omniture

Air China bakal Lancar Laluan Baharu Beijing-Houston-Panama City

Air China
2018-03-26 23:16 959

BEIJING, 26 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Tanggal 5 April 2018, Air China bakal melancarkan laluan baharu dari Beijing ke Panama City melalui Houston. Laluan ini dijangka akan amat memudahkan pertukaran antara kedua-dua negara serta kawasan-kawasan berdekatan, sekaligus menyediakan penumpang dengan rangkaian pilihan yang lebih hebat.

Pada Jun 2017, China dan Panama menandatangani Kenyataan Bersama mengenai Penubuhan Hubungan Diplomatik Antara Republik Rakyat China dan Republik Panama. Penubuhan rasmi hubungan diplomatik ini meneruskan hubungan yang terjalin sejak lebih 160 tahun lalu menuju era baharu. China ialah rakan dagangan Panama yang kedua terbesar dan merupakan pengguna kedua terbesar bagi Terusan Panama, manakala Panama pula ialah rakan dagangan China yang terbesar di Amerika Tengah. Pada tahun 2017, perdagangan dua hala berjumlah hampir US $6.7 bilion, manakala lalu lintas penumpang dua-hala berjumlah hampir 40,000, meningkat pada kadar tahunan mencecah hampir 30%.

Lebih dikenali dengan Terusan Panama, Panama City ialah sebuah bandar pelabuhan bersejarah yang terletak di antara gunung ganang yang menghijau dan Lautan Pasifik. Di sini, para pelancong dapat menyaksikan kontras antara seni bina kolonial berwarna warni bandar tersebut dengan bangunan-bangunan bertingkat tinggi moden berkilauan yang mendominasi latar langit. Selain itu, Panama menikmati kedudukan geografi yang unik sebagai persimpangan antara darat dan lautan dan dianggap oleh China sebagai lanjutan semula jadi bagi Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 menembusi Amerika Latin yang mempunyai peranan penting untuk dilaksanakan. Selain meningkatkan hubungan dagangan antara kedua-dua negara, Air China berharap pelancaran laluan baharu Beijing-Houston-Panama City akan menambah baik jaringan pengangkutan antara China dan Panama dengan ketara. Di samping itu, dijangkakan bahawa laluan ini akan mengukuhkan kerjasama perdagangan dua hala, pelaburan, maritim, pendidikan dan juga pelancongan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Air China berusaha membangunkan Beijing menjadi hab lapangan terbang utama dengan capaian global yang sebenar. Jaringan laluan Air China telahpun mencakupi kesemua enam benua yang didiami, dan pelancaran laluan Beijing-Houston-Panama City merupakan pencapaian penting hasil usahanya untuk meluaskan liputan di benua Amerika. Kini, Air China mengendalikan lebih 200 penerbangan setiap minggu ke 12 destinasi di benua Amerika, termasuk New York (Lapangan Terbang Newark dan Lapangan Terbang JFK), Washington, D.C., Los Angeles, San Francisco, San Jose, Hawaii, Vancouver, Montreal, Havana dan Sao Paulo. Di samping itu, kabin yang moden dan lapang serta perkhidmatan cemerlang memastikan bahawa penumpang dapat melakukan perjalanan dalam penuh keselesaan.

Maklumat penerbangan:

Nombor penerbangan: CA885/6 (Semua waktu yang dinyatakan di bawah adalah waktu tempatan) Penerbangan keluar (Khamis, Ahad): Berlepas dari Beijing pada jam 07:40 dan tiba di Houston pada jam 08:20; Berlepas dari Houston pada jam 10:50 dan tiba di Panama City pada jam 14:30; Penerbangan masuk (Khamis, Ahad): Berlepas dari Panama City pada jam 16:30 dan tiba di Houston pada jam 20:15; Berlepas dari Houston pada jam 01:00 hari berikutnya dan tiba di pada jam 04:50 hari ketiga. Laluan Beijing-Houston-Panama City dikendalikan oleh pesawat berbadan lebar Boeing 777-300 ER (Jarak Jauh Lanjutan) yang terkenal dalam kalangan pengembara perniagaan. Kabin-kabin Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan dilengkapi dengan tempat duduk yang dapat direbahkan sepenuhnya dan juga kawasan bar pusat, manakala penumpang dalam semua kelas perjalanan mendapat sistem hiburan dalam penerbangan serta soket kuasa mereka sendiri. Pesawat Boeing turut menyediakan tandas boleh dicapai kerusi roda dan lampu mood LED dinamik bagi menjamin perjalanan yang lebih selesa untuk semua penumpang.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1857452-1LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel New products/services