omniture

Globee Lancar BPO Berbilang Bahasa Transformatif Terbesar Dunia

Globee
2018-03-29 10:15 783

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Globee Services bakal mengubah cara perniagaan menyediakan pengalaman pelanggan melalui sokongan pelanggan omnisaluran berbilang bahasa, digandingkan dengan kecerdasan buatan (AI). Terletak di Kuala Lumpur, ia akan menempatkan lebih 2,000 kakitangan, bagi menampung kawasan APAC.

Globee ialah satu usaha sama antara syarikat perkhidmatan BPO (Penyumberan Luar Proses Perniagaan) yang terbesar di Korea Selatan, UBASE dan Everise, yang memiliki C3/CustomerContactChannels, BPO bertaraf global yang bersaiz besar, berpangkalan di AS.

Pelancaran ini dirasmikan oleh Datuk Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation yang mengalu-alukan penubuhan Globee di Malaysia. "Kami percaya Globee akan dapat meningkatken aspek pengalaman pelanggan dalam sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) Malaysia," kongsi beliau.

Sudhir Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif Everise berkata bahawa syarikat-syarikat perlu bekerjasama dengan pelanggan mereka serta memanfaatkan teknologi bagi menawarkan model-model perniagaan yang berbeza, membentuk pengalaman pelanggan keseluruhan yang perlu dicapai oleh jenama-jenama agar dapat bersaing di peringkat global.

Sudhir turut berkongsi lebih lanjut bagaimana Globee memanfaatkan pertembungan antara teknologi dan pengalaman berbilang bahasa untuk menawarkan penyelesaian. "Kami mewujudkan Globee Lab di dalam pusat tersebut, memanfaatkan kuasa AI untuk membangunkan dan menginovasi produk, demi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan yang disediakan."

"Ini merupakan pelaburan yang pertama seumpamanya oleh BPO Korea yang menyasarkan pelanggan global/digital," kata Daegun Hur, Ketua Pegawai Eksekutif UBASE.

Beliau menambah bahawa menerusi masyarakat Malaysia yang berbilang budaya, etika kerja yang hebat, infrastruktur yang cemerlang dan dasar kerajaan yang mesra rakyat, Globee akan dapat membawakan yang terbaik dan mewujudkan sinergi di Malaysia.

Latar Belakang GlobeE

GlobeE ialah sebuah syarikat perkhidmatan BPO yang ditubuhkan pada tahun 2018. Berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia, mereka menawarkan sokongan pelanggan omnisaluran berbilang bahasa, oleh penutur asli. GlobeE ialah satu usaha sama antara Everise (yang memiliki BPO C3/CustomerContactChannels yang berpangkalan di AS) dan UBASE, BPO yang terbesar di Korea Selatan. Syarikat menyediakan GlobeE Lab, satu divisyen yang menumpu pada inovasi dan inkubasi teknologi yang mengubah pendekatan BPO dan mengurus pengalaman pelanggan. Layari www.globeebpo.com

Source: Globee
Keywords: Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Joint ventures New products/services