omniture

Peak umum pelancaran kasut bola tampar cetakan 3D pertama dunia

Peak Sport Products Co., Limited
2018-04-20 08:01 1443

BEIJING, 20 April 2018 /PRNewswire/ -- Jenama sukan China Peak telah menjadi perintis dalam penggunaan teknologi percetakan 3D. Kasut bola tampar cetakan 3D pertama di dunia telah membuat penampilan di perlawanan bintang-bintang terkemuka Liga Bola Tampar China tahun ini, di mana mereka telah diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Peak Sport, Xu Zhihua dengan seorang ahli pasukan bola tampar Olimpik, Ding Xia.

PEAK 3D print volleyball shoes.
PEAK 3D print volleyball shoes.

Seperti yang diketahui semua, bola tampar ialah sukan yang memerlukan momentum ke atas, sama ada membuat hantaran, menyelamat dan servis dan rejam dan sebagainya. Semua kemahiran ini memerlukan para atlit untuk melengkapkan sejumlah pergerakan melompat berkali-kali, dan prestasi pengkusyenan yang sangat baik adalah sangat penting. Selepas berbincang dengan pemain bola tampar lelaki dan perempuan, Peak mengambil beberapa koleksi data penting dan menggabungkan penemuan mereka dengan pengetahuan tentang bola tampar, seperti keperluan atlit dan kemahiran yang diperlukan, untuk menggunakan teknologi 3D untuk membina kasut serba baharu. Melalui penggunaan teknologi laser SLS dan serbuk TPU yang lebih ringan dan fleksibel yang dicetak di tapak kasut, Peak mencipta prestasi pengkusyenan yang unggul. Keanggunan dan prestasi koleksi kasut 3D terkemuka di dunia ini mengumumkan kejayaan Peak dalam pembangunan pakaian sukan bola tampar.

Sebagai salah satu jenama pertama di dunia yang menggunakan teknologi percetakan 3D pada kasut sukan, Peak telah memperkenalkan peralatan percetakan 3D paling canggih sejak tahun 2014 dan melancarkan produk konsep percetakan 3D. Dalam bulan Mei 2017, Peak telah melancarkan kasut larian tercetak 3D pertama China, "FUTURE I" dalam bidang larian dan menjualnya dalam kuantiti yang terhad. Dalam bulan Ogos 2017, Peak melancarkan kasut bola keranjang cetakan 3D pertama dunia, "DH III 3D Edition," dengan bintang NBA Dwight Howard. "Ia jauh lebih baik daripada kasut bola keranjang yang tradisional. Saya boleh merasakan dengan jelas tapak dan dinding sisi bahagian depan cetakan 3D untuk memberikan kaki pengalaman memakai yang lebih selesa," kata Howard.

"Inovasi ialah daya produktif yang pertama, dan ia juga merupakan asas untuk Peak untuk melangkah ke peringkat antarabangsa," kata Xu Zhihua, Ketua Pegawai Eksekutif Peak Sports. Selepas berjaya dalam pembuatan kasut cetakan 3D dan kasut bola keranjang 3D, Peak menggunakan teknologi ini dan teknologi pemprosesan baharu pada bidang bola tampar. Melalui beberapa siri inovasi produk yang berterusan dan pembangunan pasaran antarabangsa, Peak telah menjadi jenama sukan yang semakin meningkat di pasaran sukan global.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180419/2109525-1

Source: Peak Sport Products Co., Limited
Keywords: Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports New products/services