omniture

Huawei: Gabungkan Kecerdasan dalam "Neuron" Perusahaan Melalui Platform Digital

Huawei
2018-04-18 21:14 659

SHENZHEN, China, 18 April 2018 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei 2018, Huawei Enterprise Business Group (EBG) berkongsi pemahaman, pendekatan dan amalannya untuk menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dalam setiap modul organisasi dan fungsi sesebuah perusahaan bagi meningkatkan kecerdasan perusahaan secara keseluruhan dan mempercepatkan transformasi digital.

Data terkini daripada Citi Research menunjukkan bahawa dari tahun 2016 hingga 2019, industri-industri utama yang menerima perkhidmatan Huawei EBG (termasuk utiliti kerajaan dan awam, perbankan, pengilangan dan pengangkutan) akan meningkatkan pelaburan AI sebanyak dua hingga lima kali ganda. Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran besar masih berterusan dalam aplikasi AI berorientasikan industri dalam perusahaan. Berdasarkan pemerhatian Huawei, meskipun hakikatnya bahawa penemuan teknikal AI yang luar biasa telah dilakukan bagi menyokong rangkaian penuh aplikasi AI, aplikasi AI untuk kebanyakan perusahaan masih terpisah, mono-fungsian, terpecah-pecah dan bersifat umum serta tidak dapat menyokong kecerdasan modul-modul organisasi dan fungsi perusahaan. Kami telah menyaksikan kekurangan aplikasi AI berorientasikan-Industri yang terbukti.

Heng Qiu, Ketua Pegawai Pemasaran Enterprise Business Group, Huawei, menyampaikan ucapan ucaptama di HAS 2018
Heng Qiu, Ketua Pegawai Pemasaran Enterprise Business Group, Huawei, menyampaikan ucapan ucaptama di HAS 2018

Heng Qiu, Ketua Pegawai Pemasaran Enterprise Business Group, Huawei, menyebutkan dalam ucapan dasar beliau yang bertajuk Penggabungan Kecerdasan dalam "Neuron" Perusahaan Melalui Platform Digital bahawa demi menyokong secara sistematik kecerdasan organisasi-organisasi perusahaan dan membangunkan aplikasi AI berorientasikan-Industri, syarat-syarat berikut haruslah dipenuhi:

1.      platform yang dapat menyokong pertumbuhan sistematik aplikasi AI berorientasikan-Industri;

2.      gabungan antara pemahaman industri yang mendalam dengan teknologi AI;

3.      pengoptimuman dan penambahbaikan berterusan berdasarkan amalan perniagaan.

Setiap modul organisasi atau fungsi ialah neuron digital bagi sesebuah perusahaan. Berdasarkan pemahaman industri mendalam yang diperoleh daripada perniagaan perusahaan dan pengalaman mengaplikasikan AI dalam operasi perniagaan Huawei, kami menyasarkan untuk membangunkan platform digital dengan sinergi peranti-awan bagi menyuntik AI ke dalam setiap neuron digital perusahaan, merangsang secara sistematik kecerdasan setiap perusahaan dan organisasi dan membina dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Pertama, Huawei menyediakan produk dan penyelesaian AI pada pelbagai peringkat, termasuk peranti, awan dan peringkat pendayaan AI bagi membentuk asas platform yang lengkap untuk aplikasi AI. Dalam masa yang sama, Huawei dan rakan-rakan kongsinya bekerjasama erat bersama-sama dan memanfaatkan kekuatan masing-masing. Rakan-rakan kongsi menyediakan aplikasi dan algoritma AI manakala Huawei menyediakan platform digital lengkap yang menyokong AI melalui cip AI, infrastruktur ICT yang dipertingkat dan modul pendayaan AI. Ketiga, berdasarkan prinsip bahawa "kita seharusnya terlebih dahulu mengaplikasikan AI dalam syarikat kita sendiri, sama seperti pihak-pihak yang menghasilkan payung terjun yang mencubanya terlebih dahulu," kami mengguna pakai AI untuk meningkatkan kecekapan operasi kami melalui projek Digital Huawei. Paling utama, kami bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan industri yang terkemuka bagi mengumpul pengalaman berkaitan aplikasi AI dalam industri. Huawei dan rakan-rakan kongsinya setakat ini berjaya melakar beberapa kisah kejayaan.

Kelebihan Unik Penyelesaian AI Huawei -- Platform Digital ICT dengan Sinergi Peranti-Awan.

Berdasarkan keupayaan teras seperti cip, algoritma dan reka bentuk seni bina, Huawei membangunkan platform digital untuk menyediakan cip/terminal AI, infrastruktur awan dipertingkat oleh AI yang menyokong pengkomputeran/storan/komunikasi dan platform pendayaan AI termasuk platform Data Besar, PaaS awan video dan kecerdasan perusahaan (EI). Platform digital dengan sinergi peranti-awan dapat menyertakan secara sistematik aplikasi-aplikasi AI yang dibangunkan oleh rakan-rakan kongsi ke dalam neuron digital perusahaan, seperti domain rantaian bekalan, penyerahan, penyelidikan & pembangunan (R&D), pasaran, kewangan dan pentadbiran, bagi menggalakkan transformasi digital perusahaan secara keseluruhan. Dengan platform digital ICT yang utama dalam industri, Huawei menyasarkan untuk menyediakan prestasi dan pengalaman aplikasi AI yang terbaik, memudahkan pembangunan aplikasi dan mendayakan pelancaran aplikasi yang pantas.

"Amalkan Apa Yang Disampaikan" -- Membangunkan Huawei Digital dengan AI

Huawei mengaplikasikan AI dalam domain-domain perniagaan seperti pengurusan rantaian bekalan, penyerahan, kewangan dan audit dalaman bagi meningkatkan kecekapan serta kualiti operasi dalaman. Lihat aplikasi AI dalam rantaian bekalan sebagai contoh. Huawei mengaplikasikan AI terhadap logistik dan pergudangan digital, memberikan model-model pembelajaran mesin dengan data penghantaran terdahulu, konfigurasi sistem keseluruhan dan peraturan gundal dan pempakejan asas serta mendayakan sistem untuk memberikan maklumat amaran berdasarkan kod-kod baharu. Dengan cara ini, ketepatan anggaran dapat ditingkatkan dari 30% kepada 80%. Selain itu, AI dapat mengoptimumkan laluan pengambilan, meningkatkan kecekapan sebanyak lebih 30%. AI juga dapat mengoptimumkan operasi pemuatan dan pemunggahan trak, meningkatkan lebih lima kali bilangan pesanan bercampur-campur yang diproses bagi setiap kenderaan. AI turut memendekkan masa perkhidmatan pengesanan dan pengenalpastian kontena, meningkatkan kecekapan sebanyak lebih 10 kali ganda. Amalan-amalan ini dapat mempercepatkan transformasi digital untuk perusahaan-perusahaan logistik tradisional.

Menggabungkan Pemahaman Industri dengan Teknologi AI bagi Mencipta Nilai Melalui Aplikasi AI Berorientasikan-Industri

Lihat aplikasi AI dalam pembinaan Bandar Pintar sebagai contohnya. Penyelesaian awan video didayakan AI mempunyai seni bina awan sepenuhnya yang pertama dalam industri. Ia memanfaatkan beratus-ratus algoritma AI pada awan hibrid untuk menyediakan perkongsian video global, penyemakan lewa jarak jauh dan dapatan semula secara jarak jauh, menghasilkan berbilang penemuan penting dalam bidang keselamatan awam. Penyelesaian ini telah meningkatkan kadar resolusi kes sebanyak 50% dan mengurangkan kadar kemalangan lalu lintas awam sebanyak 18%. Huawei telah mengguna pakai AI dalam sistem pengurusan lalu lintas bagi membantu penguatkuasaan undang-undang dan kebolehan membuat keputusan berdasarkan Data Besar, meningkatkan kecekapan penguatkuasaan undang-undang sebanyak 34%, mengurangkan beban kerja semakan manual oleh polis trafik sebanyak 47% dan mengurangkan purata masa menunggu kenderaan sebanyak 24%.

Huawei dijangka akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi bagi memacu transformasi digital setiap perusahaan dan membina dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei 2018 bakal diadakan di Shenzhen mulai 17 hingga 19 April. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.huawei.com/minisite/has2018/en/.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180417/2107216-1

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news