omniture

RCI Tambah Lima Pusat Peranginan Baharu di Lokasi Percutian Perdana di Jepun

RCI
2018-04-16 08:00 757

SINGAPURA, 16 April 2018 /PRNewswire/ -- RCI, peneraju global bagi pertukaran percutian, baru-baru ini mengalu-alukan lima pusat peranginan baharu di Jepun ke dalam program RCI Weeks, menambah pilihan percutian baharu kepada 3.8 juta ahli pertukaran globalnya. Kelima-lima pusat percutian ini terletak di seluruh Jepun dalam destinasi pelancongan terkenal, termasuk tiga bandar baharu untuk Ahli RCI -- Wilayah Mie, Wilayah Aichi dan Wilayah Tochigi.

"Jepun kekal sebagai salah satu destinasi pelancongan yang utama di dunia," kata Jonathan Mills, pengarah urusan RCI Asia Pasifik dan DAE Global. "Kami berbesar hati mengalu-alukan lima pusat peranginan ini ke dalam program RCI Weeks, yang menambahkan kepelbagaian pilihan pertukaran percutian yang kami tawarkan di Jepun. Penambahan ini membawa rangkaian RCI di Jepun kepada jumlah terkini sebanyak 21 pusat peranginan bersekutu."

Menurut statistik yang disediakan oleh JTB Tourism Research & Consulting, Jepun menerima 28.7 juta ketibaan pelancong yang mencatat rekod pada tahun 2017, melebihi jumlah pengunjung keseluruhan pada tahun 2016 sebanyak 19 peratus dan memastikannya berada di landasan demi sasaran kerajaan Jepun untuk meningkatkan bilangan pengunjung kepada 40 juta orang menjelang tahun 2020. Meskipun destinasi-destinasi popular secara tradisinya seperti Tokyo, Kyoto dan Osaka terus menjadi destinasi kegemaran pelancong, usaha-usaha telahpun dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa untuk mengunjungi wilayah-wilayah lain. "Oleh itu, penggabungan bersama RCI mengukuhkan hubungan yang saling menguntungkan untuk kedua-dua pihak – ia akan membawa lebih ramai pelancong antarabangsa ke destinasi-destinasi dan pusat-pusat peranginan indah ini, dan dalam masa yang sama menekankan komitmen RCI untuk meluaskan penawaran rangkaian pertukaran percutiannya untuk ahli-ahlinya," kata Mills.

Lima hartanah pusat peranginan baharu yang turut serta dalam rangkaian pertukaran RCI termasuk:

1.   Went Awaji Higashikaigan terletak di Pulau Awaji, Wilayah Hyogo, kira-kira 1.5 jam dari Osaka dan sejam dari Kobe. Pulau Awaji terkenal dengan lokasi strategiknya untuk pelancong memandangkan pulau ini terletak di antara Honshu dan Shikoku, membolehkan akses pantas ke kedua-dua pulau. Went Awaji Higashikaigan menyediakan pemandangan lautan memukau dan cukup lengkap dengan restoran, kolam renang dalaman serta tempat mandi atas bumbung. Unit-unit yang disediakan adalah luas dan dilengkapi dengan dapur mini, sesuai untuk keluarga dan kumpulan pengembara atau tetamu yang menginap lebih lama.

2.   Villa Kita Karuizawa L-Wing terletak di Wilayah Gunma, kira-kira 1.5 jam dari pusat bandar Tokyo. Karuizawa ialah destinasi percutian terkenal untuk semua musim. Semasa musim panas, ramai pelancong tempatan mengunjungi kawasan ini bagi menikmati cuaca sejuk dan aktiviti-aktiviti luar yang dikelilingi oleh alam semula jadi termasuk Gunung Asama, kawasan utama untuk sukan musim sejuk. Villa Kitakaruizawa L-Wing menghadap Gunung Asama dan mempunyai dua buah restoran, satu gelanggang tenis dan tempat mandi awam di tingkat atas. Unit-unit gabungan boleh menampung sehingga empat orang tetamu dengan tilam futon tradisional Jepun.

3.   Mikawawan Resort Linx terletak di bandar raya Nishio, Wilayah Aichi, kira-kira 1.5 jam dari Nagoya dan tiga jam dari Tokyo. Bandar raya Nishio kaya dengan alam semula jadi, dikelilingi oleh lautan, gunung ganang dan sungai, serta menjadi tarikan khususnya buat pelancong tempatan. Bandar raya ini juga terkenal sebagai syurga makanan yang menawarkan makanan laut segar dari Teluk Mikawa dan Teluk Ise serta daun teh hijau yang ditanam di kawasan tempatan. Mikawawan Resort Linx menghadap Teluk Mikawa dan mempunyai restoran, kolam renang, kolam air panas dan spa - tempat sempurna untuk bersantai. Unit-unit gabungan dapat menampung sehingga dua orang tetamu dengan katil berkembar.

4.   Nasukogen TOWA Pure Cottages terletak di Nasukogen, Tochigi, kira-kira 1.5 jam dari Tokyo. Ini merupakan destinasi pusat peranginan tanah tinggi yang dikelilingi oleh gunung ganang serta alam semula jadi yang terkenal dalam kalangan mereka yang inginkan cuaca sejuk sepanjang bulan dalam musim panas. Ia mempunyai tempat bersiar-siar terbaik seperti kolam air panas, ladang, taman tema dan muzium. Terletak di tengah-tengah Nasukogen, TOWA Pure Cottages ialah lokasi ideal untuk meneroka Tochigi. Para tetamu dapat menikmati akses mudah ke bandar ini termasuk tempat-tempat tarikan seperti taman tema terkenal, Nasu Highland Park, yang terletak di kawasan berdekatan. Towa Pure Cottages cukup lengkap dengan restoran serta kolam air panas. Unit-unit gabungan dapat menampung sehingga empat orang tetamu dalam dua bilik tidur berasingan.

5.   Cocopa Resort Club terletak di Sakakibara Onsen-machi, Wilayah Mie. Kawasan ini terletak kira-kira 1.5 jam dari Nagoya, bandar keempat terbesar di Jepun. Sakakibara Onsen terkenal dengan sebuah bandar kecil kolam air panas bersejarah yang turut memberi akses mudah ke salah satu tokong Shinto yang paling penting – Tokong Isejingu yang terletak di kawasan semenanjung Ise. Cocopa Resort Club ialah kompleks sukan dengan penginapan dan mempunyai padang golf 36 lubang yang mana beberapa acara kejohanan diadakan setiap tahun. RCI turut bergabung dengan kotej pusat peranginan yang dapat menampung sehingga empat orang dewasa yang sesuai untuk keluarga atau kumpulan pengembara khususnya mereka yang gemar bermain golf.

Untuk maklumat lanjut, layari RCI.com atau RCIAffiliates.com.

Latar Belakang RCI

RCI ialah peneraju dunia dalam pertukaran percutian yang melibatkan lebih 4,300 pusat peranginan bersekutu di lebih 110 negara. RCI merintis konsep pertukaran percutian pada tahun 1974, menawarkan ahli-ahlinya dengan kefleksibelan dan kepelbagaian yang lebih baik untuk pengalaman pemilikan percutian mereka. Hari ini, melalui program RCI Weeks® sistem pertukaran minggu ke minggu, dan program RCI Points®, iaitu sistem pertukaran mengikut mata peringkat global yang pertama dalam industri, RCI menyediakan pilihan percutian yang fleksibel kepada 3.8 juta ahli RCI® yang melanggan setiap tahun. Program The Registry Collection®, ialah program terbesar seumpamanya di dunia yang melibatkan kira-kira 200 hartanah bersekutu, sama ada boleh diakses sebagai pertukaran atau masih dalam proses pembangunan di enam benua. RCI merupakan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Destination Network dan Wyndham Worldwide (NYSE: WYN). Untuk maklumat tambahan sila layari pusat media kami atau rciaffiliates.com. RCI juga boleh ditemui melalui Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter.

Perhubungan Media:

Tania Sim
Tania.Sim@rci.com 
+65 6412 2128

Valerie Oppelaar
Valerie.Oppelaar@rci.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141219/8521407668LOGO

Source: RCI
Related Stocks:
NYSE:WYN
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services