omniture

Reich Brothers Umum Pembelian Kemudahan Pengilangan Panasonic Canggih di Salem, Oregon

Reich Brothers Holdings, LLC
2018-04-03 09:00 780

Kemudahan lama Pengilangan/Gudang Kelas A Panasonic ini akan dibangunkan semula bagi mencipta peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi Salem, Oregon  

NEW YORK dan LOS ANGELES dan CHICAGO, 3 April 2018 /PRNewswire/ -- Reich Brothers dengan sukacitanya mengumumkan pemerolehan kemudahan pengilangan dan gudang canggih berkeluasan 129,850 kaki persegi yang terletak di kawasan berkeluasan 19.66 ekar di Salem, Oregon. Kemudahan ini dibina pada tahun 2009 oleh Sanyo Solar, subsidiari Panasonic Corporation, bernilai kira-kira $80,000,000 dan diwujudkan untuk mengeluarkan jongkong silikon untuk sel-sel kuasa solar.

Kemudahan ini terletak di 5475 Gaffin Road SE dan berada berdekatan dengan syarikat-syarikat korporat termasuk Home Depot dan kemudahan pengedaran Amazon berkeluasan 1,000,000 kaki persegi yang baru dibangunkan. Bangunan berkeluasan hampir 130,000 kaki persegi itu mempunyai ketinggian siling berukuran daripada 24 kaki hingga 35 kaki jelas dan termasuk kemudahan air dan kuasa yang penting. Tapak ini mudah diakses dengan I-5 dengan jarak keterlihatan yang hebat dari OR-22.

Reich Brothers dijangka akan membangunkan semula kemudahan ini bagi tujuan pengilangan atau pengedaran ringan, dalam usaha mencipta peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi tempatan. "Kami komited untuk memelihara integriti dan infrastruktur tapak, dan akan membuat pelaburan besar dalam penambahbaikan tertentu bagi menjadikan bangunan ini sesuai untuk penyewa lain," kata Alex Reich, Pengarah Bersama Pembangunan & Pemerolehan Perniagaan di Reich Brothers. "Kami sedia maklum bahawa beberapa pekerjaan telah hilang apabila kemudahan ini ditutup, dan kami berharap agar dapat membawa masuk perniagaan baharu yang dapat memanfaatkan kemudahan ini sepenuhnya."

Reich Brothers akan menjual seluruh kandungan dalam kemudahan Salem, Oregon melalui lelongan awam pada 9 Mei 2018. Lelongan ini boleh dilihat di www.gaauction.com dan www.reichbros.com. Lelongan juga akan menampilkan kira-kira 70 Pembesar Kristal dan peralatan pengeluaran lain berkaitan pengilangan jongkong silikon.

Reich Brothers terbuka untuk menerima tawaran siap guna bagi jentera, peralatan dan hartanah sebelum jualan lelong pada 9 Mei.

Latar Belakang Reich Brothers Holdings, LLC
Reich Brothers Holdings, LLC mengkhusus dalam pemerolehan kilang pembuatan siap guna dan menyediakan pembelian pukal bagi pakej peralatan serta pengewangan melalui proses jualan lelong. Reich juga mempunyai bahagian pemberian pinjaman, yang menyediakan pinjaman berjangka serta jualan-pajakan semula; dan juga bahagian penyahtauliahan. Reich Brothers bekerjasama dengan Victory Park Capital, penasihat pelaburan berdaftar milik persendirian yang dikhususkan untuk pelaburan alternatif dalam syarikat-syarikat pasaran pertengahan merentasi pelbagai industri yang berbeza. Untuk maklumat lanjut, layari www.reichbros.com.

Perhubungan Media:

Alex Reich
| 914-821-5173 |
AlexReich@ReichBros.com
Curt Arthur
| 440-570-2872 |
lkrause@mljordan.com

 

Source: Reich Brothers Holdings, LLC
Related Links:
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Acquisitions, mergers, takeovers