omniture

exocad lancar PartialCAD untuk Reka Bentuk Kerangka Separa

exocad GmbH
2018-04-12 09:10 644

DARMSTADT, Jerman, 12 April 2018 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, exocad mengumumkan ketersediaan komersial modul Reka Bentuk Kerangka Separa.

PartialCAD for partial framework design
PartialCAD for partial framework design

PartialCAD exocad menyediakan kefleksibelan dan kebebasan reka bentuk yang tiada tandingan hasil daripada teknologi berasaskan vokselnya yang unik. Tillmann Steinbrecher, Ketua Pegawai Eksekutif exocad berkata: "Matlamat kami adalah, apa sahaja yang dapat dibuat dengan lilin, juga boleh direka bentuk dengan exocad. Menerusi modul baharu ini, pakar-pakar yang paling mencabar dalam Dentur Sebahagian Boleh Tanggal juga akan mendapati keperluan reka bentuk mereka dapat dipenuhi."

En. Steinbrecher turut menyebutkan bahawa "proses tradisional dalam mencipta kerangka separa adalah bersifat analog sepenuhnya dan memerlukan sumber yang intensif dan memakan masa." Beliau berkata bahawa, "Modul PartialCAD membolehkan penghasilan cekap dengan pencetak 3D atau mesin pengisar, seraya dapat menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti."

Kerangka Separa boleh digabungkan dengan reka bentuk korona dan jambatan gigi, atau petunjuk lain yang disediakan pada platform DentalCAD exocad - contohnya, untuk struktur sekunder pada korona teleskopik, pemasangan, kes implan lanjutan dan banyak lagi.

Latar Belakang exocad GmbH
exocad GmbH (exocad.com) ialah sebuah syarikat perisian yang dinamik dan inovatif yang komited untuk meluaskan kemungkinan dalam pergigian digital dan menyediakan OEM (Pengilang Peralatan Asli) dengan perisian CAD/CAM yang anjal, andal dan mudah digunakan untuk makmal pergigian serta amalan pergigian. Perisian exocad dipilih oleh OEM yang terkemuka di seluruh dunia untuk disepadukan dalam penawaran CAD/CAM pergigian mereka manakala beribu-ribu lesen DentalCAD exocad dijual setiap tahun. Untuk maklumat lanjut dan senarai rakan kongsi penjual exocad, sila layari exocad.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/665021/partial_framework_02.jpg

Source: exocad GmbH
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Dentistry Health Care/Hospital New products/services