CRANS-MONTANA, Switzerland, 19 April 2018/PRNewswire/ --
Pusat peranginan baharu sasar bawakan konsep "kediaman-hotel" yang sedang meningkat naik ke pergunungan Switzerland
Menerusi hasil ciptaan inovatif daripada Six Senses, Crans-Montana, Switzerland tidak lama lagi mempunyai cara untuk mengubah pelancong menjadi penduduk masa depan. Six Senses, rangkaian hotel "melangkaui bintang" yang terkenal di dunia, mengumumkan sebuah pusat peranginan baharu yang mana kemewahan dan kedamaian dijalinkan. Six Senses Crans-Montana baharu itu akan berstruktur dua, dengan satu bangunan dikhususkan untuk pelanggan hotel manakala satu bangunan lagi, iaitu bangunan bersebelahannya untuk penginapan kediaman mewah. Projek ini diselaraskan oleh salah sebuah syarikat kewangan paling penting dan pertubuhan sokongan bebas untuk Berbilang-Keluarga di Switzerland, 1875 FINANCE. Selain menggabungkan seni bina yang diinspirasikan alam semula jadi dengan kawasan persekitaran sedia ada, Six Senses Crans-Montana bakal mencipta hampir ratusan peluang pekerjaan baharu.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8310051-six-senses-17-apartment-crans-montana/
Di atas awan
Sebanyak 17 pangsapuri kediaman di pusat peranginan ini telah mula dijual dan dipasarkan oleh BARNES - dengan penekanan khusus diberikan terhadap 13 pangsapuri yang dibenarkan untuk dibeli oleh warga asing sebagai kediaman tambahan. Pangsapuri-pangsapuri ini dijual pada harga bermula 6 juta Swiss franc dan merangkumi bilik-bilik dan teres yang luas serta mengagumkan. Terletak di lokasi hebat di kaki pergunungan kawasan bermain ski di Crans Montana, Six Senses akan menawarkan para tetamu dan penduduk jangka panjang dengan pemandangan gunung ganang yang menyeluruh, udara yang bersih, sinaran matahari sepanjang 300 hari setahun dan suasana sosial yang aktif.
Konsep "hotel-kediaman" baharu ini - yang terbukti nilainya pada masa lalu, khususnya di Andermatt menerusi Chedi dan di Verbier dengan projek W – mula mengambil alih, menjadi model baharu bagi memenuhi permintaan terhadap hotel, serta turut menukarkan pelancong menjadi penduduk.
Leandro Boscacci
Broker bertanggungjawab untuk Six Senses
+41-79-243-43-50
crans-residence@barnes-international.com
BARNES INTERNATIONAL REALTY
Rue de la Grand-Place 10
3963 Crans-Montana
Switzerland
+41-27-485-42-02
Sumber: BARNES INTERNATIONAL REALTY
https://mma.prnewswire.com/media/679337/Apartment_Concept_in_Crans_Montana.jpg