omniture

Duta Muda Football for Friendship Bertemu di Turin Tandatangani Sijil Penganugerahan Piala Sembilan Nilai untuk Real Madrid CF

Gazprom Football for Friendship
2018-04-07 00:49 1052

MADRID, 7 April 2018 /PRNewswire/ --

Viktor Zubkov, Pengerusi Lembaga Pengarah Gazprom dan Sergey Razov, Duta Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Persekutuan Rusia untuk Republik Itali bertemu di Turin bersama duta-duta muda projek sosial kanak-kanak antarabangsa Gazprom, Football for Friendship (F4F): Albert Zinnatov berusia 14 tahun dan Timophey Evstigneev berusia 12 tahun (Rusia), Pol Puig Montana berusia 12 tahun (Sepanyol), Nicola Postiglione berusia 13 tahun (Itali) dan Emmeka Henschen berusia 15 tahun (Belanda).

generated by system

Semasa pertemuan berkenaan, satu sijil telah ditandatangani bagi penganugerahan Piala Sembilan Nilai. Trofi unik ini akan dianugerahkan kepada Real Madrid, diiktiraf oleh para peserta projek sebagai kelab bola sepak yang paling bertanggungjawab secara sosial bagi tahun 2017.

Penerima-penerima Piala Sembilan Nilai ialah Barcelona (Sepanyol, 2015), Bayern (Jerman, 2016) dan Al Wahda (Syria, 2016), Real Madrid CF (Sepanyol, 2017).

Pada tahun 2018, program Football for Friendship menyatukan 211 negara dan wilayah seluruh dunia. Acara-acara peringkat akhirnya akan diadakan di Moscow mulai 8 hingga 15 Jun dan dijadualkan berlangsung serentak dengen Piala Dunia 2018 di Rusia.

"Ketika ini, Piala Sembilan Nilai ialah satu-satunya trofi sukan di dunia yang dianugerahkan oleh kanak-kanak. Kami mewujudkan F4F sebagai satu platform yang dapat membantu kanak-kanak seluruh dunia membolehkan suara mereka didengari dan kami berasa sukacita kerana dapat melihat lebih 200 negara dari setiap benua menyumbang kepada projek tahun ini. Kami berasa gembira dapat melihat sokongan terhadap F4F menjadi satu tradisi yang baik di Itali. Golongan belia Itali telahpun mengambil bahagian dalam projek ini sejak tahun 2014 dan tidak ketinggalan untuk musim kali ini," kata Viktor Zubkov.

 "Saya berasa amat bangga kerana pasukan saya memenangi Piala Dunia Gallini! Ia merupakan satu peluang hebat untuk membuktikan diri sendiri! Sebaik perlawanan tamat, saya bertemu dengan rakan-rakan saya daripada program Football for Friendship. Saya berasa amat bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek yang begitu hebat! Saya juga berasa gembira kerana dapat berada di sini pada hari ini untuk menyampaikan anugerah tersebut kepada Real Madrid CF bagi pihak kanak-kanak seluruh dunia," kata Emmeke Henschen (Belanda), 15 tahun. 

Sumber Internet rasmi program:  

Foto dan video untuk media: http://media.footballforfriendship.com 

Saluran rasmi Facebook: https://www.facebook.com/FootballForFriendship/

Saluran rasmi Youtube: https://www.youtube.com/user/FOOTBALL4FRIENDSHIP 

Akaun rasmi Instagram: https://www.instagram.com/footballforfriendship 

Saluran rasmi Twitter: https://twitter.com/football4f 

Laman sesawang rasmi: https://www.gazprom-football.com/en/home.htm 

 

Source: Gazprom Football for Friendship
Keywords: Sporting Events Sports