omniture

Kertas Putih dan Panduan Praktikal FDI Tangani Beban Global Penyakit Periodontal

FDI World Dental Federation
2018-04-16 08:00 738

GENEVA, 16 April 2018 /PRNewswire/ -- Persekutuan Pergigian Dunia FDI menerbitkan dua sumber – kertas putih dan panduan praktikal – sebagai sebahagian daripada Projek Kesihatan Periodontal Dunia (GPHP), yang bertujuan untuk menarik perhatian kepada kesihatan periodontal sebagai bidang keutamaan untuk dasar di seluruh dunia.

"Penyakit periodontal – atau sering dikenali sebagai penyakit gusi – merupakan salah satu daripada penyakit paling biasa berlaku yang menjejaskan sehingga 50% golongan dewasa di seluruh dunia," kata Dr Kathryn Kell, Presiden FDI. "Perkara ini tidak sepatutnya diambil ringan, terutamanya kerana kita tahu ia mempunyai hubungan yang ketara dengan keadaan kesihatan lain. Kita mesti meneruskan strategi pencegahan yang digalakkan oleh profesional kesihatan oral dan kesihatan umum."

Kertas Putih Pencegahan dan Pengurusan Penyakit Periodontal untuk Kesihatan Oral dan Umum menyediakan profesional kesihatan oral dengan ringkasan yang menyeluruh – namun padat – kepada isu utama yang berkaitan dengan kelaziman global dan kesan penyakit periodontal. Ia juga meliputi etiologi dan patogenesis, pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit, serta mengenal pasti cabaran utama dalam menangani beban penyakit periodontal.  

Kesihatan dan Penyakit Periodontal – Panduan praktikal untuk mengurangkan beban penyakit periodontal global adalah berdasarkan pertimbangan yang terhasil daripada kertas putih dan Forum Kesihatan Oral Dunia FDI 2017, yang memberi tumpuan kepada kesihatan periodontal global. Ia memperkenalkan kesihatan periodontal dan menetapkan konteks untuk beban penyakit periodontal global. Ia menyediakan panduan praktikal kepada Persatuan Pergigian Nasional untuk mereka bentuk, menjalankan dan menilai kempen sokongan yang akan memajukan pelaksanaan dasar untuk mencegah dan mengurus penyakit periodontal.

"Kami sangat berpuas hati dengan hasil penerbitan ini," kata Prof. Lijian Jin, Pengerusi Pasukan Tugasan GPHP. "Kertas putih ini menetapkan pelan tindakan terhadap pencegahan dan pengurusan penyakit periodontal. Panduan praktikal membantu profesional kesihatan oral mewujudkan matlamat sokongan yang akan sampai kepada penggubal dasar dan menyumbang kepada pelaksanaan kempen yang berjaya. Kami mengharapkan dokumen-dokumen ini digunakan dengan meluas oleh rakan sejawat kami dan membantu meningkatkan kesihatan periodontal secara global."

Sebahagian besar penyakit periodontal boleh dicegah dan merupakan beban utama penyakit oral di seluruh dunia. Ia bermula sebagai gingivitis (keradangan gusi) dan boleh merebak menjadi periodontitis (memusnahkan tisu dan tulang yang menyokong gigi). Ia juga dikait rapat dengan penyakit yang tidak menular kerana mereka berkongsi faktor risiko yang sama (diet yang tidak sihat, penggunaan tembakau, pengambilan alkohol yang berlebihan).

Kertas putih baru sahaja dimasukkan dalam terbitan bulan April di Journal Pergigian Antarabangsa FDI. Kertas putih dan panduan praktikal tersedia secara percuma di laman sesawang FDI dan salinan cetak akan diedarkan di Kongres Pergigian Dunia FDI di Buenos Aires, Argentina. GPHP merupakan projek berbilang rakan kongsi yang disokong oleh Electro Medical Systems (EMS), GlaxoSmithKline (GSK), dan Procter & Gamble (P&G). 

Latar Belakang Kesatuan Pergigian Dunia FDI

Persekutuan Pergigian Dunia FDI bertindak sebagai badan perwakilan utama untuk lebih 1 juta doktor gigi di seluruh dunia. Keahliannya termasuk 200 persatuan ahli kebangsaan dan kumpulan pakar di lebih 130 negara. Visi FDI: 'memimpin dunia untuk kesihatan oral optimum'. http://www.fdiworldental.org; facebook.com/FDIWorldDentalFederation; twitter.com/worldentalfed

Latar Belakang Electro Medical Systems  

Biofilem ialah penyebab utama dalam pereputan gigi, periodontitis dan peri-implantitis. Kami di EMS adalah pakar dalam mengeluarkan biofilem dengan kaedah dan produk perintis kami yang terbukti secara saintifik. Ketahui lebih lanjut tentang Guided Biofilm Therapy @ http://www.ems-dental.com

Latar Belakang GlaxoSmithKline

GlaxoSmithKline – salah satu syarikat farmaseutikal dan penjagaan kesihatan yang berasaskan penyelidikan terkemuka dunia – komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia dengan mendayakan orang ramai untuk melakukan lebih banyak perkara lagi, mempunyai perasaan yang lebih baik dan hidup lebih lama. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.gsk.com

Latar Belakang Procter & Gamble

Oral-B® ialah peneraju dunia dalam pasaran berus gigi yang melebihi $5 bilion. Crest ialah pemimpin global dalam ubat gigi dan produk pergigian lain. Sebahagian daripada Procter & Gamble Company, jenama ini termasuk berus gigi manual dan elektrik untuk kanak-kanak dan orang dewasa, penyembur oral, ubat gigi, cecari pencuci mulut dan produk antara gigi, seperti flos gigi.

Hubungan media

Claudia Marquina, Komunikasi dan Pengurus Sokongan FDI

cmarquina@fdiworldental.org | Tel: +41-22-560-8137

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital New products/services