omniture

Merck Bantu Percepat Akses Global kepada Vaksin Mampu Milik

Merck
2018-04-12 20:00 874

- Kolaborasi dengan Universiti Oxford bangunkan proses pengeluaran vaksin jimat kos, percepat ketersediaan vaksin

- Kemudahan pengeluaran vaksin baharu di Ghana guna jadi pemangkin untuk membantu negara dan wilayah menangani cabaran kesihatan

DARMSTADT, Jerman, 12 April 2018 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan perkongsian dengan Institut Jenner Universiti Oxford bagi membangunkan proses pengeluaran vaksin yang lebih mantap dan boleh diperluas. Perkongsian ini, serta rancangan untuk membina kemudahan pengeluaran vaksin di Ghana, meneruskan komitmen syarikat untuk meningkatkan kesihatan dunia dengan menghasilkan vaksin yang lebih mampu milik dan tersedia.

In addition to collaborating with the Jenner Institute, Merck is planning a vaccine manufacturing facility in Ghana to help address significant health challenges in a continent that imports 99 percent of its vaccines.
In addition to collaborating with the Jenner Institute, Merck is planning a vaccine manufacturing facility in Ghana to help address significant health challenges in a continent that imports 99 percent of its vaccines.

"Kolaborasi bersama Institut Jenner akan memudahkan akses kepada vaksin-vaksin mampu milik sekaligus meningkatkan tindak balas global terhadap wabak penyakit," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif Life Science. "Merck komited untuk meluaskan akses kepada terapi ubatan termaju, khususnya di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Bersama-sama rakan kongsi kami, kami telah merangka bagaimana penghasilan vaksin dibuat hari ini dan membantu menyelesaikan masalah paling sukar pada masa depan."

Melalui kolaborasi dengan Institut Jenner, rakan-rakan kongsi akan meningkatkan proses pengeluaran untuk vaksin adenovirus — vaksin berasaskan adenovirus, sejenis virus DNA, sebagai pembawa — menggunakan produk, sistem dan teknologi Merck dalam bahan suapan dunia sebenar. Dengan mengaplikasikan teknologi Merck, pihak-pihak yang berkolaborasi menyasarkan untuk membangunkan proses pengeluaran yang berkesan kos dan boleh dipindah milik yang dapat digunakan untuk mempercepatkan pembangunan serta penghasilan vaksin di seluruh dunia.

"Merck ialah rakan kongsi yang sangat baik untuk meningkatkan keupayaan kami dalam pembangunan vaksin adenovirus, memandangkan proses yang baru dibangunkan seharusnya sepadan atau melangkaui proses sedia ada kami dari segi produktiviti dan ketulenan," kata Adrian Hill, Pengarah Institut Jenner di Universiti Oxford.

Kolaborasi ini seharusnya membawa kepada proses tertutup yang boleh diamalkan dalam bilik bersih bagi meminimumkan pencemaran, selari dengan keperluan keselamatan biologi yang tinggi untuk vektor virus.

"Penambahbaikan sedemikian harus membantu memajukan pembangunan produk ubatan gred-klinikal yang boleh disuntik untuk digunakan dalam percubaan klinikal dan kegunaan penyelidikan yang lain," tambah Hill.

Merck bina kemudahan vaksin di Ghana
Secara berasingan, Merck sedang membangunkan rancangan untuk membina kemudahan pengeluaran vaksin di Ghana, demi membantu menangani cabaran kesihatan yang penting di benua yang mengimport 99 peratus vaksinnya. Bekerjasama dengan Ridge Management Solutions, memorandum persefahaman yang ditandatangani baru-baru ini antara Merck dan Ridge memberi peluang kepada Ghana untuk menjadi negara pertama di Afrika Sub-Sahara untuk memiliki kilang pengeluaran yang khusus untuk vaksin manusia.

"Kami ingin menyokong ekonomi-ekonomi baru muncul dengan berkongsi kepakaran kami, membantu mereka menyelaraskan proses pengeluaran mereka di samping menyokong pemindahan teknologi dan pembinaan kemudahan tempatan," tambah Batra.

Untuk maklumat lanjut bagaimana Merck berkolaborasi dengan komuniti vaksin bagi menangani cabaran paling sukar dalam pengeluaran vaksin, layari www.merckmillipore.com/vaccines.

Latar Belakang Institut Jenner
Institut Jenner diasaskan pada November 2005 untuk membangunkan vaksin inovatif terhadap penyakit-penyakit global yang utama. Uniknya, ia menumpu pada penyakit manusia dan haiwan ternakan serta menguji pendekatan vaksin baharu selari dengan spesies berlainan. Tema utamanya ialah penyelidikan translasi yang membabitkan pembangunan peringkat awal yang segera dan penilaian vaksin baharu dalam percubaan klinikal.

Institut ini mencakupi aktiviti-aktiviti penyelidikan melibatkan lebih 30 Penyelidik Jenner yang mengetuai kumpulan-kumpulan kajian utama yang berkisarkan penyelidikan dan pembangunan vaksin veterinar. Penyelidik Institut bersama-sama merangkumkan salah satu aktiviti penyelidikan dan pembangunan sektor bukan untung terbesar dalam vaksinologi.

Penyelidik Institut Jenner, melalui sokongan daripada banyak pembiaya, membangunkan calon vaksin baharu terhadap penyakit berjangkit global yang utama. Vaksin-vaksin baharu terhadap penyakit malaria, tuberkulosis dan HIV kini berada dalam peringkat percubaan lapangan di negara-negara sedang membangun. Kajian turut dijalankan untuk vaksin haiwan ternakan terhadap penyakit kaki dan mulut, influenza avian, tuberkulosis bovin dan punca-punca kerugian ekonomi utama yang lain.

Institut ini adalah hasil perkongsian antara Universiti Oxford dan Institut Pirbright serta merupakan pengganti bagi Institut Penyelidikan Vaksin Edward Jenner terdahulu. Institut ini disokong oleh Yayasan Vaksin Jenner, sebuah badan amal berdaftar UK dan mendapat khidmat nasihat daripada Lembaga Penasihat Saintifik Institut Jenner.

Latar Belakang Ridge Management Solutions
Terdapat 5 peratus kebarangkalian bahawa ribut taufan akan menyebabkan kerugian yang diinsuranskan sebanyak $60 bilion pada tahun hadapan dan 1% kebarangkalian bahawa gempa bumi akan menyebabkan kerugian diinsuranskan sebanyak $50 bilion pada 12 bulan akan datang. Di RMS, kami membangunkan model-model simulasi yang membolehkan syarikat insurans dan pelabur memahami risiko portfolio yang disebabkan oleh bencana: bencana alam (taufan, gempa bumi, banjir), keganasan, pandemik dan perubahan dalam jangka hayat.

Kami merupakan salah satu daripada syarikat paling menarik yang mungkin anda belum "pernah" kenali, melainkan anda merupakan salah seorang daripada ratusan pelanggan kami dalam sektor insurans (semula), perbankan atau dana lindung nilai. Kami menerajui industri yang kami pelopori dan seterusnya hasil kerja kami memberi impak sebenar kepada dunia secara keseluruhannya. Bagaimana kami memahami dan mengurus risiko memberi kesan kepada semua dan minat kami adalah benar-benar untuk mewujudkan dunia yang lebih berdaya tahan melalui pemahaman lebih baik tentang kejadian bencana alam.

Kami mengembangkan visi kami dengan menyediakan penyelesaian masa depan dalam infrastruktur awan, platform pengurusan risiko termaju kami "RMS(one)" untuk pasaran risiko global. RMS(one) akan mewujudkan paparan holistik dan bersepadu dalam seluruh perusahaan dengan satu platform untuk semua model, semua pandangan dan semua data. Kesemuanya akan beroperasi sebagai rakan kongsi setara pada RMS(one).

RMS mempunyai 1,200 kakitangan di 11 negara, termasuk pejabat-pejabat di Newark (CA-AS), Noida (India), London (UK), Hoboken (NJ-AS) dan Zurich (Switzerland).

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Lebih 52,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2017, hasil jualan Merck mencecah €15.3 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti kumpulan korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/664984/Vaccines.jpg

Source: Merck
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts