omniture

Aeroflot Dinamakan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Kegemaran China Tahun Kedua Berturut-turut

Aeroflot
2018-04-18 19:50 628

MOSCOW, 18 April 2018 /PRNewswire/ -- Aeroflot sekali lagi diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Antarabangsa Kegemaran di China. Anugerah berprestij ini disampaikan kepada Aeroflot buat tahun kedua berturut-turut di Majlis Penyampaian Anugerah Flyer 2018. Majlis penganugerahan rasmi diadakan hari ini buat kali keenam di Shanghai, ibu kota ekonomi China.

Anugerah ini mendapat sokongan majalah dalam pesawat Civil Aviation Administration of China (CAAC) dan syarikat penerbitan sektor yang terkemuka China Aviation Magazine. Para pemenang dipilih oleh juri dan menerusi undian daripada penumpang dan pengembara yang kerap melakukan penerbangan.

Anugerah berprestij ini mengiktiraf peserta-peserta cemerlang dalam pasaran pelancongan China. Pemenang-pemenang terdahulu terdiri daripada syarikat penerbangan global yang terkemuka, termasuk syarikat penerbangan yang memegang status Syarikat Penerbangan 5-Bintang Skytrax.

Aeroflot berjaya mengekalkan gelaran Syarikat Penerbangan Antarabangsa Kegemaran di Anugerah Flyer kompetitif lantaran kualiti perkhidmatannya, harga tiket yang berpatutan dan penerbangan bersambung yang mudah dari habnya di lapangan terbang Sheremetyevo,yang turut serta dalam inisiatif Mesra China (China Friendly).

"Pengiktirafan Aeroflot sebagai Syarikat Penerbangan Antarabangsa Kegemaran di China ini ialah pencapaian penting buat kami sebagai syarikat penerbangan global dan syarikat penerbangan negara," kata Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot Vitaly Saveliev. "Ia merupakan bukti selanjutnya bagi kecekapan usaha-usaha strategik kami di China – pasaran utama untuk Aeroflot. Kami berasa gembira kerana penumpang Cina menghargai kualiti tinggi pada produk kami dan memilih kami untuk perjalanan mereka ke Rusia dan seluruh dunia. Aeroflot akan terus mengukuhkan kedudukannya di China, dengan menarik aliran pelancong dan juga dengan meluaskan tawaran transit kami antara Eropah dan Asia melalui Moscow. Aeroflot berbangga kerana dapat membuat sumbangan penting kepada pembangunan hubungan ekonomi antara Rusia dan China dalam rangka kerjasama strategik antara dua negara hebat ini."

Laluan mudah Aeroflot mencakupi empat lokasi utama di China: Beijing, Shanghai, Hong Kong dan Guangzhou. Aeroflot terus menambah perkhidmatan baharu yang berorientasikan pasaran Cina. Pada Musim Panas 2017, Aeroflot menandatangan satu perjanjian perkongsian dengan Alipay, iaitu sistem pembayaran yang paling popular di China. Laman sesawang rasmi Aeroflot mempunyai versi Bahasa Cina. Para penumpang menerima menu dalam Bahasa Cina dan sistem hiburan dalam pesawat juga disediakan dalam Bahasa Cina. Pengumuman dalam pesawat turut dibuat dalam Bahasa Cina manakala menu yang ditawarkan menyajikan set hidangan Asia yang istimewa.

Latar Belakang Aeroflot 

Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli penting bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot dan rakan-rakan kongsinya menawarkan perkhidmatan di 1,074 destinasi dalam 177 negara seluruh dunia. Pada tahun 2017, Aeroflot membawa 32.8 juta penumpang (50.1 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari).

Pada tahun 2017 Aeroflot menjadi syarikat penerbangan Rusia pertama yang dianugerahi status Syarikat Penerbangan Empat Bintang oleh Skytrax sebagai pengiktirafan terhadap khidmat pelanggannya yang berkualiti tinggi dan turut dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali keenam sempena Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax.

Pada tahun 2017, Aeroflot dipilih sebagai jenama paling hebat di Rusia dan jenama syarikat penerbangan paling kukuh di dunia oleh firma pakar runding penilaian dan strategi terkemuka Brand Finance. Aeroflot turut dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Utama Terbaik di Eropah oleh pengembara TripAdvisor dan diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Kegemaran Antarabangsa di China dalam Majlis Penyampaian Anugerah Flyer 2017.

Aeroflot mengendalikan salah satu armada pesawat paling baharu di dunia dengan 232 pesawat penerbangan. Aeroflot berpangkalan di Moscow, iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.

Aeroflot adalah antara peneraju dunia bagi keselamatan penerbangan dengan Indeks Penilaian Keselamatan Komuniti Eropah bagi Pesawat Asing (SAFA), iaitu parameter tahap keselamatan utama yang diiktiraf di dunia, setanding dengan pihak pesaing global.

Syarikat penerbangan pertama Rusia yang tersenarai dalam pendaftar Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA), memperbaharui pendaftarannya buat kali ketujuh pada tahun 2017,  Aeroflot berjaya melepasi Audit Keselamatan IATA untuk Operasi Darat (ISAGO) dan mematuhi sepenuhnya ISO 9001:2015, ISO 14001:2004.

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/ 

Sumber: Aeroflot

Source: Aeroflot
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Awards