omniture

LONGi Solar Menang Anugerah Simulasi Hasil Tenaga Modul PV TUV Rheinland

LONGi Solar
2018-03-27 03:04 1155

WUXI, China, 27 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Selama 2 tahun berturut-turut, LONGi Solar diiktiraf sebagai pemenang bagi anugerah "All Quality Matters" untuk "Simulasi Hasil Tenaga Modul PV (Kumpulan Mono)."

Pada 22 Mac lalu, TUV Rheinland menyampaikan anugerah-anugerah di Kongres Solar 2018 di Wuxi, China. "Anugerah Simulasi Hasil Tenaga Modul PV" 2017 yang menjadi rebutan ini dianugerahkan kepada LONGi Solar atas kecekapan dan keandalan modul monohablurannya.

Presiden LONGi Solar, En. Wenxue Li, menerima Anugerah Simulasi Hasil Tenaga Modul PV oleh TUV Rheinland
Presiden LONGi Solar, En. Wenxue Li, menerima Anugerah Simulasi Hasil Tenaga Modul PV oleh TUV Rheinland

Ujian penilaian Hasil Tenaga TUV Rheinland adalah amat ketat, memerlukan simulasi persekitaran beriklim di lima kawasan berbeza di dunia - Cologne (Jerman), Datong (China), Riyadh (Arab Saudi), Chennai (India) dan Los Angeles (AS). Sebagai kesimpulannya, modul mono 60-sel LONGi Solar dinamakan sebagai modul berprestasi terbaik dan pemenang bagi kumpulan mono.

"Anugerah "All Quality Matters" diwujudkan oleh TUV Rheinland bagi menjadi penilaian yang objektif dan boleh dipercayai oleh badan berkuasa dan berkecuali untuk menyeragamkan kualiti produk, mewujudkan penanda aras kualiti dan membimbing pembangunan mampan dalam industri fotovolta. Anugerah ini diiktiraf oleh pakar industri, pihak berkuasa, pemilik kilang PV dan juga pengeluar. Anugerah tahun ini disampaikan kepada syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi cemerlang dan memberi sumbangan penting dalam aspek-aspek berbeza industri PV.

Sebagai pengeluar modul solar monohabluran yang utama di dunia kerana mencapai penyelesaian LCOE yang terbaik, LONGi Solar menerima "Anugerah Simulasi Hasil Tenaga Modul PV" selama dua tahun berturut-turut. Ketika menerima pengiktirafan ini, En. Wenxue Li, Presiden LONGi Solar berkata, "LONGi Solar sentiasa komited untuk memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami. Anugerah ini adalah hasil pengukuran yang objektif dan ia turut menekankan prestasi cemerlang modul mono LONGi Solar berhubung hasil tenaga. LONGi Solar akan berusaha lebih bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi kepercayaan dan harapan anda, menghasilkan produk yang lebih andal dan cekap, serta menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan yang lebih berkesan kos."

Dengan 18 tahun pengalaman dan pelaburan besar yang dibuat dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) mono sebanyak lebih CNY1.8 bilion (kira-kira USD285 juta) sejak lima tahun lalu, kini LONGi Solar mempunyai keupayaan R&D termaju yang diiktiraf di seluruh dunia dengan pasukan yang terdiri daripada hampir 500 kakitangan, mempunyai kebolehan teknikal dan juga sistem kawalan kualiti yang sofistikated. Dengan memanfaatkan kekuatan-kekuatan ini, LONGi Solar akan terus menumpu pada kualiti produk dan menyediakan penyelesaian LCOE yang terbaik dalam kelasnya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180326/2088648-1

 

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards