SINGAPURA, 6 April 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini Insider mengumumkan pelancaran Platform Pengurusan Pertumbuhan (GMP) yang memperoleh pelaburan Siri B sebanyak US$11 juta. GMP pada dasarnya membantu para pemasar mencipta interaksi yang lebih pintar dengan para pelanggan mereka menerusi pendedahan kepada kandungan yang paling relevan pada saluran pilihan mereka, memberikan mereka pengalaman yang menyenangkan. Platform ini menawarkan pemasar digital dengan suit ciri yang lengkap merangkumi seluruh corong pertumbuhannya, bermula daripada Pemerolehan kepada Pengaktifan, Pengekalan dan Pendapatan. Dikuasakan oleh keupayaan AI dan Pembelajaran Mesin mendalam, platform Insider menyediakan segmentasi dan pemperibadian prediktif pada masa sebenar melalui web, web mudah alih, aplikasi mudah alih dan juga saluran iklan.
Kos utama syarikat-syarikat baharu, atau mana-mana syarikat beralih kepada digital, dahulunya ialah infrastruktur dan bakat; hari ini, ia merupakan satu perlumbaan ke arah mencapai pertumbuhan dan kos pemerolehan pelanggan kini menjadi item pembawa kejayaan atau pemusnah harapan terhadap keuntungan & kerugian (P&L). Jenama-jenama memperuntukkan semakin banyak bahagian belanjawan pemasaran mereka untuk saluran digital dalam usaha untuk mendekati pengguna dalam lanskap media yang terpecah-pecah pada masa kini. Namun begitu, terlalu banyak belanjawan pemasaran dibelanjakan terhadap pelanggan yang salah: mereka yang tidak terpengaruh, tidak berbelanja dan tidak datang kembali kepada syarikat. Awan-awan pemasaran yang rumit dan mahal bukanlah pilihan yang berdaya maju untuk banyak syarikat. Pilihan alternatifnya adalah menggunakan pelbagai titik-penyelesaian yang berbeza untuk memacu pertumbuhan, namun hal ini menimbulkan masalah baharu kepada organisasi-organisasi yang kemudiannya perlu menghadapi situasi untuk mengurus pelbagai vendor, menyepadukan penyelesaian dan menyeragamkan set data.
Insider berhasrat dan bersedia untuk menyelesaikan cabaran ini. Dibangunkan pada lapisan data yang seragam, Platform Pengurusan Pertumbuhan Insider mudah dilaksanakan dan digunakan, tanpa memerlukan penyepaduan yang rumit. Platform ini berasaskan pada teknologi terkini yang didasari oleh pengaktifan pengetahuan dan model saraf berasaskan rangkaian yang menjadikan teknologi hampir tidak kelihatan kepada pengguna. Syarikat mendemokrasikan AI dan algoritma Pembelajaran Mesin untuk membantu pemasar digital di seluruh industri menumpu kepada segmen yang tepat untuk mengurangkan kos pemasaran dan menawarkan pengalaman jenama yang lebih baik yang memastikan pertumbuhan secara beransur-ansur.
"Pelanggan kini menuntut pengalaman yang lebih bersifat peribadi, bermakna dan lebih lancar, tanpa mengira saluran pilihan mereka. Membawakan pengalaman peribadi untuk setiap seorang pelanggan dalam suatu jumlah tertentu semakin memerlukan teknologi AI dan pembelajaran mesin yang mantap," kata Hande Cilingir, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas bersama Insider.
"Atas sebab inilah kami membangunkan Platform Pengurusan Pertumbuhan bersepadu yang pertama, yang memberikan pemasar digital dengan keupayaan hujung-ke-hujung yang holistik dalam seluruh corong pertumbuhan, bermula daripada pemerolehan pelanggan kepada pengaktifan, pengekalan dan pendapatan. Matlamat kami adalah untuk menjadikannya lebih mudah kepada pemasar digital untuk menjadi peneraju dalam memacu pendapatan, pertumbuhan dan kesetiaan dalam organisasi-organisasi mereka. Yang penting sekali, misi kami adalah untuk membantu jenama menyampaikan pengalaman yang relevan dan menggembirakan yang mengambilkira perhatian dan masa para pelanggan mereka," tambah beliau.
Pelancaran GMP Insider disokong oleh pelaburan sebanyak US$11 juta yang dipimpin oleh Sequoia CapitalPelabur sedia ada Wamda Capital dan Dogan Group turut mengambil bahagian dalam pusingan ini.
"Kami berasa kagum dengan platform AI Insider dan kesan mendalam terhadap metrik utama pelanggan mereka: kos pemerolehan pelanggan yang lebih rendah, kadar penukaran dan pengekalan lebih tinggi, pertumbuhan lebih pantas. Pelanggan-pelanggan ini mula menggunakan lebih banyak produk daripada platform Insider dengan segera. Hal ini meletakkan Insider pada trajektori pertumbuhan yang pantas, khususnya di Asia," kata Pieter Kemps, Ketua di Sequoia.
Beribu pejabat di Singapura, Insider beroperasi dalam 15 pasaran seluruh dunia, termasuk UK, Jepun, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Australia. Insider turut bekerjasama dengan beberapa jenama Asia dan global yang terbesar, seperti Singapore Airlines, Tokopedia, UNIQLO, Virgin, Tiki, Samsung, New Balance, Newsweek, McDonald's, Ticketmaster, Nissan, BBVA, Allianz dan CNN.
Syarikat ini, yang dilancarkan di Istanbul pada tahun 2012, berpindah ke Singapura tahun lalu agar lebih hampir dengan pasaran-pasaran Asia yang mengalami pertumbuhan tinggi. Cilingir disenaraikan oleh Crunchbase sebagai salah seorang daripada tiga Ketua Pegawai Eksekutif wanita terbaik di luar AS.
Insider akan menggunakan pelaburan ini untuk mengukuhkan strategi di Asia, memandangkan Asia telah mengalami permintaan yang sangat kukuh.
Tokopedia, Naib Presiden Perniagaan
"Memacu pertumbuhan melalui pemasaran digital banyak bergantung pada perkaitan erat antara kos pemerolehan pelanggan dan nilai sepanjang hayat. Kami terkejut apabila melihat betapa pantas kami beroperasi dengan segmen-segmen prediktif memandangkan algoritma mampu melatih diri sendiri hanya dalam tempoh dua minggu. Hasilnya begitu memberangsangkan. Kami menyukai Platform Pengurusan Pertumbuhan baharu Insider kerana ia membantu kami membuat pelaburan dengan lebih bijak yang menghasilkan impak lebih hebat."
Virgin Megastore, Pengarah eDagang
"Platform Pengurusan Pertumbuhan Insider membantu kami mewujudkan dan meningkatkan pengalaman peribadi yang berfokus pelanggan dengan cara yang lebih sistematik. Berbekalkan segmen-segmen prediktif dengan sokongan AI, kini kami dapat memikirkan bagaimana kami dapat memaksimumkan nilai pada setiap peringkat corong pemasaran demi meningkatkan model perniagaan kami. Kami telah menyaksikan kadar peningkatan yang ketara dalam metrik utama kami melalui laman sesawang kami, iklan dan dalam seluruh saluran digital untuk Virgin Megastore. Kami berasa amat teruja untuk menemui lebih banyak kemungkinan ketika memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik dalam masa terdekat."
Ketahui lebih lanjut melalui useinsider.com.
Kenali Insider, Platform Pengurusan Pertumbuhan (GMP) bersepadu yang pertama.
GMP membantu pemasar digital memacu pertumbuhan melalui corongnya, bermula daripada Pemerolehan kepada Pengaktifan, Pengekalan dan Pendapatan. Memanfaatkan segmentasi prediktif masa sebenar yang dikuasakan oleh keupayaan Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin mendalam, GMP memperkasa pemasar untuk menyediakan perjalanan diperibadikan melalui web, web mudah alih, aplikasi mudah alih dan saluran iklan. Dibangunkan menerusi lapisan data yang seragam, GMP mudah dilaksanakan dan senang digunakan, tanpa memerlukan penyepaduan yang rumit dan pergantungan terhadap pasukan IT. Insider memudahkan kehidupan pemasar digital dan membantu mereka memacu pertumbuhan untuk jenama-jenama mereka, tanpa pembaziran pemasaran.
Insider ialah sebuah syarikat teknologi yang mempunyai pejabat-pejabat di London, Singapura, Tokyo, Dubai, Moscow, Warsaw, Kuala Lumpur, Jakarta, Istanbul, Kiev, Sydney, Seoul, Bandar Raya Ho Chi Minh, Bangkok, Hong Kong dan Taipei. Insider tersenarai sebagai salah satu daripada 100 Syarikat Baharu Terhebat oleh WIRED Magazine dan memenangi anugerah Red Herring Top 100 Eropah pada tahun 2017. Baru-baru ini, Crunchbase menyenaraikan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Insider, Hande Cilingir sebagai salah seorang daripada Ketua Pegawai Eksekutif wanita terbaik di luar AS.
Membantu jenama-jenama yang terkenal di dunia berkembang pada kadar kelajuan yang melangkaui jangkaan pelanggan, Insider dipercayai oleh lebih 300 syarikat dalam pelbagai industri termasuk UNIQLO, Singapore Airlines, Tokopedia, Virgin, New Balance, Nissan, Huawei, Samsung, Orange, Puma, Ticketmaster, Newsweek, Air Arabia, Media Markt, AVIS, Allianz, BBVA, Dominos, McDonald's, Avon dan CNN.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180307/2072668-1