omniture

Unigroup Spreadtrum & RDA Miliki Jawapan Apakah "Teknologi Rahsia" yang Jadi Permintaan Seterusnya

Unigroup Spreadtrum & RDA
2018-04-19 22:25 690

HONG KONG, 19 April 2018 /PRNewswire/ -- Unigroup Spreadtrum & RDA telah mengambil perhatian tentang minat terkini dalam permainan video imersif dan teknologi canggih yang lain. Pembangunan AI, AR dan teknologi pengecaman wajah 3D menandakan bahawa adegan-adegan fantasi dalam filem bakal muncul. Teknologi-teknologi ini mempunyai banyak kegunaan, dan kegunaan yang paling dekat dengan orang ramai ialah telefon mudah alih mereka.

AR: Lihatlah dunia yang berbeza dengan telefon anda

Teknologi AR telah mengubah persembahan imej-imej tradisional. Pengguna-pengguna akan berpeluang mengalami watak-watak permainan yang lebih realistik pada telefon bimbit mereka, mencuba pakaian yang dijual dalam talian dan mendapat manfaat daripada navigasi laluan yang lebih intuitif. Teknologi AR memberikan santapan visual yang luar biasa pada skrin telefon bimbit. Pada Januari 2018, Unigroup Spreadtrum & RDA memperkenalkan penyelesaian teknologi telefon mudah alih Realiti Imbuhan (AR) pertama dunia dengan kerjasama penyedia teknologi interaksi manusia-komputer 3D, uSens. Penyelesaian ini adalah berdasarkan platform cipset SC9853I Spreadtrum yang mempunyai kekangan penyesuai yang sedikit dan penggunaan CPU yang amat rendah (hanya satu perempat daripada ARcore dalam kes ujian).

Pengecaman wajah 3D, butiran dipersembahkan dalam 3D

Aplikasi teknologi 3D dalam telefon mudah alih menjadi semakin praktikal. Dalam aplikasi sebegini, Unigroup Spreadtrum & RDA bersama-sama penyedia penyelesaian pengimejan digital canggih OmniVision, melancarkan penyelesaian kamera 3D stereoskopik aktif pertama dalam industri untuk telefon pintar. Penyelesaian ini mempunyai kelebihan dari segi saiz yang kecil dan penggunaan tenaga yang rendah, yang dapat membantu pihak pengeluar melaksanakan pengimejan 3D canggih dengan mudah, seperti pemodelan 3D, rakaman mendalam dan pengecaman wajah, dalam reka bentuk telefon pintar generasi baharu.

Meneroka teknologi rahsia

LEAGOO T5c ialah telefon pintar pertama dunia yang dilengkapi dengan SC9853I SoC Spreadtrum. SC9853I mengguna pakai seni bina mikro Intel 14nm X86 Airmont, yang dapat meningkatkan prestasi SoC dengan ketara melalui penggunaan kuasa yang lebih rendah, memberikan keseimbangan terbaik antara prestasi hebat dan kecekapan kuasa.

LEAGOO T5c dipamerkan di Pameran Barangan Elektronik Hong Kong. Telefon bimbit "teknologi rahsia" yang amat futuristik ini kembali bersinar. Menampilkan teknologi canggih 14nm, dwikamera belakang dan pengoptimuman dwikamera tahap cip, ia telah menjadi tumpuan dalam pasaran-pasaran luar negara.

Beli sekarang: https://goo.gl/J565U3  

Pada masa depan, Unigroup Spreadtrum & RDA dan LEAGOO merancang kolaborasi yang meluas dalam lebih banyak bidang termasuk AR, AI dan pengecaman wajah 3D, bagi mencipta teknologi rahsia telefon mudah alih generasi seterusnya.

Source: Unigroup Spreadtrum & RDA
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Internet Technology Semiconductors