omniture

Live Nation Perluas Festival Passport Untuk 2018 Dengan Peringkat VIP Serba Baharu Dan Akses Kepada Lebih 100 Festival Seluruh Dunia

Live Nation
2018-04-10 10:00 563

Pendaftaran Verified Fan™ Untuk Festival Passport™ Bermula Hari Ini, 9 April

LOS ANGELES, 10 April 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, Live Nation mengumumkan kembalinya Festival Passport yang terunggul dan turut mendedahkan peluasan besar-besaran program ini untuk tahun 2018.

Live Nation Expands Festival Passport For 2018 With Brand New VIP Tier And Access To 100+ Festivals Globally
Live Nation Expands Festival Passport For 2018 With Brand New VIP Tier And Access To 100+ Festivals Globally

Selepas habis terjual dalam tahun sulungnya, Live Nation meluaskan pengalaman epik tersebut dengan menambah lebih dua kali ganda bilangan Festival Passport yang disediakan untuk tahun 2018 kepada 2,500 pas kemasukan, memberi para pembeli akses GA kepada lebih 100 festival yang mengambil bahagian di seluruh dunia. Di samping itu, Live Nation dengan sukacitanya menawarkan peminat muzik dengan Festival Passport VIP pertama seumpamanya, yang memberikan pas kemasukan VIP kepada 100 pembeli bertuah. Peringkat GA untuk Festival Passport berharga $999 USD, manakala peringkat VIP berharga $5,000 USD.

Pemegang Festival Passport akan mendapat akses kepada lebih banyak festival untuk tahun ini berbanding sebelumnya, dengan kemasukan tanpa had ke lebih 100 festival unik anjuran Live Nation di seluruh dunia termasuk Festival Muzik Austin City Limits (AS), Festival Muzik dan Seni Bonnaroo (AS), Download (UK, Sepanyol, Perancis, Australia), Karnival Electric Daisy (AS), Falls Festival (Australia), Firenze Rocks (Itali), Festival Muzik Governors Ball (AS), Lollapalooza (Jerman, Perancis, AS), Rock Werchter (Belgium), Festival Muzik Sasquatch! (AS) dan banyak lagi. Selain itu, Sydney City Limits (Australia), Creamfields (China), RedFestDXB (UAE), Impact Festival (Poland), Openair Frauenfeld (Switzerland) dan Edinburgh Summer Sessions (UK) ialah festival-festival baharu yang disertakan dalam Festival Passport untuk tahun 2018. Bagi melihat senarai penuh festival-festival yang mengambil bahagian di seluruh dunia, klik DI SINI.

Pas-pas kemasukan Festival Passport tahun lalu habis terjual dalam tempoh 24 jam dan para pembeli berasa sungguh teruja dengan pengalaman berkenaan sehinggakan mereka mewujudkan komuniti Pemegang Festival Passport Live Nation Rasmi mereka sendiri bagi berkongsi kisah serta merancang perjalanan menyaksikan festival bersama-sama.

"Festival-festival muzik seluruhnya berkisar tentang pengalaman dan kami mencipta Festival Passport sebagai kaedah inovatif untuk meluaskan pengalaman ini kepada para peminat muzik merentasi kesemua lebih 100 festival kami di seluruh dunia," kata Lisa Licht, Ketua Pegawai Pemasaran, Live Nation U.S. Concerts. "Festival Passport ialah satu penghargaan Live Nation buat komuniti festival kami yang luar biasa dan kami berasa teruja untuk terus memanfaatkan program tahun ini dengan meningkatkan bilangan Festival Passport yang tersedia dan menambah peringkat VIP serba baharu. Mereka yang membeli Festival Passport tahun lalu telahpun menjadi sebahagian daripada kumpulan Live Nation. Semangat mereka terhadap Live Nation dan festival-festival kami adalah sungguh hebat!"

Live Nation akan memanfaatkan platform Verified Fan™ Ticketmaster bagi memastikan semua Festival Passport berada di tangan peminat, dan bukannya pada ulat tiket atau bot. Pendaftaran Verified Fan™ bermula hari ini, Isnin, 9 April pada jam 8 pagi PDT dan berakhir pada hari Khamis, 12 April pada jam 8 malam PDT di http://festivalpassport.tmverifiedfan.com/. Para peminat muzik secara langsung yang menerima kod berpeluang untuk membeli Festival Passport GA atau VIP apabila ia mula dijual bermula pada hari Selasa, 17 April pada jam 8 pagi EDT di LiveNation.com/Passport (sementara bekalan masa ada, kuantiti terhad untuk setiap pasport yang disediakan).

NOTA: Dalam usaha untuk mengelakkan ulat tiket dan memastikan hanya peminat yang mendapat akses kepada program istimewa ini, nama penuh pembeli yang sah haruslah sepadan dengan ID foto mereka untuk dibenarkan masuk di setiap festival. Pengangkutan, tiket penerbangan, penginapan hotel, tempat meletak kenderaan atau sebarang perbelanjaan lain tidak disertakan dengan mana-mana Festival Passport dan akan menjadi tanggungjawab pembeli untuk mengaturkannya. Perkhemahan di tempat festival tidak disertakan melainkan jika diperincikan di sini untuk peringkat GA atau di sini untuk peringkat VIP. Pemegang Festival Passport hendaklah menghubungi Pekerja Rencam Festival Antarabangsa di IntlFestivalConcierge@LiveNation.com atau Pekerja Rencam Festival A.S. di FestivalConcierge@LiveNation.com dua minggu sebelum acara bermula bagi mendapatkan bantuan untuk menempah tempat. Hanya satu Festival Passport Kemasukan Umum atau VIP akan disediakan untuk dibeli oleh setiap individu. Festival Passport tidak boleh dipindah milik atau dibayar balik. Lihat Terma-terma Penggunaan penuh Festival Passport di sini. Festival Passport adalah sah bermula pada April 2018 hingga April 2019.

Latar Belakang Live Nation Entertainment
Live Nation Entertainment (NYSE: LYV) ialah syarikat hiburan langsung yang terkemuka di dunia yang terdiri daripada peneraju-peneraju pasaran global: Ticketmaster, Live Nation Concerts dan Live Nation Sponsorship. Untuk maklumat tambahan, layari www.livenationentertainment.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/664087/festival_passport_Live_Nation.jpg

Source: Live Nation
Related Stocks:
NYSE:LYV
Keywords: Entertainment Music New products/services Future Events