omniture

Pengerusi Telgian Sampaikan Ucapan Dasar Di Persidangan & Pameran Kebakaran Antarabangsa

Telgian Holdings, Inc.
2018-03-28 23:18 680

Russell B. Leavitt berucap bagi pihak Persatuan Perlindungan Kebakaran Kebangsaan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Russell B. Leavitt, pengerusi eksekutif Telgian Holdings, Inc., menyampaikan ucapan dasar di Persidangan & Pameran Kebakaran Antarabangsa Malaysia (IFCEM) pada hari Rabu, 28 Mac 2018 pada jam 9 pagi Waktu Malaysia. Leavitt, mewakili Persatuan Perlindungan Kebakaran Kebangsaan (NFPA) berserta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Jim Pauley, menyampaikan ucapan yang bertajuk, "Cabaran Perkhidmatan Kebakaran dan Kecemasan Global: Pencapaian yang lebih baik bersama-sama." Turut mewakili NFPA di persidangan ialah Don Bliss, Naib Presiden Operasi Lapangan NFPA.

IFCEM 2018 ialah satu persidangan selama tiga hari yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Institut Jurutera Kebakaran dan Persatuan Perlindungan Kebakaran Malaysia, menghimpunkan ilmuwan dan golongan profesional tersohor dari seluruh dunia untuk mempamerkan teknologi termaju dan membincangkan kemajuan terkini dalam keselamatan kebakaran dan pengurusan bencana.

 

ACARA:

Ucapan Dasar Persidangan & Pameran Kebakaran Antarabangsa – Cabaran Perkhidmatan Kebakaran dan Kecemasan Global


: Pencapaian yang Lebih Baik Bersama-sama             



PENYAMPAI:

Russell B. Leavitt, Pengerusi Eksekutif, Telgian Holdings, Inc.



TARIKH DAN MASA: 

Rabu, 28 Mac 2018


9 pagi Waktu Malaysia                                 



TEMPAT:

Pusat Konvensyen Sunway Pyramid


Lot No LL2.1lppp37, Tingkat Bawah 2 Fasa 2 Sunway Pyramid,


46510 Jaya, Selangor Darul Ehsan, Bandar Sunway,


47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

 

Untuk maklumat lanjut tentang NFPA layari https://www.nfpa.org/. Untuk maklumat lanjut tentang Telgian Holdings, Inc. layari http://www.telgian.com.

Latar Belakang Persatuan Perlindungan Kebakaran Kebangsaan (NFPA)
Ditubuhkan pada tahun 1896, NFPA ialah sebuah pertubuhan bukan untung bertaraf global yang menumpu untuk menghapuskan kerugian berkaitan kematian, kecederaan, harta dan ekonomi akibat kebakaran, bahaya elektrik dan yang berkaitan dengannya. Persatuan ini menyampaikan maklumat dan pengetahuan melalui lebih 300 kod dan piawaian yang dipersetujui, penyelidikan, latihan, pendidikan, bantuan dan sokongan; serta menerusi kerjasama dengan pihak-pihak lain yang mempunyai minat yang sama untuk meneruskan misi NFPA. Untuk maklumat lanjut layari www.nfpa.org. Semua kod dan piawaian NFPA boleh dilihat dalam talian secara percuma di www.nfpa.org/freeaccess.

Latar Belakang Telgian Holdings, Inc.
Telgian ialah penyedia seluruh dunia bagi khidmat runding kebakaran, keselamatan, keselamatan nyawa dan perkhidmatan kejuruteraan/reka bentuk yang komprehensif. Telgian bekerjasama dengan pelanggan bagi menghasilkan penyelesaian inovatif yang dapat mengurangkan pendedahan terhadap kerugian akibat kebakaran dan bencana. Hasilnya adalah persekitaran menguntungkan yang produktif yang dapat memastikan perniagaan selamat dan mematuhi peraturan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Telgian layari http://www.telgian.com/                                                                

Maklumat Pertanyaan Media:


Kristy Lucero

Heidi Moore

Lovell Communications

Telgian Holdings, Inc.

kristy@lovell.com

hmoore@telgian.com

+1-615-297-7766

+1-48-292-8080

 

Source: Telgian Holdings, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Not for profit Public Safety Trade show news