omniture

Pameran Canton ke-123 Dibuka dengan Struktur Dinaik Taraf Tampung Perdagangan Antarabangsa yang Berkembang Pesat

Pameran Canton
2018-04-19 16:35 946

GUANGZHOU, China, 19 April 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) kali ke-123 membuka tirai secara rasminya di Guangzhou, China. Diadakan dalam tiga fasa yang dikategorikan mengikut produk dan industri, Pameran Canton tahun ini mempunyai kawasan pameran berkeluasan 1.185 juta meter persegi yang mencakupi 60,475 reruai dan 25,171 syarikat serta menyediakan 152 zon produk khusus - 12 zon tambahan berbanding musim yang lalu.

Untuk melihat senarai kesemua kategori produk yang terdapat di Pameran Canton, layari: http://i.cantonfair.org.cn/en/Categories/Index

Xu Bing, deputy director of China Foreign Trade Center
Xu Bing, deputy director of China Foreign Trade Center

"Sepanjang tempoh 40 tahun lalu menjalani pembaharuan dan pembukaan, Pameran Canton menyediakan perkhidmatan kepada perusahaan-perusahaan tempatan dan antarabangsa serta memainkan peranan aktif dalam dasar pembukaan serta pembangunan sosial dan juga ekonomi," kata Wang Bingnan, Timbalan Pengarah Jabatan Perdagangan dan Timbalan Pengarah Urusan Pameran Canton. "Pameran Canton menyediakan sistem dan model perniagaan yang inovatif, meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan dan menggalakkan serta mengimbangkan perdagangan antarabangsa. Ia telah menjadi platform yang penting kepada China untuk membuka pintunya kepada dunia luar."

Daripada 2,149 syarikat berjenama yang mengadakan pameran di Astaka Nasional, lebih banyak pempamer jenama menonjolkan "Pembuatan Pintar Cina". Semakin banyak produk berteknologi tinggi dan mesra alam dengan harta intelek yang dibangunkan sendiri turut dipamerkan.

Astaka Antarabangsa (Astaka), kawasan berkeluasan 20,000 meter persegi dengan 992 reruai pameran, membawakan 617 syarikat dari 34 negara dan wilayah bagi mempamerkan produk mereka. Para pembeli akan berpeluang berbual bersama vendor dan kumpulan dari Ukraine, Thailand dan Nepal buat julung kalinya di Pameran Canton. Kluster perindustrian kesihatan yang komprehensif, yang akan menghimpunkan jenama-jenama kimia harian yang berkualiti tinggi dan organik dari AS, Perancis dan Jerman akan turut dilancarkan di Astaka berkenaan.

Pameran Canton ke-123 akan turut menganjurkan forum-forum bertema dan sidang kemuncak industri meliputi isu-isu seperti pembangunan pasaran antarabangsa, inovasi reka bentuk, pemasaran jenama, trend fesyen, teknologi, promosi industri tempatan dan penambahbaikan kawalan kualiti perusahaan. Selain itu, Pameran Canton akan menganjurkan beberapa aktiviti tematik reka bentuk dan pertunjukan fesyen rekaan asli, bagi menonjolkan hasil rekaan daripada 102 syarikat reka bentuk dari 12 negara dan wilayah.

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, turut dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran berkenaan merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20180418/2108408-1

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news