DENVER, 10 April 2018 /PRNewswire/ -- Spinnaker Support, penyedia yang terkemuka dan dipercayai bagi sokongan pihak ketiga Oracle dan SAP, hari ini mengumumkan peluasan Jaringan Rakan Kongsi Jualan global mereka. Syarikat melaporkan bahawa lebih 40 organisasi seluruh dunia telahpun menjadi ahli jaringan yang semakin berkembang itu. Rakan-rakan Kongsi Jualan adalah penting untuk meningkatkan kesedaran jenama dan memacu perniagaan tambahan bagi tujuan menambah jualan langsung dan usaha pemasaran Spinnaker Support.
Spinnaker Support memilih untuk mewujudkan dan membangunkan jaringan rakan kongsi yang strategik bagi mengembangkan jualan, membangunkan risikan pasaran, menangani kerumitan geografi dan mengukuhkan hubungan pelanggan sedia ada. Program ini adalah mudah, anjal dan menguntungkan untuk rakan kongsi, mengganjari mereka atas usaha menarik pelanggan terhadap perkhidmatan mereka dan juga kejayaan jualan.
"Menjadi rakan kongsi jualan Spinnaker Support memberi nilai yang luar biasa kepada syarikat kami," ujar Pim van der Vorst, Ketua Pegawai Eksekutif Performance to the Max, yang terletak di Belanda. "Kini kami dapat menawarkan nilai tambahan kepada pelanggan sedia ada kami dan dalam masa yang sama, mengembangkan perniagaan kami sendiri dengan memanfaatkan pasaran yang berkembang maju seperti sokongan pihak ketiga."
"Jualan yang kukuh dan perkongsian rujukan utama mempercepatkan jangkauan global kami," kata Nigel Pullan, Naib Presiden Persekutuan Global dan Pasaran Baru Muncul di Spinnaker Support. "Ekosistem mantap yang terdiri daripada rakan kongsi, rakan sekutu dan individu berpengaruh membezakan kami daripada persaingan kami dan membantu kami untuk meluaskan sokongan Oracle dan SAP pihak ketiga kepada organisasi-organisasi seluruh dunia dengan lebih pesat."
Syarikat-syarikat yang ingin bekerjasama dengan Spinnaker Support perlu mengunjungi www.spinnakersupport.com/partner-program.
Latar Belakang Spinnaker Support
Spinnaker Support ialah penyedia bertaraf global yang terkemuka dan dipercayai bagi sokongan pihak ketiga Oracle dan SAP. Pelanggan Spinnaker Support mendapat perkhidmatan yang lebih komprehensif dan responsif, dapat menjimatkan purata 62% daripada bayaran penyelenggaraan tahunan mereka serta boleh kekal dengan keluaran perisian semasa mereka selama-lamanya. Terdapatnya peningkatan bilangan pelanggan sokongan pihak ketiga kami yang memanfaatkan perkhidmatan tambahan yang kami sediakan. Kami kekal menjadi satu-satunya vendor sokongan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan diuruskan aplikasi, perkhidmatan diuruskan teknologi dan juga khidmat runding apabila pelanggan memilih untuk bergabung dengan vendor tunggal. Mereka mempercayai Spinnaker Support untuk memastikan aplikasi perusahaan mereka beroperasi pada tahap prestasi tertinggi, di samping membantu mereka beralih daripada berada di dalam premis kepada hibrid dan awan.
Pilihan perkhidmatan memenangi anugerah Spinnaker Support mencakupi SAP, BusinessObjects, Oracle E-Business Suite, JD Edwards, Siebel, Oracle Database, produk Oracle Technology dan Middleware, Hyperion, Demantra, Agile PLM, ATG/Endeca, serta banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Spinnaker Support, layari http://www.spinnakersupport.com/. Ikuti kami melalui LinkedIn, Twitter, Facebook, atau Google+.
Hubungi: Michelle Wilkinson, 720-457-5442, mwilkinson@spinnakersupport.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/538443/Spinnaker_Support.jpg