omniture

Triumph Lancar Kempen Global Tujukan pada Pemerkasaan Kolektif

Triumph Lingerie
2018-04-03 15:00 1139

ZURICH, 3 April 2018 /PRNewswire/ --

#TogetherWeTriumph  

Triumph, salah satu jenama pakaian dalam dan pakaian intim yang terkemuka di dunia, melancarkan satu kempen global, #TogetherWeTriumph. Pemerkasaan ialah satu pengiktirafan terhadap persaudaraan dan kebersamaan, menandakan hala tuju kreatif yang baharu untuk jenama ini pada tahun 2018.

generated by system

generated by system

Selama lebih 130 tahun lamanya, Triumph menyokong golongan wanita melalui produk mereka, memberikan rasa keyakinan menyeluruh dan menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk semua bentuk tubuh dan saiz. Turut diterapkan dalam Nilai Jenama Triumph adalah sokongan wanita yang menyokong satu sama lain dan turut mewakili jenama ini ialah beratus-ratus kakitangan yang cemerlang dalam perkhidmatan setiap hari, bermula dengan reka bentuk dan inovasi kepada pakar-pakar pemakaian di kedai. #TogetherWeTriumph adalah satu perayaan untuk wanita seluruh dunia.

Kempen baharu ini ialah satu penyataan berani tentang pemerkasaan, kekuatan yang diperlihatkan melalui beberapa detik 'kehidupan sebenar' di mana kebaikan dan persefahaman ditonjolkan dalam setiap babak pendek kempen ini. Kami mulakan dengan seorang wanita membantu seorang lagi wanita lain bersama anak kecilnya, seorang rakan membantu rakannya yang lain, tangan yang menarik seseorang untuk bangkit, saat perkahwinan, detik kejayaan (Triumph) di atas pentas dan persembahan terakhir perpaduan yang mempamerkan wanita lebih kuat apabila bersama-sama dan menjadi lebih kuat lagi apabila disokong oleh Triumph setiap hari.

Rakan Pengurusan Triumph, Markus Spiesshofer mengulas, "Bukan satu rahsia lagi bahawa di belakang setiap wanita adanya seorang lagi wanita lain yang memberikan inspirasi dan membantunya dan inilah yang ingin kami raikan. Ia juga merupakan satu perayaan terhadap rangkaian Triumph kami. Kakitangan kami di seluruh dunia yang sentiasa menginovasi dan mencipta pakaian dalam dengan mengutamakan setiap wanita. Hari ini, pesanan pemerkasaan wanita ini adalah sangat relevan dan layak mendapat sokongan kami."

Suzanne McKenna, Ketua Jenama mengulas, "Kempen kami pada tahun 2018 mempunyai fokus terhadap digital dan sosial, yang akan kami jalankan untuk berhubung dengan pengguna kami pada tahap yang lebih mendalam dengan meletakkan wanita sebagai tumpuan utama. Dengan sengaja berundur daripada kempen yang bertumpu pada produk, ia memberikan kami satu perspektif segar terhadap komunikasi kami merentasi semua saluran kami."

Triumph telah mencipta pakaian dalam selama lebih 130 tahun, bagi memastikan wanita kelihatan dan merasakan dirinya terbaik. Sejak tahun 1886 Triumph memahami bahawa dengan pakaian dalam yang benar-benar sesuai, lahirlah perasaan sokongan sebenar, memperkasa wanita setiap hari, di seluruh dunia. Triumph International ialah salah sebuah syarikat pakaian intim yang terbesar di dunia dengan lebih 2,000 kedai dan 40,000 pelanggan borong dari seluruh dunia, menjual produk di 3,600 tempat jualan terkawal, dengan pengedaran global mencakupi 120 negara. TRIUMPH ialah tanda dagangan berdaftar Triumph Firm Group.

#TogetherWeTriumph

http://www.triumph.com

 

Source: Triumph Lingerie
Keywords: Fashion Retail Textiles