omniture

Mark Allen Peroleh Sokongan Tajaan Baharu tatkala Beliau Bersiap Sedia untuk Gelaran Dunia Snuker

Berkeley Assets sokong bintang Ireland Utara teruskan kejayaan Masters
Berkeley Assets
2018-03-28 17:35 860

HONG KONG, 28 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Juara Masters baharu bagi snuker profesional Mark Allen telah memeterai perjanjian penajaan baharu dengan Berkeley Assets, sebuah syarikat pelaburan berbilang-aset yang mempunyai pejabat-pejabat di Dubai dan London serta pengagihan di seluruh Timur Jauh.

generated by system

Warga Ireland Utara, Allen, 32, baru-baru ini meraih gelaran Tiga Mahkota pertama beliau apabila menewaskan Kyren Wilson dalam pertandingan Masters di Alexandra Palace, London.

Penajaan baharu ini memberikan satu lagi galakan yang tepat pada masanya untuk Allen tatkala beliau menumpu perhatian untuk mendapatkan gelaran Kejohanan Dunia pertama apabila acara paling penting bagi permainan ini diadakan di Crucible Theatre bertempat di Sheffield, England pada April ini.

Mengulas tentang perjanjian baharu ini, Allen berkata: "Saya tidak sabar-sabar memakai baju weskot saya yang membawa logo Berkeley Assets. Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan sebuah syarikat yang berkaliber seperti ini dan saya menantikan penyertaan pasukan ini bersama-sama kami dalam beberapa acara utama tahun ini."

Justin Quan, Rakan Sekutu Kanan di Berkeley Assets menambah: "Kami melihat Mark sebagai seorang personaliti sukan yang ingin kami sokong berdasarkan pendekatan strategik beliau yang gigih terhadap permainan dan tidak lupa akan asal usul beliau, walaupun beliau sudah mengecapi kejayaan.

"Dunia snuker tidak jauh berbeza dengan dunia perniagaan kami yang semakin berkembang - ia bersifat teratur, mencabar, taktikal dan memerlukan pertimbangan. Kami melihat perjanjian ini sebagai satu perkongsian jangka panjang dan kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Mark tatkala beliau mempersiapkan diri untuk acara Kejohanan Dunia."

Allen melangkah ke peringkat akhir bagi acara ranking pertama beliau dalam Kejohanan UK 2011 dan pada 2016, mencatat mata pukulan maksimum sebanyak 147 dalam acara yang sama.

Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain paling berbakat yang berasal dari Ireland Utara sejak mantan juara-juara dunia Dennis Taylor dan Alex Higgins, serta memenangi gelaran amatur Eropah dan Dunia sebelum menjadi pemain profesional pada tahun 2005.

Berkeley Assets mengendalikan perniagaan-perniagaan, membantu pembangunan hartanah, konsep hospitaliti dan perniagaan baru muncul untuk berkembang maju. Semua aset asas perniagaan terletak di UK dan AS manakala portfolio hartanah syarikat mencakupi pelbagai sektor, termasuk aset-aset sedia ada dan baru dipasarkan di beberapa lokasi yang paling dicari-cari di dunia.

Matlamat Berkeley adalah untuk terus membangunkan portfolio bersifat pelbagai yang mencakupi konsep dan perniagaan sedia ada dan baru dipasarkan sebagai sebahagian daripada strategi berasaskan hasil yang rendah risiko.

Source: Berkeley Assets
Keywords: Banking/Financial Service Sports Licensing/marketing agreements