omniture

Cirro mulakan mesyuarat tinjauan dengan rakan kongsi hartanah berpotensi di kawasan Jalur dan Jalan

Cirro Capital Limited
2018-04-19 19:58 691

- Cirro Capital bersiap sedia untuk pusingan peluasan portfolio penting tatkala ia terus maju ke hadapan dengan rancangan untuk mengambil alih projek-projek Hartanah di Perancis, Portugal, Hungary dan Jerman bersama rakan-rakan kongsi hartanah utama.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 April 2018 /PRNewswire/ -- Pada April 2018, Ketua Pegawai Kewangan Cirro Capital, En. Edward bertemu En. Christophe Zeller, Presiden AREAL Group, bagi meninjau peluang-peluang kolaborasi yang mungkin terjalin dalam bidang pemerolehan tanah dan pembangunan hartanah.

En. Jimmy Edwards, Ketua Pegawai Kewangan Cirro Capital dan En. Christophe Zeller, Presiden AREAL Group
En. Jimmy Edwards, Ketua Pegawai Kewangan Cirro Capital dan En. Christophe Zeller, Presiden AREAL Group

AREAL Group ialah sebuah kumpulan syarikat bebas yang mengkhusus dalam pelaburan hartanah dan sokongan kewangan untuk individu-individu dan ahli-ahli profesional di Perancis. Kepakaran utama mereka terletak pada pemulihan, harta kediaman dan juga komersial.

Kemasyhuran Inisiatif Jalur dan Jalan yang semakin berkembang di seluruh dunia memberi impak penting terhadap pasaran-pasaran hartanah Perancis lantaran permintaan yang semakin meningkat dalam industri pelancongan, pembuatan dan ruang pejabat. Cirro Capital menyaksikan sedikit kenaikan dari segi pemintaan daripada syarikat yang mempunyai tempat yang inginkan ruang dalam pasaran Jalur dan Jalan.

Semasa pertemuan baru-baru ini En. Edward berkata kos sewa yang rendah dengan hasil sewa yang tinggi disertai dengan pertumbuhan modal yang konsisten serta kestabilan politik menjadikan Perancis sebagai pilihan pelaburan yang ideal.

Cirro Capital Limited, syarikat pelaburan dan perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di Malaysia yang melabur sebanyak USD7.2 juta baru-baru ini dalam dua ladang kelapa sawit di Malaysia serta Indonesia pada November 2017 memutuskan untuk terus meluaskan portfolionya. Perkongsian yang berpotensi terjalin antara kedua-dua syarikat berupaya mendorong pertumbuhan hebat dan peluang-peluang yang membuahkan hasil untuk kedua-dua rakan kongsi.

Inisiatif Jalur dan Jalan akan merangsang pertumbuhan di kawasan barat, mewujudkan permintaan terhadap hartanah dan pangsapuri berservis serta meningkatkan perbelanjaan pengguna keseluruhan. Cirro Capital berada di kedudukan yang sesuai untuk mengambil manfaat daripada peluang-peluang ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180418/2108511-1

Source: Cirro Capital Limited
Keywords: Real Estate