula akan menampung beberapa senario aplikasi seperti takungan air, tasik, pantai, dsb.

Dengan pemadanan dioptimum antara komponen-komponen dan penyepaduan algoritma "Pengkomputeran Pinggir", TrinaPro dapat meningkatkan kestabilan sistem dengan penjanaan kuasa lebih tinggi dan kos BOS lebih rendah bagi mengurangkan LCOE sistem.

Di samping itu, dengan fungsi saling sambung antara algoritma "Pengkomputeran Pinggir" dan sistem O&M pintar pada platform awan, TrinaPro diberi kuasa untuk menganalisis dan memproses data daripada awan, untuk mengoptimumkan model operasi sistem dan memastikan sistem beroperasi dengan lancar dan cekap.

Gao Jifan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Trina Solar, menyampaikan ucapan beliau dalam majlis pelancaran global, yang mana beliau menyebutkan, "Meskipun kuasa solar ialah peserta baharu dalam industri tenaga, ia merupakan salah satu kuasa utama bagi memacu pembangunan masa depan untuk seluruh industri." Yin Rongfang, Naib Presiden Trina Solar & Presiden Jualan Global serta Presiden Penyelesaian Komersial & Kediaman Luar Negara, menggariskan bahawa "menerusi gabungan dioptimum dalam meningkatkan penjanaan kuasa, merendahkan LCOE sistem dan menyepadukan sistem O&M pintar, TrinaPro akan membantu pelanggannya mencapai pulangan pelaburan yang lebih tinggi."

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka di dunia untuk tenaga solar. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai penyepadu sistem PV, hari ini Trina Solar memacu tenaga pintar bersama-sama pemasang, pengedar, utiliti dan pembangun seluruh dunia. Kedudukan utama syarikat dalam industri adalah berasaskan kecemerlangan inovasi, kualiti produk terunggul, keupayaan bersepadu vertikal dan pengawasan terhadap alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services