Kit Dwipengindeksan Unik Accel-NGS baharu meminimumkan kesilapan penentuan bacaan untuk keputusan berkualiti lebih tinggi
ANN ARBOR, Michigan, 6 April 2018 /PRNewswire/ -- Swift Biosciences hari ini mengumumkan pelancaran Kit Dwipengindeksan Unik Accel-NGS®, yang memberikan kuasa dan nilai penjujukan multipleks dengan daya pemprosesan tinggi sekaligus meningkatkan ketepatan pengenalpastian varian berfrekuensi rendah seperti mutasi somatik, dalam sampel-sampel seperti FFPE dan cfDNA.
Penjujukan multipleks ialah teknik yang biasa digunakan dalam kajian klinikal, pembangunan ubatan dan makmal perkhidmatan klinikal yang memanfaatkan penjujukan generasi seterusnya (NGS). Kit Dwipengindeksan Unik Accel-NGS ialah tambahan penting dalam aliran kerja NGS, memandangkan instrumen semasa boleh mengalami masalah nyahmultipleks yang berpunca daripada kesilapan bacaan indeks, kimerisme aruhan PCR yang dikaitkan dengan aliran kerja perolehan penghibridan multipleks dan penyilihan indeks pada sel-sel aliran terpola.
Kit Dwipengindeksan Unik Accel-NGS daripada Swift, dibangunkan dalam set yang terdiri daripada 96 dwiindeks untuk kedudukan i7 dan i5, memberikan aliran kerja yang lebih dapat diskala dan andal untuk pelbagai aplikasi termasuk:
"Dengan menangani secara terus kesilapan penentuan bacaan, kami memberikan penyelesaian lebih tepat yang dapat menyediakan aplikasi baharu, seperti pemprofilan beban mutasi tumor," kata Candia Brown, Naib Presiden Pemasaran Global Swift.
Ciri-ciri dan faedah-faedah utama Kit Dwipengindeksan Unik Accel-NGS termasuk:
"Dwiindeks unik daripada Swift memberikan keyakinan lebih tinggi dalam pengenalpastian varian berfrekuensi rendah dan mengekalkan kualiti data memandangkan daya pemprosesan penjujukan dan keupayaan multipleks terus meningkat," kata Laurie Kurihara, PhD, Naib Presiden Pembangunan Produk Swift.
Kit pengindeksan baharu ini direka khusus dan serasi untuk mana-mana platform Illumina dan kini disediakan secara komersial.
Latar Belakang Swift Biosciences
Swift Biosciences ialah sebuah syarikat Persediaan Pustaka NGS. Berpangkalan di Ann Arbor, Michigan, syarikat membangunkan penyelesaian persediaan pustaka baharu untuk aplikasi-aplikasi baru muncul berdasarkan penjujukan generasi seterusnya, termasuk penjujukan genom keseluruhan, penjujukan DNA bersasaran dan analisis epigenetik. Produk-produk Swift Biosciences dihasilkan untuk membantu pelanggan menganalisis sampel-sampel biologi yang mencabar dengan lebih pantas, lebih mudah dan dengan tahap kepekaan serta ketepatan lebih hebat, di samping serasi dengan peralatan utama. Swift Biosciences ialah syarikat pertama yang menawarkan penyelesaian persediaan pustaka untuk ketiga-tiga platform penjujukan utama, termasuk Pacific Biosciences®, Illumina® dan Ion Torrent™.
Syarikat membuka pintunya pada Februari 2010 dan pembangunan produknya mendayakan aplikasi baharu dalam pelbagai industri termasuk bidang-bidang penyelidikan agrigenomik, farmaseutikal, akademik, bioteknologi dan onkologi.
Untuk maklumat lanjut, layari SwiftBioSci.com dan ikuti Swift Biosciences melalui Twitter (@SwiftBioSci).