omniture

Ascensia Umum Finalis Ascensia Diabetes Challenge Yang Berpotensi Revolusikan Pengurusan Diabetes Jenis 2

Ascensia Diabetes Care
2018-04-04 11:20 1246

BASEL, Switzerland, 4 April 2018/PRNewswire/ --

Hari ini, Ascensia Diabetes Care mengumumkan enam penyertaan yang akan mara ke peringkat akhir dalam Ascensia Diabetes Challenge, satu pertandingan inovasi bertaraf global yang mencari penyelesaian digital untuk menyokong pengurusan diabetes jenis 2. Sebanyak enam finalis dipilih daripada 116 penyertaan yang diterima dan dipilih oleh panel yang terdiri daripada pakar-pakar luar serta ahli-ahli pasukan Perubatan, Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan Komersial. Syarikat-syarikat yang terpilih kini bakal membentangkan penyelesaian mereka dalam acara finalis pada bulan April bagi menentukan pemenangnya, yang kemudiannya akan diumumkan dalam Sesi Saintifik ke-78 Persatuan Diabetes Amerika.

"Kami menerima penyertaan daripada usahawan dan syarikat baharu di seluruh dunia yang mendepani inovasi penjagaan kesihatan. Kami berasa sangat gembira dengan mutu dan kepelbagaian penyerahan yang diterima, yang menawarkan penyelesaian digital yang dapat merevolusikan sebilangan aspek dalam pengurusan diabetes jenis 2," ujar Michael Kloss, Ketua Pegawai Eksekutif Ascensia Diabetes Care. "Kini, kami tidak sabar-sabar menantikan acara finalis dan mendengar lebih lanjut tentang idea-idea yang benar-benar inovatif ini."

Dengan diabetes jenis 2 yang kini menyumbang kira-kira sebanyak 90% daripada anggaran 425 orang pesakit yang menghidap diabetes di seluruh dunia[1], kaedah-kaedah inovatif yang baharu untuk mengurus keadaan ini amat diperlukan bagi meringankan beban yang semakin besar dan meningkat terhadap individu-individu dan sistem-sistem penjagaan kesihatan kami. Menerusi cabaran ini, Ascensia berusaha menyokong syarikat-syarikat dan para usahawan untuk membangunkan kemajuan seterusnya dalam penyelesaian digital yang dapat memudahkan pengurusan diabetes jenis 2 dengan lebih baik dan menambah baik kehidupan pesakit yang menghidap diabetes.

Cabaran global ini berjaya menarik penyertaan yang berkaliber tinggi dari seluruh Amerika Utara, Asia dan Eropah, bagi menonjolkan beberapa teknologi terkini dan pemikiran inovatif yang menembusi bidang pengurusan diabetes jenis 2. Setelah dipertimbangkan dengan teliti oleh panel penilaian, finalis berikut dipilih:

  • Foodient by Whisk: Kecerdasan buatan yang dikuasakan oleh Digital Dietician yang menghubungkan individu dengan peniaga runcit yang utama di dunia. Ia dibangunkan untuk membantu pesakit diabetes jenis 2 mencari makanan kegemaran mereka dan disesuaikan mengikut khasiat dengan mudah, agar mereka dapat melakukan perubahan tingkah laku yang berterusan. https://whisk.com/  
  • GlycoLeap by Holmusk: Satu program kesihatan digital yang memberikan cara lebih mudah untuk mengurangkan berat dan merendahkan bacaan A1c. Ia menggabungkan tunjuk acara individu berkepakaran dengan teknologi mudah alih bagi memperkasa pesakit diabetes jenis 2 untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. GlycoLeap dikuasakan oleh platform teknologi yang boleh diskala, menarik dan berkesan untuk tunjuk ajar kesihatan peribadi yang dipacu data. https://www.glycoleap.com/
  • QStream: Permainan mudah alih berasaskan pasukan dibangunkan di Harvard Medical School yang boleh mendorong perubahan tingkah laku yang bermakna dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2.  Qstream terbukti dapat menjana peningkatan yang ketara dan kekal dalam kawalan glukosa darah dalam kalangan pesakit yang menggunakannya.
  • My Diabetes Coach by Macadamian: Platform pengurusan diabetes dengan fungsi suara yang menggunakan Alexa Amazon untuk membantu pesakit diabetes jenis 2 mengurus penjagaan mereka dengan lebih baik. Data dikumpul melalui peranti boleh pakai bersepadu, telefon bimbit dan dialog bersama pesakit memberikan pengalaman tunjuk ajar maya yang peribadi dan empatetik yang didayakan melalui kecerdasan buatan. http://www.macadamian.com/
  • Path Feel by Walk with Path: Lapik dalam kasut dengan maklum balas aktif yang memberikan maklum balas getaran atau haptik kepada pengguna semasa berjalan. Ini dapat membantu pesakit dengan neuropati diabetes berupaya berpijak di lantai dan mencapai keseimbangan. Path Feel ialah penyelesaian digital terhubung dan menggabungkan data daripada lapik dalam kasut, yang dapat digunakan untuk memperibadikan dan meningkatkan penjagaan. https://www.walkwithpath.com/
  • xbird: Perisian kecerdasan buatan Perubatan yang menganalisis pergerakan-mikro, yang dikumpul oleh telefon pintar dan peranti boleh pakai yang dipakai oleh pengidap diabetes, seterusnya melakukan rujukan silang dengan data glukosa darah terdahulu bagi meramalkan dan mengesan keadaan hipo- dan hiperglisemia yang mungkin berlaku.  Penyelesaian ini mewujudkan maklumat yang boleh diambil tindakan bagi doktor dan pesakit: http://www.xbird.io/

Keenam-enam finalis akan menerima hadiah wang tunai bernilai €10,000 untuk menyokong usaha pembangunan idea-idea mereka yang selanjutnya. Susulan penyampaian hadiah acara finalis kepada pemenang, pemenang tempat kedua akan dianugerahkan daripada jumlah keseluruhan dana hadiah wang tunai bernilai €200,000, berserta peluang untuk bekerjasama dengan Ascensia Diabetes Care.

Untuk maklumat lanjut tentang Ascensia Diabetes Challenge, hakim dan kriteria penilaian, sila layari: https://ascensiadiabeteschallenge.com/.

Nota untuk Editor 

Latar Belakang Ascensia Diabetes Care

Ascensia Diabetes Care merupakan syarikat pakar penjagaan diabetes global, mengkhusus dalam membantu individu yang hidup dengan diabetes.  Misi kami adalah untuk memperkasakan kehidupan mereka yang hidup dengan diabetes menerusi penyelesaian inovatif yang memudahkan dan menambah baik kehidupan.  Kami menggunakan inovasi dan kepakaran khusus kami dalam diabetes untuk membangunkan penyelesaian dan peralatan berkualiti tinggi yang membawa perubahan harian yang positif kepada mereka yang menghidap diabetes.

Merupakan syarikat yang memegang portolio sistem pemantauan glukosa darah CONTOUR®, produk kami menggabungkan teknologi termaju dengan fungsian mesra pengguna yang membantu mereka yang menghidap diabetes menguruskan keadaan mereka.  Kami komited kepada penyelidikan, inovasi dan pembangunan produk dan penyelesaian baharu yang berterusan.  Sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam komuniti diabetes, kami bekerjasama erat dengan golongan professional penjagaan kesihatan dan rakan kongsi yang lain bagi memastikan produk kami memenuhi standard tertinggi ketepatan, kepersisan dan keandalan, dan memastikan pematuhan dan integriti operasi perniagaan kami.

Ascensia Diabetes Care ditubuhkan pada 2016 menerusi penjualan Bayer Diabetes Care kepada Panasonic Healthcare Holdings Co.,Ltd.  Produk Ascensia Diabetes Care dijual di lebih 125 negara.  Ascensia Diabetes Care mempunyai sekitar 1,700 kakitangan dan beroperasi di 31 negara.


Untuk maklumat lanjut tentang cabaran, hakim dan kriteria penghakiman, sila lawati: https://ascensiadiabeteschallenge.com/.

Hubungan media:
Joseph Delahunty (joseph.delahunty@ascensia.com)
Rujukan
1. IDF Diabetes Atlas (2017)

Sumber: Ascensia Diabetes Care

Source: Ascensia Diabetes Care
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Future Events