omniture

Persinggahan Makanan Musim Sejuk Bertolli® ke Tuscany bersama Individu Berpengaruh Makanan Global

Bertolli
2018-04-03 07:01 980

UDINE, Itali, 3 April 2018/PRNewswire/ --

Bertolli®, jenama minyak zaitun nombor satu di dunia, yang melakar sejarah selama lebih 150 tahun lamanya, terus melaksanakan aktiviti-aktiviti strategiknya bagi menyokong pelancaran semula Jenamanya dalam pasaran-pasaran global.

generated by system

Pada akhir minggu April, Bertolli akan menjadi tuan rumah kepada lapan cef berpengaruh dari seluruh dunia bagi mengalami dan mempelajari tentang semua perkara yang berkaitan dengan jenama ini, bermula dengan pelbagai campuran yang memenangi anugerah, kepada nilai jenama dan juga sejarah jenama. Cef-cef berpengaruh ini akan dibawa dalam suatu perjalanan mengimbau sejarah, bermula dengan visi pengasas dan permulaan syarikat pada tahun 1865 kepada tumpuan hari ini terhadap kualiti, pempelbagaian dan inovasi.

Bertolli menawarkan pelanggannya dengan pelbagai jenis produk dan campuran minyak zaitun memenangi anugerah yang baru dirumuskan agar dapat disesuaikan mengikut rasa dan keutamaan yang pelbagai. Di sebalik falsafah syarikat ialah ciri kesederhanaan dan ketulenan produk yang bertujuan untuk menyokong gaya hidup yang sibuk pada masa kini dan keutamaan pengguna terhadap pilihan yang amat berkhasiat, lazat dan sihat.

'Resepinya adalah mudah' merupakan pesanan kempen antarabangsa baharu daripada Bertolli yang mendapat inspirasi daripada konsep kesederhanaan, berada di dapur dan berkongsi detik-detik bersama insan yang anda sayangi.

"Bertolli telah mengadakan pelancaran semula peringkat global, yang bakal menegaskan semula unsur-unsur keunikannya dan menyokong pasaran global," kata Ketua Pegawai Eksekutif Pierluigi Tosato, daripada syarikat induk Deoleo. Kempen ini bermula pada tahun 2018 dengan pelaburan yang besar dibuat terhadap strategi-strategi jenama, pemasaran dan komunikasi, satu usaha yang bakal menggalakkan dialog baharu.

"Orang ramai kini menjalani kehidupan yang lebih sibuk dan cenderung untuk melihat aktiviti memasak di rumah yang akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang terlalu rumit. Di sinilah Bertolli dapat menjadikan kehidupan lebih ringkas – dan mengekalkan keseronokan dalam memasak," ujar En. Tosato "Acara global ini adalah yang pertama seumpamanya untuk Bertolli, dan menghimpunkan individu-individu berpengaruh global ke pusat bandar Lucca, lokasi asal jenama ini yang dihasilkan oleh Francesco Bertolli." Jenama ini juga merancang untuk membuka 'Casa Bertolli', satu tempat pertemuan unik untuk pengguna, wartawan dan pihak berkepentingan untuk bersenang-senang apabila singgah di Lucca.

Latar Belakang Bertolli 

Diasaskan di bandar kecil Lucca di Tuscany, Itali, nama Bertolli telah menjadi unsur utama dalam masakan dan sajian Itali selama 150 tahun bersama minyak zaitun kegemaran dunia (dibuat oleh Deoleo). Aspek-aspek penting dalam jenama Bertolli ialah komitmen terhadap kualiti, dedikasi untuk memanfaatkan kebaikan semula jadi bahan-bahan dan tradisi dalam menghidangkan makanan yang luar biasa dan lazat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.Bertolli.com.

Hubungi:
Pietro Lucchese
Tel: +39-335-704-0604
Emel: pietrolucchese@me.com

Sumber: Bertolli

Source: Bertolli
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Future Events