omniture

Northrop Grumman Ketengahkan E-2D Advanced Hawkeye di LIMA 2013, Malaysia

Northrop Grumman Corporation
2013-03-28 18:43 220

LONDON, 28 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Northrop Grumman Corporation (NYSE:NOC) akan mengetengahkan kemampuan global syarikat itu meneraju industri dalam perisikan, pengawasan dan pengintipan (ISR), dengan memperkenalkan E-2D Advanced Hawkeye ke pasaran Malaysia di Pertunjukan Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA).

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121024/LA98563LOGO)

LIMA2013 akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Pulau Langkawi, Malaysia, pada 26-30 Mac. Pameran Northrop Grumman terletak di tapak A158 di dewan pameran A.

"Kemampuan ISR amat penting untuk mengekalkan kedaulatan negara," kata Mary Petryszyn, naib presiden antarabangsa, Northrop Grumman Aerospace Systems. "Kepimpinan Northrop Grumman dalam ISR pelbagai domain memberikan kami kedudukan yang kukuh untuk membekalkan penyelesaian berkesan bagi pemodenan pertahanan Malaysia."

Pameran Northrop Grumman akan mempertontonkan kemampuan syarikat tersebut dalam amaran awal udara (AEW) dan kawalan, menggunakan krew stesen kerja E-2D Advanced Hawkeye. Malaysia merupakan antara negara pertama yang mana pameran kemampuan Advanced Hawkeye telah diluluskan oleh Kerajaan Amerika Syarikat.

Program E-2D Advanced Hawkeye menggabungkan radar berimbas elektronik yang baru direka dengan barisan sensor, avionik, pemproses, perisian dan paparan yang sepadan untuk memberikan kemampuan arahan dan kawalan AEW yang termaju di dunia. Radar AN/APY-9, dengan kemampuan lonjakan dua generasi, merupakan tulang belakang pesawat ini dan memberikan lebih fleksibiliti dan peningkatan besar dalam pengesanan dan penjejakan pada apa juga bentuk muka bumi.

Sehingga kini, Northrop Grumman telah menghantar sembilan unit pesawat E-2D Advanced Hawkeye kepada Tentera Laut Amerika Syarikat. Program ini telah melepasi Ujian Operasi dan Penilaian Permulaan pada 2012, yang memberikan rating yang sesuai untuk operasi dan efektif, dan berada pada landasan yang betul untuk kemampuan operasi permulaan dalam angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat pada 2015.

Northrop Grumman merupakan syarikat peneraju keselamatan global yang menyediakan sistem inovatif, produk dan penyelesaian dalam sistem tanpa manusia, keselamatan siber, C4ISR, dan logistik serta pemodenan bagi pelanggan kerajaan dan komersil di seluruh dunia. Sila layari www.northropgrumman.com untuk maklumat lanjut.

Source: Northrop Grumman Corporation
Related Stocks:
NYSE:NOC
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Transportation Trade show news