Panduan tahunan iktiraf program-program rakan kongsi ulung saluran
ROLLING MEADOWS, Illinois, 2 April 2018 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian perangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan bahawa CRN®, jenama milik The Channel Company, memberikan penarafan 5-bintang kepada Cambium Networks dalam Panduan Program Rakan Kongsi 2018. Panduan tahunan berkenaan menyenaraikan program-program rakan kongsi daripada kalangan vendor teknologi yang menyediakan produk serta perkhidmatan melalui saluran IT. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Program ConnectedPartner Cambium Networks menerima penarafan tertinggi ini.
Penarafan Panduan Program Rakan Kongsi 5-Bintang mengiktiraf syarikat-syarikat yang menawarkan penyedia penyelesaian dengan elemen-elemen perkongsian terbaik dalam program-program saluran mereka. Bagi menentukan penarafan 5-Bintang 2018, pasukan penyelidikan The Channel Company menilai setiap program rakan kongsi vendor berdasarkan pelaburan yang dibuat dalam penawaran program, keuntungan rakan kongsi, latihan, pendidikan dan sokongan rakan kongsi, program dan sumber pemasaran, sokongan jualan dan juga komunikasi.
Program ConnectedPartner diwujudkan bagi membantu rakan kongsi mencapai kejayaan menerusi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar Cambium Networks. Program ConnectedPartner meletakkan rakan kongsi bagi mencapai pertumbuhan melalui akses kepada angkut balik titik-ke-titik, pengedaran titik-ke-berbilang titik, ketersambungan Perindustrian, akses Wi-Fi dan penyelesaian pengurusan hujung-ke-hujung berasaskan awan yang dapat membantu memacu jualan dan wawasan yang mendayakan rakan kongsi untuk menembusi pasaran-pasaran tanpa wayar baru muncul. Program rakan kongsi daripada Cambium Networks bertujuan untuk memaksimumkan liputan global sekaligus meminimumkan konflik saluran. Rakan-rakan kongsi mendapat manfaat daripada diskaun rangkaian produk; portal rakan kongsi yang mantap dan mesra pengguna; program pendaftaran perjanjian, peralatan demonstrasi dan dana pembangunan pasaran; akses kepada program-program yang dibimbing pengajar secara langsung dan latihan maya; kandungan dan instrumen pemasaran saluran; sokongan daripada pasukan pengurusan dan jualan saluran Cambium Networks; dan banyak lagi.
"Mencari vendor teknologi yang tepat untuk menjalin kerjasama boleh menjadi satu tugas yang sukar, disebabkan oleh banyaknya pilihan yang kini disediakan kepada penyedia penyelesaian," kata Robert Faletra, Pengerusi Eksekutif The Channel Company. "Panduan Program Rakan Kongsi CRN dan penarafan 5-bintang dapat membantu mereka mengecilkan skop dan mencari yang paling sesuai, mengenal pasti program rakan kongsi yang paling menguntungkan serta menyediakan maklumat penting terhadap kekuatan dan faedah mereka. Kami berbesar hati untuk membawakan senarai PPG 2018 kami, mengiktiraf program rakan kongsi paling mantap dan paling berjaya dalam saluran masa kini."
Naib Presiden Kanan Saluran Global Cambium, Ron Ryan berkata, "Cambium Networks berbangga atas pemerolehan penarafan ini buat tahun kedua berturut-turut. Kami telah mewujudkan program ConnectedPartner dengan memberi perhatian kepada rakan kongsi kami serta menumpu pada apa yang membantu mereka berjaya dan usaha ini berjalan lancar. Tahun lalu, kami menambah lebih 1,000 rakan kongsi baharu dalam program saluran global kami dan mengukuhkan kedudukan Cambium Networks dalam segmen Wi-Fi perusahaan. Kami mengharapkan satu lagi tahun yang membuahkan hasil dan peluang untuk berada di sini sekali lagi pada tahun hadapan."
Panduan Program Rakan Kongsi 2018 akan ditampilkan dalam CRN edisi April dan dalam talian di http://www.crn.com/
Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Komitmen Cambium terhadap inovasi berterusan dan tanggungjawab sosial dalam akses tanpa wayar diperlihatkan menerusi berjuta-juta radio yang digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang memberi manfaat kepada komuniti serata dunia. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.
Latar Belakang The Channel Company
The Channel Company mendayakan prestasi saluran IT yang mencetuskan kejayaan menerusi media dominan kami, acara-acara yang menarik, khidmat runding dan pendidikan bersama pakar serta perkhidmatan dan platform pemasaran yang inovatif. Sebagai pemangkin saluran, kami menghubungkan dan memperkasa pembekal teknologi, penyedia penyelesaian dan juga pengguna akhir. Disokong oleh pengalaman saluran yang tiada tandingan selama lebih 30 tahun, kami memanfaatkan pengetahuan mendalam kami untuk memvisualisasikan penyelesaian baharu yang inovatif demi cabaran yang sentiasa berubah-ubah dalam pasaran teknologi. www.thechannelco.com
CRN ialah tanda dagangan berdaftar The Channel Company, LLC. Hak cipta terpelihara.
HUBUNGI: Sara Black, 213.618.1501, sara@bospar.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/661219/Cambium_Networks_2018_CRN_PPG_5_Star_Winner.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/325530/cambium_networks_logo.jpg