PARIS, 31 Mac 2018 /PRNewswire/ --
Pembukaan besar-besaran pada 31 Mac 2018 di Paris
30 Rue du 4 Septembre, Place de l'Opéra - 75002 Paris - stesen metro Opéra
FlyView akan membuka tarikan realiti maya unik yang membolehkan pengunjung meninjau Paris dari langit menggunakan pek jet, bagi menyaksikan paparan monumen dan pemandangan 360° yang sebenar - tanpa sebarang grafik komputer!
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8299251-flyview-paris-virtual-reality-attraction/
Tarikan kekal ini memungkinkan anda untuk terbang melintasi bandar paling indah di dunia, suatu impian yang menjadi kenyataan buat berjuta-juta orang.
Berlepas dari Tapak Pelancaran 1,000 m² (+11,000 kaki persegi) di Place de l'Opéra di Pusat Bandar Paris
Bagi para pengunjung yang memasuki FlyView dari Place de l'Opéra, mereka akan tiba di bahagian lobi yang menyerupai terminal lapangan terbang dengan kaunter daftar masuk, pramugari dan skrin yang mengumumkan penerbangan seterusnya.
Tapak pelancaran mempunyai 50 pek jet, menjadikannya salah satu pemasangan realiti maya yang terbesar di dunia.
Setelah berada di dalam pek jet (dipasang pada penggerak) dan dilengkapi dengan helmet realiti maya (HTC Vive), pengunjung dapat melihat dirinya berlepas dan terbang di atas bumbung Paris. Sensasi terbang adalah lebih nyata daripada kehidupan sebenar. Satu pencapaian teknologi yang terulung!
Umpama Pertama Kali Melihat Paris menerusi Pengalaman Menyeronokkan yang Tidak Dapat Dilupakan
Jadual perjalanan ini meneroka monumen-monumen utama Paris dengan cara yang benar-benar unik. Ia akan menjadi detik 13 minit yang mengujakan! Meskipun semua pengunjung mempunyai jadual perjalanan yang sama, setiap orang akan melihat suatu yang berbeza disebabkan oleh pandangan 360° yang mengasyikkan.
Peranti yang sofistikated ini menyegerakkan platform dengan pergerakan-berlepas pek jet, terbang ke hadapan, berhenti bagi melihat pandangan berpanorama, bergerak ke sisi dan turun ke bawah bersebelahan dengan monumen - bagi mencipta pengalaman mengasyikkan di seluruh Paris dengan sensasi terbang yang ultra-realistik yang akan turut disukai oleh kanak-kanak kecil dan juga orang dewasa.
Pengalaman yang mengagumkan. Pemandangan seluruh Paris yang mempersonakan. Pengalaman terbang yang sungguh menakjubkan.
"FlyView ialah impian zaman kanak-kanak saya untuk terbang dan melihat dunia dari atas, yang menjadi kenyataan. Saya berharap dapat berkongsi pengalaman hebat ini bersama seramai mungkin. Pengalaman ini menyatukan puisi dan inovasi bagi mewujudkan satu lagi aktiviti kebudayaan berkualiti tinggi di Paris. Saya ingin menawarkan kepada warga Paris dan pengunjung Paris satu pengembaraan mengujakan yang boleh diakses dan tidak dapat dilupakan," kata Arnaud Houette, Pengasas FlyView.
Butiran Praktikal
Pelepasan dijadualkan pada 31 Mac 2018
Dibuka 7 hari seminggu – waktu operasi dan tempahan di http://www.flyview360.com
Tiket untuk seorang: €15
Tinggi pengunjung sekurang-kurangnya 4' (berumur lebih kurang 8 tahun)
Boleh diakses oleh pengunjung dengan mobiliti yang dikurangkan
30 Rue du 4 Septembre - Place de l'Opéra - 75002 Paris - stesen metro Opéra
Hubungi: FlyView, contact@flyview360.com