omniture

GCL-Poly Jalin Usaha Sama 20GW Gunakan Teknologi CCZ

GCL-Poly
2018-04-16 09:29 884

SUZHOU, China, 16 April 2018 /PRNewswire/ -- GCL-Poly Energy Holdings Limited (HK: 3800), subsidiari konglomerat tenaga bersih yang terkemuka di dunia, GCL, memeterai satu perjanjian usaha sama ("Perjanjian") dengan Kerajaan Perbandaran Qujing di Wilayah Yunnan, China untuk melabur sebanyak 9 bilion yuan (US$1.4 bilion) bagi membangunkan projek silikon monohabluran di Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Qujing dengan kapasiti yang direka bentuk sebanyak 20 GW. Usaha sama (JV) ini akan menggunakan teknologi monosilikon Czochralski berterusan CCZ revolusionernya di kemudahan baharu itu.

Produk Wafer oleh GCL-Poly
Produk Wafer oleh GCL-Poly

CCZ ialah teknologi monohabluran berkecekapan tinggi generasi seterusnya yang menggunakan relau kristal bertumbuh Czochralski khas bagi melakukan penarikan kristal semasa proses penumbuhan dan peleburan. 8-10 rod boleh ditarik dalam kitar hayat relau. Pada masa kini, teknologi Czochralski dicas semula RCZ paling biasa digunakan dalam seluruh industri. Dibandingkan dengan RCZ, rod kristal yang dihasilkan oleh CCZ adalah berkualiti lebih baik dan kerintangannya lebih seragam dan lebih kecil apabila diagihkan, menjadikannya lebih sesuai untuk PERC jenis-P dan bateri jenis-N.

Sepanjang tahun lalu, GCL-Poly telah meningkatkan kecekapan kos CCZ dan kualiti produk melalui peralatan domestik dan pembangunan rantaian bekalan serta pengoptimuman proses. Sebaik sahaja fabrikasi baharu ditempah, GCL-Poly akan menjadi satu-satunya syarikat di dunia yang merealisasikan pengindustrian teknologi CCZ dan akan membawa industri wafer silikon monohabluran ke peringkat teknologi seterusnya.

Pada April 2017, GCL-Poly mengumumkan ia telah menyelesaikan pemerolehan teknologi CCZ generasi kelima SunEdison, teknologi lapisan terbendalir silana FBR dan aset-aset berkaitan. "Silikon granul berkualiti tinggi FBR ialah bahan terbaik untuk CCZ; kedua-dua teknologi tersebut adalah saling melengkapi dan kesan sinergi 1+1>2 dapat dicapai," kata En. Wan Yuepeng, Ketua Pegawai Teknologi GCL-Poly. Teknologi sekatan berteknologi tinggi dan bernilai tambah tinggi ini akan dapat meningkatkan dengan ketara daya saing teras syarikat.

Latar Belakang GCL-Poly

GCL-Poly Energy Holdings Limited (HK: 3800) adalah sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL). GCL-Poly ialah pembekal polisilikon dan wafer yang terbesar di dunia serta salah satu pelabur dan pengendali tenaga hijau dan juga kuasa solar yang terunggul.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180413/2104530-1

Source: GCL-Poly
Related Stocks:
HongKong:3800 OTC:GCPEY
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Joint ventures Licensing/marketing agreements