omniture

Bachmann & Welser Capital Group Beri Pinjaman Bukan Rekursa untuk Projek dengan Mengewangkan Instrumen Bank

Bachmann & Welser Capital Group
2018-04-03 21:54 1173

LONDON, 3 April 2018 /PRNewswire/ -- Bachmann & Welser Capital Group ialah Pengewang Surat Kredit Tunggu Sedia dan Nota Pinjaman Jangka Sederhana yang diiktiraf, bebas dan dibiayai sepenuhnya. Ia turut bekerjasama dengan platform-platform yang dimiliki oleh bank-bank global yang ternama.

Program Pinjaman Bukan Rekursa mempunyai julat - dalam kebanyakan kes, hasil perolehan boleh mencecah sehingga 30% daripada LTV instrumen yang digunakan sebagai cagaran untuk instrumen bernilai lebih rendah daripada bank-bank dengan penarafan dikurangkan, kepada 80% untuk instrumen bernilai lebih tinggi daripada bank-bank terkemuka.

Instrumen-instrumen yang boleh diterima untuk digunakan sebagai cagaran bagi jenis-jenis pinjaman ini ialah: Surat Kredit Tunggu Sedia (SBLC), Nota Pinjaman Jangka Sederhana (MTN). Nilai muka instrumen untuk ditukarkan kepada wang hendaklah bermula dengan nilai 10 juta. Instrumen-instrumen perlu dilakukan semakan (Euroclear, DTCC, Bloomberg).

Kaedah penyerahan dan/atau penyekatan haruslah melalui Pesanan SWIFT MT-760; kaedah penyerahan lain tidak diterima untuk apa-apa alasan. Tiada instrumen daripada Amerika Latin, Asia, India, Greece, Itali, Rusia, Ukraine, Cyprus atau China akan diterima (kecuali bank-bank Hong Kong, yang akan diterima berdasarkan penilaian setiap satu urusniaga). Satu syarat khas terpakai, bergantung pada keadaan tertentu.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.bachmannwelser.com

Emel: enquiries@bachmannwelser.com, Tel: +44(0)131-357-0361

Source: Bachmann & Welser Capital Group
Keywords: Banking/Financial Service New products/services