omniture

JIINTECH bakal tingkatkan daya saing global dengan teknologi CCTV berbeza

Kamera pengawasan JIINTECH yang menyelesaikan masalah cahaya rendah dan kepanasan
JIINTECH Co., Ltd.
2018-04-12 13:00 892

SEOUL, Korea Selatan, 12 April 2018 /PRNewswire/ -- Pasaran untuk sistem pengawasan keselamatan digital berkembang pesat memandangkan wujudnya persepsi bahawa CCTV tidak dapat dielakkan untuk mencegah jenayah.

Pembangunan Sistem CCTV - Pengeluar JIINTECH Co., Ltd. (Ketua Pegawai Eksekutif Jihyun Park) diiktiraf kerana melaksanakan semua perniagaan berkaitan dengan penyelesaian keselamatan.

JIINTECH beroperasi dengan cara yang berbeza daripada industri CCTV konvensional yang mana ia bermula dengan kaedah pembangunan dan pengeluaran khusus sebaik sahaja ia menerima permintaan daripada pelanggan. Kaedah pemasaran ini membawa kepada peningkatan tahap keandalan bagi produk-produk JIINTECH dan hasilnya, menjadi satu peluang untuk JIINTECH melabur dengan banyaknya dalam usaha penyelidikan dan pembangunan.

Bagi memastikan operasi CCTV yang stabil, JIINTECH mengesahkan ia memerlukan R&D bagi tujuan pelesapan haba dan peningkatan imej. Dengan itu, ia membangunkan kamera EX-SDI HD Penuh dengan ciri-ciri pelesapan haba yang dipertingkat dengan lebih 10 darjah Celsius dan perumah pelesapan haba yang 70% lebih kecil berbanding sistem konvensional, dengan ketepuan warna yang dikurangkan serta turut membangunkan sistem pengawasan yang mudah dipasang, dialihkan dan diselenggarakan.

kamera IP lubang jarum 'JH20M2i-P37'
kamera IP lubang jarum 'JH20M2i-P37'

JIINTECH khususnya melancarkan kamera lubang jarum IP 'JH20M2i-P37' sebagai produk utamanya. Produk ini berjaya menarik perhatian dengan menggabungkan imej kamera lubang jarum beresolusi tinggi yang dipasang pada mesin tunai (ATM) tanpa merendahkan kualiti imej.

Umumnya, kamera lubang jarum yang dipasang pada ATM menggunakan kaedah yang mengurangkan kualiti imej disebabkan oleh masalah pengurangan tahap kecekapan apabila kualiti imej ditingkatkan. Kamera lubang jarum IP JIINTECH dapat menyelesaikan masalah penjanaan haba dengan menangani masalah degradasi imej menerusi pengasingan bahagian penangkap imej dan bahagian penghantaran. Kamera IP turut diiktiraf oleh CAPS, syarikat keselamatan yang terkemuka di Korea dan akan dipasang di ATM yang diurus oleh CAPS mulai tahun hadapan.

Jihyun Park, Ketua Pegawai Eksekutif JIINTECH berkata, "Kami cuba meningkatkan kualiti produk dan kepercayaan syarikat kepada pelanggan menerusi pengurusan yang boleh dipercayai. Di samping itu, melalui pelaburan R&D yang berterusan, kami akan membangunkan syarikat sistem pengawasan keselamatan komprehensif dengan kelebihan teknologi di Korea dan pasaran global berdasarkan nilai teknologi yang menggabungkan kecerdasan dan karakter."

Untuk maklumat lanjut tentang JIINTECH, sila rujuk laman sesawang JIINTECH atau hubungi melalui e-mel.
Laman sesawang: www.jiintech.kr/en
Hubungi: Jihyun Park (Emel: pjh@jiintech.kr)

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180410/2098273-1

Source: JIINTECH Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security