omniture

RISER PRO: Penghitungan Laluan Pintar untuk Penunggang Motosikal

RISER PRO
2018-04-17 12:00 632

VIENNA, 17 April 2018 /PRNewswire/ --

Keahlian premium kini tersedia untuk aplikasi RISER. 

RISER PRO membawakan fungsi-fungsi pintar untuk keseronokan tunggangan yang dipertingkat.

"Kadang kala, hala tuju tidak penting, tetapi yang penting ialah cara anda ke sana." Menerusi cogan kata ini, syarikat baharu RISER yang berpangkalan di Vienna kini melancarkan RISER PRO, keahlian premium dan pendamping aktiviti menunggang motosikal yang penting. Versi asas juga telahpun diperluas dan kekal percuma.

generated by system

generated by system

RISER PRO: Laluan ialah ganjarannya 

RISER PRO meningkatkan pengalaman menunggang motosikal khususnya berkaitan perancangan laluan: hasil daripada algoritma kompleks, RISER Adventure Routing yang menghitung laluan berliku-liku atau amat berliku-liku. Keahlian ini turut menyertakan perkhidmatan Navigation, Live tracking, Offline Maps dan reWind (di Austria: €8.99/bulan atau €59.99/tahun). Lembaran fakta yang mengandungi butiran tentang fungsi, imej dan harga RISER PRO disediakan atas permintaan.

"Aktiviti menunggang motosikal adalah berkenaan jalan-jalan yang berliku-liku serta pengalaman tunggangan yang hebat - segala-galanya mengenai laluan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Dominik Koffu. "Dengan Adventure Routing, kami mengambil langkah pertama ke arah penghitungan laluan berdasarkan keutamaan peribadi. Kini, kami sedang mengusahakan inovasi-inovasi selanjutnya, dengan mengikuti falsafah: laluan adalah ganjarannya."

Ciri-ciri baharu untuk RISER Basic 

RISER Basic ialah instrumen komprehensif untuk penunggang motosikal. Pengguna boleh meneroka laluan baharu, tunggangan balak dan berkongsi kesemuanya bersama penunggang lain. Aplikasi percuma ini turut menghitung statistik dan menyediakan maklumat cuaca. Inovasi-inovasi baharu termasuk platform web RISER, yang membolehkan akses daripada komputer anda, dan perancangan laluan dengan penapis seperti "laluan terpantas" dan "berliku-liku". Aplikasi ini juga menyediakan platform sosial dengan suapan berita, "Groups" dan "Getaways" bagi membantu anda merancang aktiviti menunggang motosikal bersama rakan-rakan.

App Store: http://itunes.apple.com/app/id1087005682 
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.riserapp

Perhubungan media: Nora Dejaco, Weronika Korban
Tel: +4306605571598
Emel: nora@riserapp.com, media@riserapp.com
http://www.riserapp.com

Source: RISER PRO
Keywords: Auto Computer/Electronics Mobile Entertainment Transportation New products/services