omniture

Aeroflot Bawa Pulang Empat Anugerah Travellers' Choice TripAdvisor bagi Syarikat Penerbangan

Aeroflot
2018-04-10 14:00 731

MOSCOW, 10 April 2018 /PRNewswire/ --

- Syarikat penerbangan kemegahan Rusia menang gelaran Kelas Perniagaan Terbaik - Eropah dan terima Anugerah Travellers' Choice Syarikat Penerbangan Utama - Eropah

- Aeroflot turut menerima Anugerah Travellers' Choice Ekonomi Premium - Eropah dan sekali lagi dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik - Rusia

Aeroflot dipilih sebagai salah sebuah syarikat penerbangan terkemuka Eropah buat tahun kedua oleh TripAdvisor, halaman perjalanan terbesar dunia. Syarikat penerbangan kemegahan Rusia itu memenangi empat kategori dalam Anugerah Travellers' Choice TripAdvisor bagi Syarikat Penerbangan tahun ini berdasarkan ulasan dan penilaian yang diberikan oleh para pengembara seluruh dunia.

Aeroflot dinamakan sebagai Kelas Perniagaan Terbaik - Eropah, serta menjadi antara sepuluh yang terbaik bagi Syarikat Penerbangan Utama Travellers' Choice - Eropah dan Ekonomi Premium Travellers' Choice - Eropah. Syarikat penerbangan ini sekali lagi dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik - Rusia.

Kemenangan empat anugerah berprestij berdasarkan maklum balas penumpang dalam menghadapi peningkatan persaingan antara syarikat-syarikat penerbangan utama global terus mengukuhkan kedudukan Aeroflot sebagai syarikat penerbangan global yang terkemuka. Dalam majlis penganugerahan TripAdvisor yang julung kali diadakan untuk syarikat penerbangan pada tahun 2017, syarikat penerbangan Rusia itu berjaya dalam tiga kategori, termasuk Syarikat Penerbangan Utama Terbaik di Eropah.

Aeroflot bekerjasama dengan TripAdvisor sebagai halaman perancangan dan tempahan perjalanan utama bagi mendapatkan maklum balas daripada penumpang, membantu syarikat penerbangan untuk terus memperbaiki khidmat pelanggannya yang memenangi anugerah.

Vitaly Saveliev, Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot, berkata:

"Memenangi pengiktirafan terkini daripada Anugerah Travellers' Choice TripAdvisor ini menunjukkan bahawa, meskipun terdapatnya sebilangan cabaran luaran, Aeroflot terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri penerbangan global. Anugerah ini penting khususnya buat kami kerana ia memperlihatkan pandangan dan penilaian oleh penumpang dari seluruh dunia - audiens kami yang paling berkuasa. Dengan itu, peluang memenangi lebih banyak anugerah tahun ini memberi lebih kepuasan berbanding tahun 2017, dan kami amat bersyukur kepada penumpang kami atas kesetiaan mereka."

Bryan Saltzburg, naib presiden kanan dan pengurus besar untuk TripAdvisor Flights berkata:

"Kami berasa teruja untuk mengiktiraf syarikat-syarikat penerbangan kegemaran komuniti TripAdvisor global dan menonjolkan syarikat-syarikat penerbangan seluruh dunia yang menyediakan pengalaman penerbangan terbaik, termasuk Aeroflot. Tatkala industri penerbangan memperkenalkan produk tambang baharu dan pilihan penawaran dalam penerbangan yang luas, pengguna terus mencari syarikat penerbangan yang dapat memberi nilai dan pengalaman berkualiti. Anugerah-anugerah Travellers' Choice untuk syarikat penerbangan mengiktiraf syarikat penerbangan yang dapat melangkaui jangkaan penumpang dan menerima mata tertinggi daripada pengembara."

Salah sebuah syarikat penerbangan paling lama bertapak di dunia dan salah satu jenama Rusia paling dihargai, Aeroflot kerap memenangi anugerah daripada industri dan penumpang seumpamanya. Baru-baru ini, syarikat penerbangan kemegahan Rusia itu dipilih sebagai salah satu daripada 10 syarikat penerbangan khidmat penuh utama dunia oleh portal tempahan eDreams berdasarkan ulasan daripada lebih 60,000 penumpang seluruh dunia. Pada tahun 2017, Aeroflot dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Global Lima Bintang oleh persatuan penumpang AS, APEX, agar seiring dengan kedudukan Syarikat Penerbangan 4-Bintang yang dipegang olehnya daripada Skytrax. Syarikat penerbangan ini turut dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Antarabangsa Kegemaran di Anugerah Flyer China.

Latar Belakang Aeroflot 

Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli penting bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot dan rakan-rakan kongsinya menawarkan perkhidmatan di 1,074 destinasi dalam 177 negara seluruh dunia. Pada tahun 2017, Aeroflot membawa 32.8 juta penumpang (50.1 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari).

Aeroflot menjadi syarikat penerbangan Rusia pertama yang dianugerahi status Syarikat Penerbangan Empat Bintang oleh Skytrax sebagai pengiktirafan terhadap khidmat pelanggannya yang berkualiti tinggi. Pada tahun 2017, Aeroflot dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali keenam sempena Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax.

Pada tahun 2017, Aeroflot dipilih sebagai jenama paling hebat di Rusia dan jenama syarikat penerbangan paling kukuh di dunia oleh firma pakar runding penilaian dan strategi terkemuka Brand Finance. Aeroflot turut dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Utama Terbaik di Eropah oleh pengembara TripAdvisor dan diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Kegemaran Antarabangsa di China dalam Majlis Penyampaian Anugerah Flyer 2017.

Aeroflot mengendalikan salah satu armada pesawat paling baharu di dunia dengan 232 pesawat penerbangan. Aeroflot berpangkalan di Moscow, iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.

Aeroflot merupakan antara peneraju dunia bagi keselamatan penerbangan dengan Indeks Penilaian Keselamatan Komuniti Eropah bagi Pesawat Asing (SAFA), iaitu parameter tahap keselamatan utama yang diiktiraf di dunia, setanding dengan pihak pesaing global.

Syarikat penerbangan pertama Rusia yang tersenarai dalam pendaftar Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA), memperbaharui pendaftarannya buat kali ketujuh pada tahun 2017,  Aeroflot berjaya melepasi Audit Keselamatan IATA untuk Operasi Darat (ISAGO) dan mematuhi sepenuhnya ISO 9001:2015, ISO 14001:2004.

 Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/

Sumber: Aeroflot

Source: Aeroflot
Related Stocks:
RTS:AFLT
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel