omniture

Benarkah Ronaldo Jadi Warga Argentina? "Fenomeno" Bintangi Kempen Global Baharu Snickers®

Mars, Incorporated
2018-03-30 09:00 389

Salah seorang penyerang bola sepak terhebat sepanjang zaman keliru apabila beliau lapar, memulakan satu kempen, yang dicipta oleh AlmapBBDO, untuk membawa pengguna dari lebih 50 negara bertemu beliau di Brazil

SAO PAULO, 30 Mac 2018 /PRNewswire/ -- SNICKERS®, menerusi kempen global ikoniknya, "You're not you when you're hungry" ("Anda bukan diri anda apabila anda lapar") - memperkenalkan satu sentuhan baharu – "You get confused when you're hungry" ("Anda jadi keliru apabila anda lapar"). Pada hari Selasa, 27 Mac, Ronaldo, "o Fenômeno" (fenomena), dilihat bersorak untuk Argentina – saingan bola sepak Brazil sejak dahulu - dalam satu perlawanan pertunjukan menentang Sepanyol, di Madrid. Babak unik ini ialah sebahagian daripada kempen SNICKERS® - menghimpunkan salah satu coklat paling laris terjual di dunia - dan salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Ronaldo melancarkan kempen ini melalui profil media sosial beliau dengan menyiarkan filem awal hari ini. Ia bermula dengan peminat Argentina menonton perlawanan bola sepak di televisyen. Apa yang mengejutkan semua orang adalah Ronaldo bersorak dalam kalangan mereka. Apabila beliau menyedari orang ramai yang keliru di sekeliling beliau, beliau memakan SNICKERS®, memuaskan kelaparan beliau dan kembali normal, dan berasa kesal atas apa yang berlaku.

"Kempen baharu yang menarik ini meneruskan rasa jenaka unik SNICKERS®, bagi mengukuhkan lagi platform 'You're not you when you're hungry' global kami. Kempen ini menghidupkan salah satu objektif utama kami: membawakan pengalaman eksklusif kepada pengguna kami dan menonjolkan mengapa SNICKERS® ialah salah satu jenama paling disukai di dunia; dan atas sebab inilah lebih 50 peminat SNICKERS® yang bertuah akan mendapat peluang yang tidak dapat dilupakan untuk bertemu Ronaldo secara peribadi," kata Oduvaldo Viana, Pengarah Pemasaran Mars, di Brazil dan pemimpin projek global berkenaan.

Bermula minggu ini, kempen ini akan dijalankan sehingga Julai 2018. Untuk mengambil bahagian, pengguna berusia 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar kod yang terdapat pada bungkusan produk di lebih 50 negara mencakupi 4 benua: Amerika, Eropah, Asia dan Afrika bagi memenangi peluang untuk bertemu Ronaldo di Brazil pada Oktober ini.

Latar Belakang Mars, Incorporated

Mars, Incorporated ialah sebuah perniagaan persendirian milik keluarga yang melakar sejarah selama 100 tahun dan merupakan pemilik jenama-jenama yang paling digemari di dunia seperti M&M'S®, TWIX®, SNICKERS®, PEDIGREE®, EUKANUBA®, ROYAL CANIN®, WHISKAS®, UNCLE BEN'S®, MASTERFOODS®, ORBIT®, EXTRA®, SKITTLES® dan STARBURST®. Beribu pejabat di McLean, Virginia, Mars mempunyai pendapatan sebanyak lebih US $35 bilion daripada lima segmen perniagaannya: Petcare (makanan haiwan peliharaan), Wrigley Confectionery (Coklat, Gam dan Gula-gula Getah), Makanan, Minuman dan Symbioscience. Seramai lebih 100,000 kakitangan dari 80 negara dihimpunkan di bawah Lima Prinsip syarikat: Kualiti, Kecekapan, Tanggungjawab, Kesalingan dan Kebebasan, berusaha setiap hari untuk memupuk hubungan bersama dengan semua yang berkaitan, mencapai pertumbuhan yang dibanggakan oleh pihak syarikat.

Untuk maklumat lanjut tentang Mars, Incorporated, sila layari www.mars.com.

Ikuti juga kami melalui media sosial: Facebook, Twitter, LinkedIn dan YouTube.

Perhubungan akhbar
Mars Brasil | In Press Porter Novelli

Bruna Hakan (bruna.hakan@inpresspni.com.br) – (+ 55 11) 3323-1608
Emilia Spirlandelli (emilia.spirlandelli@inpresspni.com.br) – (+ 55 11) 3323-1620

 

Source: Mars, Incorporated
Related Links:
Keywords: Advertising Entertainment Food/Beverages Social Media Sports